Tahukah anda, Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah (tahun 624 M) merupakan perang pertama umat Islam yang diketuai Rasulullah S.A.W dalam menentang kaum Quraisy, Mekah.
Pertempuran ini dinamakan sempena lokasi berlakunya peperangan tersebut yang terletak kira-kira 80 batu di selatan Madinah, dan peperangan ini merupakan satu kemenangan besar buat umat Islam pada waktu itu.
Bagi anda yang berminat untuk fahami sejarah peperangan ini, anda boleh teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel.
Sejarah Perang Badar
Perang Badar, atau turut dikenali dengan nama “Badar Al Kubra” merupakan peperangan pertama umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Pertempuran ini telah berlaku pada 17 Ramadan tahun 624M. Peperangan ini bukanlah berlaku secara tiba-tiba, tetapi ia berlaku rentetan perangai kafir Quraish yang telah melampaui batas kemanusiaan.
Masyarakat kafir Quraisy pada waktu itu tidak dapat menerima perkembangan Islam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk Madinah dan kawasan sekitarnya. Oleh itu, mereka telah berusaha menghalang penyebaran ajaran Islam dengan pelbagai cara, termasuk menyekat perdagangan umat Islam dan membunuh orang-orang Islam.
Peperangan ini bermula sewaktu rombongan kafilah dagang Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Mekah. Nabi Muhammad dan para sahabat merancang untuk memintas kafilah ini sebagai balasan terhadap tindakan Quraisy yang merampas harta umat Islam ketika peristiwa hijrah ke Madinah.
Namun, strategi ini diketahui oleh Abu Sufyan, yang kemudian meminta bantuan tentera Quraisy untuk melindungi kafilah tersebut. 1000 orang dari kaum kafir Quraish Mekah telah bersungguh menyertai perang ini dan menuju ke Badar dengan angkatan yang besar dan penuh bersemangat untuk menentang Rasulullah dan tentera Muslim.
Oleh yang demikian, bermulalah rentetan peperangan diantara Muslim dan
Kafir Quraish sehingga digelar sebagai Perang Yaumul Furqan (Hari Pembeza
Kebatilan dan Kebenaran).
Sumber: Ibrah dari Perang Badar-UiTM
Jumlah Tentera
Untuk pengetahuan anda bagi peperangan pertama umat Islam, pimpinan Rasulullah ini, bilangan tentera yang mengikuti peperangan ini adalah sangat sedikit berbanding pihak lawan.
Seramai 313 sahaja tentera Islam yang menyertai Perang Badar ini, manakala pihak lawan pula dianggarkan lebih 1000 orang tentera yang menyertai mereka. Namun begitu, jumlah tentera bukanlah bererti kekalahan.
Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Islam dan ia juga merupakan kemenangan besar kerana hanya 14 orang sahaja daripada tentera Islam yang syahid ketika peperangan.
Sebaliknya, 70 tentera Quraish telah terbunuh dan 70 lagi menjadi tawanan perang. Antara orang penting dari pihak lawan yang terbunuh dalam peperangan ini ialah pak cik kepada Nabi Muhammad S.A.W sendiri iaitu Abu Jahal (Amr Ibn Hisham) .
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Punca Peperangan
Terdapat tiga (3) punca utama berlakunya Perang Badar ini. Punca-punca tersebut boleh dilihat di bawah:
- Kebencian Abu Jahal terhadap Rasulullah
- Abu Jahal sangat membenci Rasulullah S.A.W dan tidak suka akan dakwah yang disampaikan. Pengaruh Rasulullah yang kuat juga menyebabkan Abu Jahal merasa tercabar
- Oleh itu, pelbagai cara telah Abu Jahal lakukan untuk mengusir Rasulullah serta mereka yang menyertai Islam dari Kota Mekah, agar mereka dapat menguasai Mekah sepenuhnya.
- Penindasan & Pengusiran Umat Islam
- Perlakukan buruk kaum kafir Quraisy terhadap umat Islam bukan setakat
berlaku di Mekah, malahan semasa proses penghijrahan umat Islam juga
ditindas dan dilayan dengan tidak sewajarnya. - Kaum Quraisy yang memeluk Islam ketika itu akan dikeluarkan daripada suku
mereka dan ada daripada mereka telah dibunuh dengan kejam oleh pihak lawan.
- Perlakukan buruk kaum kafir Quraisy terhadap umat Islam bukan setakat
- Perampasan Harta Benda Umat Islam
- Perpindahan umat Islam dari Mekah ke Madinah telah dihalang. Harta benda yang dimiliki oleh orang Islam ketika itu telah dirampas oleh kaum Quraish yang tidak berpuas hati.
Baca juga: Tembikai : Khasiat Buah & Simbol Solidariti Palestin
Pengajaran dari Perang Badar
Berikut merupakan pengajaran atau ibrah yang boleh kita peroleh apabila kita mempelajari atau memahami sejarah Perang Badar ini: