Pelarasan Gaji Penjawat Awam Fasa 1 & Fasa 2

Pelarasan gaji fasa 2
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pada 16 Ogos 2024, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan semula gaji penjawat awam bagi tahun 2025. Pelarasan ini akan melalui dua fasa dengan fasa 1 dijalankan pada Disember 2024 dan fasa 2 pada Januari 2026. 

Jika anda merupakan penjawat awam atau mempunyai pasangan atau ibu bapa yang merupakan penjawat awam, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini untuk mengetahui lebih lagi tentang hal ini. 

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 

Bermula 1 Disember 2024, kerajaan telah bersetuju untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Sistem ini telah diganti dengan SSPA bagi memperbaharui dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan awam.

Melalui SSPA, kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan menerusi pengukuhan elemen-elemen perkhidmatan awam seperti, Pengoptimuman Sumber dan Peningkatan Produktiviti, Pengurusan dan Pembangunan Modal Insan, Pengukuhan Kepimpinan, Pengukuhan Tatakelola dan Pemerkasaan Penyampaian Perkhidmatan. 

Selaras dengan hasrat untuk memastikan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam dan menjaga kesejahteraan pegawai, prinsip pemberian ganjaran berasaskan prestasi dan tatakelakuan diperkenalkan, menjadikan SSPA ini sebagai satu sistem berteraskan prestasi. 

Untuk mengetahui lebih lagi tentang SSPA ini anda boleh ke laman berikut : SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam

Pelarasan Gaji Penjawat Awam 

Pada 16 Disember 2024 yang lepas, dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan tentang pelarasan gaji penjawat awam bagi tahun 2025. 

Keputusan ini diambil setelah kerajaan melakukan kajian semula melibatkan skim gaji penjawat awam yang dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013. 

Melalui pelarasan gaji ini, pegawai kerajaan bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Berikut merupakan antara intipati yang dibincangkan PM sewaktu mengumumkan pelarasan gaji tersebut:

Kenaikan gaji penjawat awam fasa 1 pada 1 Disember 2024

Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, pelarasan gaji baharu ini dilakukan dalam dua fasa iaitu fasa 1 dan fasa 2. Bagi fasa 1, pelarasan gaji telah pun bermula pada hujung tahun lepas iaitu pada 1 Disember 2024.

Bagi fasa 1 ini, kadar kenaikan gaji penjawat awam meningkat sebanyak 4% bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan tertinggi dan 8% peratus atau minimum RM250 bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan kumpulan perkhidmatan pelaksana.

Kenaikan gaji penjawat awam fasa 2 pada 1 Jun 2026

Bagi fasa 2 pula, kenaikan gaji penjawat awam ini akan bermula pada 1 Jun 2026. Kadar kenaikan gaji penjawat awam pada fasa ini akan meningkat sebanyak 3% bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan tertinggi dan 7% peratus bagi kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan kumpulan perkhidmatan pelaksana.

Untuk anda yang ingin mengira kenaikan gaji anda pada fasa 1 dan fasa 2, anda boleh melakukan pengiraan tersebut dengan mudah menggunakan kalkulator yang telah disediakan Jabatan Perkhidmatan Awam di SINI.

Berikut merupakan contoh kenaikan mengikut fasa :

Kelayakan Terima Pelarasan Gaji

Pegawai yang menerima opsyen SSPA dan berada dalam situasi berikut layak untuk menerima pelarasan gaji secara berfasa:

  1. Pelarasan Gaji Fasa 1
    • pegawai yang dilantik sebelum 1 Disember 2024 dan sedang berkhidmat pada 1 Disember 2024; atau
    • pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Disember 2024.
  2. Pelarasan Gaji Fasa 2
    • pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2026 dan sedang berkhidmat pada 1 Januari 2026; atau
    • pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2026

        Manakala pegawai yang tidak layak untuk menerima pelarasan gaji pula adalah seperti yang berikut:

        • Pegawai yang menolak opsyen SSPA; atau 
        • Pegawai yang tidak lagi berkhidmat pada 1 Disember 2024 (fasa 1) atau 1 Januari 2026 (fasa 2). 

        Maklumat Lanjut

        Bagi anda yang memerlukan maklumat tambahan berkenaan pelarasan gaji bagi fasa 1 dan fasa 2 ini anda boleh dapatkan maklumat tersebut di laman sosial JPA atau melalui dokumen infografik yang disediakan di bawah:

        Follow eCentral di WhatsApp Channel
        Ikut