Perodua Alza 2024 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & Warna

alza 2022
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Perodua Alza 2024 Serba Baharu, dengan fleksibiliti yang ditambahbaik dan keselesaan pemanduan, kini dibuka untuk tempahan.

Perodua Alza 2024 merupakan model kereta MPV (Multi-Purpose Vehicle) yang boleh memuatkan sehingga 7 penumpang yang dihasilkan oleh syarikat automotif Malaysia, Perodua.

Model ini direka khas untuk memberikan ruang yang luas dan keselesaan kepada penumpang serta memberikan pilihan pengangkutan yang praktikal kepada pengguna di Malaysia.

Perodua secara rasmi menerima tempahan untuk Perodua Alza Serba Baharu pada 23 Jun 2022 dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil.

Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Malaysia Barat, tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza Serba Baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya Malaysia.

Berikut dikongsikan info lanjut dan butiran tentang Perodua Alza 2024 ini.

Artikel berkaitan: Perodua Bezza 2024: Harga, Varian, Spesifikasi, Warna, Gambar

perodua alza 2022

Ciri Rekabentuk Terbaru Perodua Alza 2024

“Kami mengambil masa dalam merekabentuk model baharu ini kerana kami benar-benar ingin memahami kehendak para pelanggan kami, dan Perodua Alza Serba Baharu disasarkan untuk memenuhi permintaan itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Salah satu daripada permintaan mereka adalah pengalaman pemanduan yang lebih baik, dan untuk itu, kami telah menambahbaik Ground Clearance Perodua Alza Serba Baharu kepada 160mm yang mana pada penilaian kami, ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia yang menyenangkan untuk sebuah MPV,” katanya berkata.

Foto kredit: Pandulaju.my
Foto kredit: Pandulaju.my
Foto kredit: Pandulaju.my
  • RUANG LEBIH BESAR
  • PENYAMAN UDARA BAHAGIAN BELAKANG

Dato’ Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu mempunyai ruang yang lebih besar berbanding pendahulunya, terutama sekali di barisan ketiga ruangan kenderaan serta unit penyaman udara bahagian belakang.

  • KECEKAPAN BAHAN API DIPERTINGKAT

“Selain itu, potensi kecekapan bahan api Perodua Alza Serba Baharu juga telah dipertingkatkan sehingga 22KM seliter, yang juga antara yang terbaik dalam kelasnya (MPV),” kata beliau.

  • KAPASITI BAGASI

Untuk ruang penyimpanan, Perodua Alza Serba Baharu mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan.

  • 4 KATEGORI PSDA

Perodua Alza Serba Baharu turut didatangkan dengan suit Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.

“Perubahan model penuh ini mewakili usaha terbaik kami setakat ini dari segi penawaran produk kerana ciri yang disertakan adalah yang terbaik dalam kategori harganya,” kata Dato’ Zainal.

Ciri-ciri terkini bagi model Perodua termasuk Pandangan Panoramik 360⁰, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.

Baca juga: Perodua Ativa (D55L) : Senarai Harga, Gambar Interior & Exterior

Harga & Varian Perodua Alza 2024

Harga Perodua Bezza untuk Semenanjung Malaysia bermula dari RM 62,500 sehingga RM 75,500 (OTR tidak termasuk insurans) manakala untuk Sabah & Sarawak bermula dari RM 65,000 sehingga RM 78,000 (OTR tidak termasuk insurans).

Harga Kereta Alza di Semenanjung:

  • Alza 1.5 X – RM 62,500
  • Alza 1.5 H – RM 68,000
  • Alza 1.5 Advance – RM 75,500

Warna

Perodua Alza Serba Baharu didatangkan dalam 5 warna:

  • Ivory White,
  • Glittering Silver,
  • Garnet Red,
  • Elegant Black
  • Vintage Brown

Ciri Keselamatan

Antara ciri keselamatan standard model baharu ini termasuk 6 bag udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan bantuan brek dan sensor belakang untuk membantu meletakkan kereta.

Selain itu, Perodua Alza Serba Baharu menyeragamkan ciri Advanced Safety Assist” atau ASA dalam semua varian. Ini termasuk; Pre-collision Warning, Pre-Collision Assist Brake (untuk kenderaan dan pejalan kaki), Mis-pedal Operational Control dan Front Departure Alert.

Semua varian juga mempunyai sistem Lane Departure Warning dan Lane Departure Prevention. Sebagai bonus tambahan, semua varian juga akan dilengkapi dengan fungsi Leaving Home Headlamp Assist dan Hill-start Assist.

Maklumat Lanjut & Tempahan

Para pelanggan dialu-alukan untuk mengunjungi mana-mana daripada 188 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara atau layari laman web rasminya untuk maklumat lanjut : https://www.perodua.com.my/our-models/new-alza.html

Sumber: Siaran Media Perodua Alza

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut