Pas Khas Dalam Talian eSP: Transformasi Digital Imegresen

PAS KHAS DALAM TALIAN (eSP)
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi mentransformasikan perkhidmatan ke arah pendigitalan, bermula tahun hadapan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan Pas Khas Dalam Talian atau eSP.

Pengenalan pas digital atau eSP ini diharapkan akan mempercepat dan mendigitalisasi urusan imigresen.

Selain itu, eSP juga dijangkan serta akan mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen dengan membolehkan permohonan pas khas dilakukan secara online sahaja, menggantikan proses manual yang memerlukan kehadiran fizikal.

Apa itu Pas Khas Dalam Talian (eSP)

Pas Khas Dalam Talian atau eSP merupakan dokumen yang dikeluarkan kepada warga asing bertujuan untuk memberi hak kepada pemegang masuk dan tinggal di Malaysia tidak melebihi 30 hari berdasarkan kepada peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Walaupun permohonan dilakukan secara dalam talian, aspek keselamatan dan ketelusan tetap diutamakan.

Pemohon perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan serta memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

eSP merupakan platform permohonan pas khas secara dalam talian dalam menguruskan keberadaan pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) Jangka Panjang dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) yang masih sah.

Mana-mana warganegara asing yang sedang menunggu keputusan untuk permohonan baharu atau lanjutan pertukaran PLS Jangka Panjang dan PLIK atau yang mengalami masalah seperti sakit, kemalangan jalan raya, bencana alam, berada di dalam situasi yang di luar kawalan pemohon serta lain-lain sebab yang difikirkan wajar dan munasabah boleh memohon kemudahan eSP ini,

Ketika ini, urus niaga permohonan dan pengeluaran pas khas dilaksanakan secara manual dengan pemohon perlu hadir ke kaunter serta mengemukakan dokumen secara fizikal.

Artikel berkaitan: Senarai Hitam PTPTN (Blacklist Imigresen Ke Luar Negara)

Isu Keselamatan dan ketelusan 

Meskipun proses permohonan dilakukan secara dalam talian, aspek keselamatan dan ketelusan tidak diabaikan dalam perlaksanaan Pas Khas Dalam Talian atau eSP ini.

Pemohon perlu memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan mengikut dasar semasa yang berkuatkuasa.

Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan untuk menyokong permohonan eSP sebelum disemak dengan teliti oleh pegawai bagi memastikan hanya individu benar-benar layak akan diberikan kemudahan eSP.

Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau tidak diluluskan, akan diarahkan untuk hadir ke pejabat JIM terdekat bagi pemeriksaan lanjut dan penjelasan berhubung status permohonan mereka.

Kredit: Jabatan Penyiaran Malaysia

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut