e-Kolej UiTM : Semakan Penempatan Kolej Kediaman & Rayuan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

e-Kolej UiTM : Cara Semakan, e-Rayuan Penempatan Kolej Kediaman Pelajar UiTM & Contoh Surat Rayuan

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menubuhkan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa untuk bertindak serta-merta mencari resolusi yang terbaik bagi membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa.

Dalam satu kenyataan terkini berhubung isu tular, UiTM amat prihatin dan mengambil berat perihal kebajikan mahasiswa, susulan isu penempatan mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan kampus UiTM.

Oleh itu, satu platform diwujudkan untuk memudahkan pelajar mencari rumah sewa selain untuk tujuan pengiklanan rumah sewa oleh tuan rumah.

Jom ketahui lebih lanjut tentang cara memohon penempatan pelajar melalui sistem e-Kolej dan Portal Rumah Sewa NR UITM yang baru diwujudkan bagi memudahkan urusan mendapatkan rumah sewa.

Apakah e-Kolej UiTM?

UiTM menyediakan 107,000 tempat di kolej-kolej kediaman, dengan penawaran 34,000 tempat kepada pelajar-pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda; 52,000 tempat kepada pelajar yang layak secara merit mengikut polisi penempatan UiTM dan 21,000 tempat kepada pelajar yang sedang merayu kolej kediaman.

Prosedur Semakan Keputusan Permohonan Kolej Kediaman

Permohonan penempatan pelajar bagi sesi Mac – Ogos 2023 telah dibuka.

Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke Student Portal
  2. Pergi ke bahagian eHEP System
  3. Klik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej
  4. Cetak Slip Pra-Pendaftaran
e-kolej uitm semakan rayuan kolej
e-kolej uitm semakan rayuan kolej

e-Rayuan Kolej Kediaman UiTM 2023

Permohonan rayuan kolej boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem e-Rayuan Kolej mulai 25 Ogos hingga 1 September 2023.

Keputusan permohonan e-Rayuan Kolej akan dikeluarkan mulai 19 September 2023 ini.

rayuan uitm kolej

Tawaran kolej kediaman untuk pelajar yang sedang membuat rayuan adalah tertakluk kepada kriteria termasuk merujuk polisi penempatan UiTM; pelajar semester akhir dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000 dan B40 dan pelajar Sabah dan Sarawak dari keluarga berpendapatan di bawah RM2,000.

Sistem e-Rayuan Kolej dibuka kepada :

– Pelajar Non-Residen (NR)

– Pelajar yang gagal permohonan kolej melalui sistem e-kolej

– Pelajar yang tidak membuat permohonan kolej

Permohonan e-Rayuan Kolej boleh dibuat melalui laman web iStudent Portal > eHEP System > e-kolej.

Untuk makluman, pelajar boleh membuat permohonan rayuan kolej mengikut langkah-langkah berikut:

1. Log masuk ke Student Portal

2. Pergi ke bahagian eHEP

3. Klik di bahagian Borang Rayuan Permohonan Kolej (di menu bahagian kiri).

4. Isi borang dan klik hantar.

Berikut juga disertakan contoh surat rasmi bagi permohonan rayuan Kolej Kediaman bagi pelajar yang memerlukan.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Permohonan Kolej Kediaman

Nur Asmah Hussin
JL Auto Servis Kg. Jelor,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
013-3657043

____________________________________________________________________
Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor


Tuan,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023

Berhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin No. KP 920321-03-6234. No. Matrik IET 120007 ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelah
gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online dan
juga kolej-kolej lain.

2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.

3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin
(Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar
tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi.

4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah bagi
membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah.

5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh. Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam ‘LRT’ yang memakan masa selama 45 minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.

Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya
dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,
(NUR ASMAH HUSSIN)

MUAT TURUN / EDIT VERSI DOC. (FORMAT MICROSOFT WORD):

surat rayuan kolej uitm

Cara Membuat Semakan Penempatan / Status Rayuan

Semakan penempatan boleh dibuat melalui laman web iStudent UiTM melalui pautan berikut: https://istudent.uitm.edu.my/ atau terus ke pautan berikut https://hep.uitm.edu.my/main/

Pelajar yang berjaya hendaklah mencetak slip pra pendaftaran seperti di bawah:

e-kolej uitm semakan rayuan kolej

Prosedur semakan adalah dengan melakukan langkah berikut:

  1. Log masuk ke Student Portal
  2. Pergi ke bahagian eHEP System
  3. Klik di bahagian Keputusan Permohonan / Rayuan Kolej
  4. Cetak Slip Pra-Pendaftaran

Unit Kemudahan Kolej UiTM

Unit Kemudahan Kolej ini merupakan pusat utama pengurusan pentadbiran kolej-kolej kediaman di Shah Alam dan kampus cawangan.

Fungsi dan Tanggungjawab Unit Kemudahan Kolej

1. Merangka dasar dan peraturan kolej kediaman UiTM dan menyelaras penyeragaman, pemantauan perlaksanaan dan penambahbaikan dasar.
2. Menguruskan penyediaan surat pekeliling Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar berkaitan dasar pentadbiran dan peraturan kolej kediaman.
3. Pengurusan Staf Residen Kolej (SRK).
4. Mentadbir hal ehwal Pengurusan Sumber Manusia (Pengurusan Asrama) dengan lebih efisien dan sistematik.
5. Merancang pengurusan penempatan pelajar baharu, pelajar lama, sewaan pelajar dan agensi luar.
6. Menyelaras Laporan Prestasi untuk dimajukan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ke Kementerian Pengajian Tinggi.
7. Memantau Petunjuk Prestasi (KPI) Kolej Kediaman supaya mencapai objektif.
8. Memantau dan menguatkuasakan kontrak tender sedia ada di kolej-kolej kediaman.

Perkhidmatan yang disediakan

1. Menyelaras permohonan pelajar mendapatkan tempat tinggal di kolej-kolej kediaman.
2. Menyelaraskan segala pembelian dan naiktaraf kolej kediaman UiTM Shah Alam.
3. Melaksanakan kaedah sistem elektronik untuk kemudahan pelajar dan kakitangan kolej kediaman (e-insentif, e-kolej, e-rayuan dan e-selenggara)
4. Menyelaraskan urusan tender sewaan perabot di kolej-kolej kediaman.
5. Menyelaras sewaan penempatan kepada pelajar semasa cuti.
6. Menyelaras permohonan penginapan transit daripada luar (termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, kolej, universiti, sekolah).
7. Lain-lain perkhidmatan; menyelaras permohonan dan penyambungan perkhidmatan Pegawai Pmbangunan Pelajar (PPP) dan Pengetua Kolej Kediaman.

Portal Rumah Sewa Non-Resident UiTM

Terkini, UiTM telah mewujudkan portal rumah sewa Non Resident (NR) di https://nr.uitm.edu.my, bagi membantu memudahkan urusan mahasiswa mendapatkan rumah sewa.

Pengurusan NR UiTM turut membuat tinjauan secara berkala yang berkaitan dengan isu keselamatan, kontrak perjanjian sewa rumah dan kebajikan mahasiswa NR.

Cara untuk membuat carian dan mendaftar portal NRHome UiTM adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke pautan https://nrhome.uitm.edu.my/ menggunakan ID pelajar.
  2. Buat carian rumah sewa di kawasan berdekatan anda.
  3. Hubungi Tuan Rumah / Ejen yang berkenaan dan dapatkan maklumat yang secukupnya.
  4. Tandatangan Perjanjian Penyewaan Rumah.
  5. Kemaskini maklumat dalam Student Portal UiTM.

Berikut disertakan infografik NRHome UiTM untuk rujukan tujuan pengiklanan oleh pemilik rumah sewa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung unit kemudahan Kolej UiTM, sila hubungi :

Unit Kemudahan Kolej
Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3520
Faks: (+603) 5544 3221
Emel: [email protected]
Whatsapp Business : https://wa.me/message/ULX73D2HNRSJC1

Portal Rasmi NRHome UiTM : https://nrhome.uitm.edu.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut