Penyakit Anemia: Punca, Gejala dan Komplikasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Penyakit anemia berlaku ketika tubuh seseorang kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Ini seterusnya mengakibatkan kekurangan oksigen dan boleh menjejaskan fungsi tubuh.

Bergantung kepada punca, pesakit mungkin tunjukkan gejala berbeza. Sesetengah pesakit juga mungkin tidak sedari mereka mengalami masalah ini.

Ayuh kenali penyakit anemia dengan lebih lanjut menerusi perkongsian dari kami.

Baca juga:

penyakit anemia

Pengenalan penyakit Anemia di Malaysia

Di Malaysia, penyakit Anemia secara amnya lebih cenderung pada wanita etnik India (39.8%). Mengikut negeri, kadar Anemia di Kelantan adalah tertinggi iaitu 27.2% dari populasi keseluruhan.

Secara keseluruhannya, 21.3% dari populasi rakyat Malaysia mengalami anemia yang dianggarkan kira-kira 4.6 juta orang.

Tahukah anda, penyakit anemia lebih mudah berlaku dalam kalangan wanita kerana fisiologi wanita yang melalui kitaran haid dan kehamilan. Namun, tidak semua wanita mempunyai keterukan anemia yang sama.

Wanita hamil digalakkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama makanan kaya zat besi untuk mencegah anemia.

penyakit anemia

Punca

Penyakit anemia boleh berpunca daripada beberapa keadaan berikut:

  • Penghasilan darah merah yang rendah
  • Kehilangan darah secara berlebihan
  • Sel darah merah yang hancur terlalu cepat daripada pembentukannya (anemia hemolitik)
  • Kekurangan zat besi
  • Kehamilan
  • Kerosakan pada sumsum tulang (anemia aplastik)
  • Penyakit kronik seperti jangkitan penyakit buah pinggang, kanser, rheumatoid arthritis dan HIV/AIDS.
  • Bentuk sel hemoglobin yang tidak normal (sickle cell anemia)
  • Thalasemia akibat mutasi genetik yang mempengaruhi pembentukan hemoglobin.

Simptom penyakit Anemia

Bergantung kepada puncanya, penyakit anemia boleh menunjukkan beberapa gejala seperti:

  • Rasa lemas
  • Mudah penat
  • Pening atau sakit kepala
  • Mudah mengantuk
  • Kuit pucat atau kekuningan
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Nafas pendek
  • Sakit dada
  • Terasa sejuk pada tapak kaki dan tapak tangan

Komplikasi

Sekiranya tidak ditangani, penyakit anemia boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti:

  • Kesulitan melakukan aktiviti harian akibat kepenatan
  • Masalah pada jantung seperti gangguan degupan jantung
  • Gangguan paru-paru seperti pulmonary hypertension
  • Komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang atau berat bayi rendah
  • Gangguan tumbesaran sekiranya anemia terjadi pada bayi atau kanak-kanak.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Teh boba dan kopi punca remaja anemia?

Trend minum teh boba dan kopi viral semakin digilai oleh golongan muda-mudi khususnya remaja.

Selain kandungan gulanya yang tinggi, dua jenis minuman ini juga sebenarnya dikatakan boleh menjadi penyumbang kepada peratusan penyakit anemia di kalangan remaja.

Timbalan Dekan Akademik (Sains Kesihatan) dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulit Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Barakatun Nisak Mohd. Yusof berkata,

“Pengambilan minuman berkafeine menjadi antara punca peningkatan kes anemia dalam kalangan remaja. Minuman tersebut boleh menghalang penyerapan zat besi pada makanan.”

Kenyataan ini disokong dengan hasil kajian yang mendapati bahawa zat besi akan hilang sebanyak 62% apabila seseorang makan bersulam teh manakala bagi kopi pula 35%.

Di mana salah satu dari punca anemia berlaku adalah kerana kekurangan nutrien seperti portein, zat besi, vitamin C, vitamin E, vitamiin B12, vitamin B6, kuprum, riboflavib, dan asid folik bagi pembentukan sel darah merah serta haemoglobin.

Cara mencegah Anemia dari gaya hidup

Dalam sesetengah kes, penyakit anemia yang diwarisi oleh keluarga tidak dapat dielakkan. Meskipun begitu, anda masih boleh mencegahnya dengan mengamalkan diet seimbang serta pemakanan sihat.

Anda disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan :

Zat besi – daging merah seperti daging lembu, kekacang, sayuran berdaun hijau gelap, buah naga serta buah-buahan kering.

Asid folik – kacang pis, kacang tanah, produk bijirin yang kaya dengan karbohidrat seperti pasta, roti dan bijirin sarapan pagi, buah-buahan dan sayuran hijau berdaun gelap.

Vitamin B12 – produk tenusu, daging, produk bijirin dan produk soya.

Vitamin C – buah-buahan sirus dan jus, tomato, tembikai, strawberi dan brokoli.

Anda juga disarankan untuk banyakkan minum air kosong kerana kajian menunjukkan ia dapat mengekalkan tahap hemoglobin.

penyakit anemia

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda berasa cepat letih atau mengalami gejala penyakit anemia yang semakin teruk, anda perlulah berjumpa dengan doktor.

Anda juga perlu berunding dengan doktor sekiranya anda mengalami penyakit yang mungkin boleh menyebabkan anemia seperti gangguan pendarahan haid, kanser usus dan penyakit buah pinggang.

Bagi ibu hamil, penurunan tekanan rendah adalah perkara yang normal. Untuk mengekalkan kesihatan ibu dan bayi, anda perlulah dapatkan pemeriksaan secara rutin.

Doktor akan mencadangkan pengambilan supplemen tertentu mengikut kepeluan.

penyakit anemia

Untuk pesakit yang mengalami anemia yang terkait dengan keturunan atau thalasemia, anda perlulah dapatkan nasihat daripada doktor sebelum bercadang untuk memiliki zuriat.

Sama ada penyakit anemia yang dialami kekal atau sementara, anda masih boleh menguruskannya dengan pengambilan ubat-ubatan yang disarankan doktor serta mengamalkan diet sihat.

Anda juga boleh berunding dengan doktor untuk kenalpasti keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan mengikut tahap kesihatan anda.

Sumber:

  1. Anemia? Kenalo Faktor Risiko. UKM Medical Molecular Biology Institute
  2. 21.3 Peratus Rakyat Malaysia Ada Anemia. Harian Metro
  3. Anemia: Causes, Symptoms, Diagnosis, Treatments. WebMD
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut