Harap maklum, permohonan UPU Online 2021 (Sesi Akademik 2021/2022) akan dibuka pada 4 Januari 2021 (Jam 12 tengah hari) hingga 31 Mac 2021 (Jam 5 petang).
Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang syarat, cara permohonan dan panduan UPU online 2021.

Syarat Am / Pemilihan Program UPU Online 2021
Pemilihan program UPU online 2021 boleh dibuat seperti berikut :
LEPASAN SPM
- Berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM 2020 ( Jika ada ).
- Pilihan program boleh dibuat pada 21 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg ).
*Klik disini untuk menyemak Syarat Am Lepasan SPM.
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
Berdasarkan :
Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti channel Telegram kami di https://t.me/ecentral
STPM :
Keputusan peperiksaan terbaik sehingga semester 2 STPM 2020
MATRIKULASI / ASASI :
Keputusan peperiksaan hingga semester 1
STAM :
Keputusan peperiksaan percubaan ( jika ada )
Pilihan program boleh dibuat pada 16 Mac 2021 ( 12 tgh hari ) hingga 31 Mac 2021 ( 5 ptg )
LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
Berdasarkan keputusan peperiksaan terkini.
Pilihan program boleh dibuat sebaik sahaja membeli No. Unik ID di BSN.
Baca juga: myBSN: Cara Daftar BSN Online Untuk First Time User

15 Panduan Permohonan UPU Online 2021
Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:
- Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
- Layari portal rasmi UPU.
- Pastikan kategori anda betul.
- Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
- Kira merit disini.
- Semak tren permohonan dan penawaran.
- Semak laluan kerjaya.
- Isi permohonan UPUOnline.
- Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
- Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
- Lengkapkan borang permohonan.
- Klik butang “SIMPAN”.
- Cetak slip permohonan.
- Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
- Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

Tarikh Pembelian No. Unik ID BSN
Pembelian No. Unik ID BSN mulai Februari 2021.
Panduan Memilih Program
- Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
- Program yang minat.
- Pilihan program mengikut keutamaan.
- Rujuk kaunselor.
- Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

Dasar Pemilihan Meritokrasi
Dasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;
90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM
Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

Baca juga: PLaN: Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2021, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang mempunyai maklumat berikut:
- Semakan Status UPU
- Membolehkan pengguna untuk menyemak status permohonan UPU, status kelayakan dan keputusan permohonan dan rayuan pemohon.
- e-Panduan
- e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
- Kalendar Akademik (Takwim)
- Menyediakan butiran mengenai tarikh penting yang berkaitan dengan aktiviti permohonan UPUonline
- Aduan
- Maklumbalas berkaitan permohonan UPUonline. Pengguna boleh memberi maklumbalas (aduan/pertanyaan/cadangan) berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak BKPA.
Anda juyga boleh mengemukakan maklumbalas melibatkan pertanyaan, aduan, cadangan dan penghargaan menerusi borang maklumbalas di SINI.