Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2026 (SMT) KPM

permohonan sekolah teknik malaysia smt 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Sekolah Menengah Teknik (SMT) merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Semakan keputusan Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik bagi sesi 2026 dibuka mulai 26 Disember 2025 melalui pautan rasmi KPM https://spskt4.moe.gov.my/. Selain permohonan ke SBP dan MRSM, salah satu daripada pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional, iaitu aliran (TVET).

Tahukah anda apakah itu aliran TVET dan bagaimana haluan kerjaya yang boleh dipilih dalam bidang ini?

Anda minat kejuruteraan, teknologi, sains, teknikal dan TVET? Jom mohon masuk Sekolah Menengah Teknik Ambilan Sesi 2026!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kelebihan, cara permohonan dan syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik di Malaysia.

Permohonan untuk bagi kemasukan ke sekolah ini dibuka mulai 1 Ogos sehingga 7 September 2025.

Ayuh ketahui lebih lanjut tentang pakej matapelajaran jika anda memilih untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik dan bagaimana pula dengan halatuju selepas SPM nanti.

Apakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)?

Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.

Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.

Berikut merupakan program yang ditawarkan bagi aliran kemahiran (TVET) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sekolah Menengah Teknik (SMT).

Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:

i.Pengajian Kejuruteraan Awam
ii.Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
iii.Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
iv.Perdagangan
v.Sains Pertanian

Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:

i.Tingkatan 4
ii.Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

MATA PELAJARAN BAGI SETIAP KURSUS

KURSUSMATA PELAJARAN ELEKTIFMATA PELAJARAN TERASMATA PELAJARAN WAJIB
Kejuruteraan AwamPengajian Kejuruteraan Awam
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Matematik
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Kejuruteraan Elektrik dan ElektronikPengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik
Kejuruteraan MekanikalPengajian Kejuruteraan Mekanikal
Lukisan Kejuruteraan
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik
PerdaganganSains
Pengajian Keusahawanan atau Perniagaan
Prinsip Perakaunan
Sains PertanianPertanian
Biologi
Matematik Tambahan
Kimia
Fizik

Senarai lokasi SMT dan kursus yang ditawarkan boleh dirujuk di laman sesawang berikut : https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/lokasi_teknik.cfm

permohonan sekolah teknik malaysia smt 2026

Perbezaan Antara Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik

Untuk perbezaan yang lebih jelas sila rujuk jadual di bawah:

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
kolej vokasional permohonan sekolah teknik kolej vokasional pksk
kolej vokasional

Syarat Permohonan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2026

SYARAT UMUM

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
  2. Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/2025.
  3. Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
  4. WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  5. Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  6. Sihat tubuh badan.
  7. Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
  8. TIDAK rabun warna/buta warna.
  9. Berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu :

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

Cara Permohonan Sekolah Menengah Teknik

Untuk makluman semua, permohonan bagi sesi 2026 dibuka mulai 1 Ogos 2025 (jam 12.00 tengah malam) hingga 7 September 2025 (12.00 tengah malam).

Calon dari sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.

Permohonan Sekolah Menengah Teknik bagi sekolah KPM:
https://spskt4.moe.gov.my

Manakala bagi calon dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) sila layari pautan di bawah.

Permohonan Sekolah Menengah Teknik bagi sekolah swasta:
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

permohonan kolej vokasional 2026

Cara Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Menengah Teknik

  • Tarikh semakan keputusan & permohonan rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
  • Tarikh pendaftaran: 13 Januari 2026
  • Semakan rayuan: 6 Februari – 10 Februari 2026

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk SOALAN LAZIM (FAQ) di bawah:

Apakah syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)?

SYARAT UMUM
• Murid adalah Warganegara Malaysia.
• Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
• Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
• WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
• Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
• Sihat tubuh badan.
• Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
• TIDAK rabun warna/buta warna.
• Berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS
• Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
▪ Bahasa Melayu
▪ Bahasa Inggeris
▪ Matematik
▪ Sains
▪ Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

Bilakah tarikh permohonan ke SMT?

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dibuka mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025.

Bilakah tarikh semakan keputusan tawaran kemasukan ke SMT?

Semakan penawaran ke SMT mulai 26 Disember 2025.

Apakah Sekolah Menengah Teknik (SMT)?

SMT merupakan sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.

Bagaimana cara memohon Sekolah Menengah Teknik (SMT)?

Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi https://spskt4.moe.gov.my/

permohonan mrsm 2026

Apakah yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tawaran ke SMT?

a) Murid hendaklah mencetak surat tawaran dan buku tawaran kemasukan yang disertakan.
b) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV/SMT semasa hari pendaftaran.
c) Borang-borang yang lain boleh dirujuk terus ke SMT yang menawarkan untuk tindakan selanjutnya.

Jika tidak berjaya dalam rayuan kali pertama, bolehkah membuat rayuan lagi?

Boleh. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/permohonanKVSMT

Bagaimana saya ingin tahu lebih lanjut tentang Sekolah Menengah Teknik (SMT)?

Anda boleh melayari Portal Rasmi Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pautan https://bpltv.moe.gov.my/sekolah-menengah-teknik/

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

+603 – 8884 5154
+603 – 8889 5047
[email protected]

Permohonan : https://spskt4.moe.gov.my/

Jangan lupa ikuti https://www.facebook.com/KVdMedia atau layari laman web rasmi https://bpltv.moe.gov.my/ untuk mengetahui pelbagai info menarik tentang Kolej Vokasional & SM Teknik, BPLTV KPM.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut