MyFutureJobs : Daftar Portal Carian Kerja, MyStep, Guru Ganti

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berita baik bagi semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mencari pekerjaan dan menikmati pelbagai insentif yang ditawarkan untuk pencari kerja.

Dalam era serba digital, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan, sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Bermula tahun 2024 ini juga, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.

Kami kongsikan lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara membuat pendaftaran.

Apakah MyFutureJobs?

Secara ringkasnya, MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program melalui National Employment Services, PERKESO.

Di bawah inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).

Anda berpeluang membina kerjaya anda melalui portal MYFuture Jobs dan menikmati pelbagai kelebihan dari portal tersebut.

Terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan sama ada secara separuh masa, sepenuh masa, dan dalam pelbagai bidang di seluruh negara.

Untuk makluman anda, bermula tahun 2024 ini juga, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.

Jadi, ayuh daftar & lengkapkan profil MYFutureJobs anda sekarang.

Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja

Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFuture Jobs ini boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.

Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

  1. Untuk mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
  2. Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
  3. Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
  4. Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
  5. Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  6. Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

Sila rujuk lampiran berikut untuk manual penuh pencari kerja : PANDUAN PENCARI KERJA

Cara Memohon Pekerjaan Melalui MyFutureJobs

Untuk mengetahui peluang pekerjaan terbaru di MyFuture Jobs, anda boleh melakukan langkah berikut:

myfuturejobs
  1. Layari laman web : https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs
  2. Sila buat carian mengikut :
    • Jenis pekerjaan
    • Lokasi
    • Status pekerjaan (separuh masa, sepenuh masa, kontrak, freelance, dan sebagainya)
  3. Klik butang MOHON untuk memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelulusan anda.
  4. Untuk memohon, pastikan anda mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap / log masuk / daftar terlebih dahulu.

CONTOH CARA MOHON JAWATAN GURU GANTI DI MYFUTUREJOBS

LANGKAH 1 : Layari https://myfuturejobs.gov.my/ms/utama/
LANGKAH 2 : Klik pada butang ‘Pencari Kerja’
LANGKAH 3 : Taipkan ‘guru ganti’ pada ruang kosong yang berlabel ‘What’
LANGKAH 4 : Klik butang ‘Search’ untuk mendapatkan hasil carian.

Insentif & Manfaat Pencari Kerja 2024

Pihak PERKESA sentiasa mengambil inisiatif bagi memudahkan rakyat Malaysia yang mencari kerja mempunyai pendedahan dan platform kepada syarikat yang sedang mencari kerja.

Bagi tahun 2024, pihak PERKESO akan mengadakan Karnival Kerajaya MyFutureJobs di serata negeri di Malaysia.

1. Karnival Kerjaya Jobcare Selangor

  • Tarikh: 3 Februari 2024 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
  • Lokasi: Dewan Hamzah, Klang

Karnival kerjaya di lain-lain lokasi seluruh Malaysia akan dikemaskinikan di halaman https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/

2. Program Latihan Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal 2.0

Merupakan program inisiatif lanjutan daripada Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang bertujuan memastikan pekerja sektor tidak formal untuk mempunyai akses kepada program pembangunan kerjaya dan latihan kemahiran microcredential.

Program ini juga dapat memperkasakan pasaran buruh bagi meningkatkan potensi individu yang sedang bekerja di bawah Sektor Tidak Formal untuk memperoleh pekerjaan formal melalui microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA / IPTS / JPK / MQA / badan ikhtisas / pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA , BOE, MIA.

Kumpulan sasaran bagi Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal adalah pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Diploma dan ke bawahh.

3. Daya Kerjaya 2.0

Skim sokongan pekerjaan dimana insentif penggajian sebanyak RM1,500 sebulan selama 6 bulan untuk setiap pekerjaan yang diambil oleh sektor swasta dan GLC/GLIC yang menawarkan pekerjaan kepada golongan mudah terjejas.

Baca lagi: Daya Kerjaya 2.0: Insentif RM1500 Setiap Individu

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui:
Talian Khidmat Pelanggan: 1 300 22 8000
Emel: [email protected]

Anda boleh mengunjungi Pejabat PERKESO berhampiran seperti berikut:



PUTRAJAYA
Ibu Pejabat
Level 2, Wisma Perkeso Putrajaya, No. 6 Persiaran Perdana,
Presint 2, 62100 Putrajaya
03-8091 5100

KUALA LUMPUR
Pengarah
PERKESO Negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wisma PERKESO,
No. 155, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
03-2687 2600

SELANGOR
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Selangor, Wisma PERKESO, Lot 141,
Seksyen 6, Jalan Selangor, 46990 Petaling Jaya, Selangor
03-7949 8888
Pengurus
Pejabat PERKESO Klang, Wisma PERKESO, No. 2,
Jalan Tiara 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor
03-3344 2501
Pengurus
Pejabat PERKESO Tanjung Karang, No. 38, Jalan Ria Mas,
Taman Ria Mas, 45500 Tanjung Karang, Selangor
03-3269 9001
Pengurus
Pejabat PERKESO Rawang, 29, Jalan Setia Rawang 1, KM 25,
Jalan Ipoh, 48000 Rawang, Selangor
03-6091 6519 /
03-6091 6937 /
03-6091 2427

PERAK
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Perak, Wisma PERKESO No. 83,
Jalan Hospital, 30450 Ipoh, Perak
05-253 8477 /
05-254 5487
Pengurus
Pejabat PERKESO Taiping, No. 2 & 4,
Persiaran Taiping, 34000 Taiping, Perak
05-805 7050
Pengurus
Pejabat PERKESO Kuala Kangsar, No. 8E/8F,
Plot 3000 & 3001, 33000 Kuala Kangsar, Perak
05-773 3000 /
05-776 5930
Pengurus
Pejabat PERKESO Tapah, Lot 5399, No. 6 & 7,
Jalan Bidor, 35000 Tapah, Perak
05-401 1226
Pengurus
Pejabat PERKESO Teluk Intan, No. 8 – 10, Medan Sri Intan,
Jalan Sekolah, 36000 Teluk Intan, Perak
05-622 1935
Pengurus
Pejabat PERKESO Sri Manjung, No 125 & 126 Jalan PPMP 3/3
Pusat Perniagaan Manjung Point 32040 Sri Manjung, Perak
05-688 2600

PULAU PINANG
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang, Wisma PERKESO,
No. 3012, Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Perai, Pulau Pinang
04-388 7666
Pengurus
Pejabat PERKESO Georgetown, Wisma PERKESO, No. 269,
Jalan Burma, 10538 GeorgeTown, Pulau Pinang
04-238 9888

KEDAH
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Kedah, Wisma PERKESO, Lot. 186,
Jalan Teluk Wanjah, 05538 Alor Setar, Kedah
04-774 6666
Pengurus
Pejabat PERKESO Langkawi, No. 17, Persiaran Bunga Raya,
Langkawi Mall, 07000 Langkawi, Kedah
04-969 8701
Pengurus
Pejabat PERKESO Sungai Petani, No. 30 & 31, Lengkok Cempaka 1,
Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
04-448 1200
Pengurus
Pejabat PERKESO Kulim, 582 & 583, Lorong Kemuning 1,
Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah
04-496 2203

PERLIS
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Perlis, No. 6A & 8A,
Jalan Hospital, 01000 Kangar, Perlis
04-976 7100

NEGERI SEMBILAN
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Sembilan, Wisma PERKESO, Lot 3757,
Lot 52, Jalan Sg. Ujong, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
06-766 9000
Pengurus
Pejabat PERKESO Kuala Pilah, No. 8 & 9, Jalan Melang 1,
Pusat Komersial Melang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
06-482 1934 /
06-482 1935

MELAKA
Pengarah
Pejabat PERKESO Negeri Melaka, Wisma PERKESO,
Jalan Persekutuan MITC, Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka
06-251 6888

Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFuture Jobs atau maklumat lanjut boleh hubungi atau layari:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut