Sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini iaitu Pakej Kita Selangor.
Pakej yang diumumkan pada 20 Januari ini merangkumi pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan dan dijangka akan memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.
Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang Pakej Selangor Kita.
Baca juga: Intipati Pakej Bantuan Khas PERMAI 2021 (18 Januari)
Apakah Pakej Selangor Kita?
Pakej Selangor Kita secara dasarnya bertujuan untuk memastikan kebajikan rakyat Selangor terpelihara di ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua.
Sejumlah RM73.877 impak kewangan untuk kesemua inisiatif yang akan memanfaatkan kumpulan sasaran yang sangat terkesan akibat pandemik sewaktu PKP berkuatkuasa.
Pakej Kita Selangor juga meliputi usaha membantu golongan ‘frontliners’ yang bertungkus lumus berkhidmat menangani COVID-19.
Intipati Pakej Kita Selangor
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.
Berikut adalah intipati Pakej Kita Selangor yang dilaporkan oleh SelangorKini
- Sebanyak 19,976 ujian Covid-19 percuma dibuat terhadap golongan sasar termasuk warga emas, golongan berpendapatan rendah B40 dan mahasiswa anak Selangor membabitkan kos RM6 juta
- Tambah baik fungsi aplikasi SELangkah yang membantu pengawasan kendiri individu bergejala melibatkan pusat panggilan 24 jam
- Peruntukan RM3 juta Bantuan Makanan kepada 9,822 petugas perubatan dan 3,500 anggota polis dan tentera
- Pemberian Bakul Makanan
- Penggunaan Bas Smart Selangor secara percuma untuk menghantar pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang
- Peruntukan Khas Mesra Rakyat RM100,000 untuk setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen melibatkan perolehan asas seperti beras dan minyak masak
- Pengecualian sewa bulan (Januari) dan penangguhan sewa dua bulan (Februari dan Mac) untuk 2,361 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penangguhan sewa tiga bulan (Januari-Mac) untuk 450 penyewa Skim Smart Sewa melibatkan kos RM2.7 juta
- Lupus pinjaman 762 peminjam Yayasan Selangor bernilai RM7.177 juta
- RM1.3 juta bagi biayai bantuan makanan untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang Asal
- Peruntukan RM2 juta untuk 10,160 warga tani termasuk baucar petrol RM300 kepada nelayan, makanan ternakan untuk pengusaha ternakan dan makanan mentah untuk warga tani
- Peruntukan RM 1 juta biaya Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapan dengan pembukaan taska dan pusat jagaan sementara percuma di hospital awam serta premis sementara
- Lancar Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran antaranya program kemahiran belajar ‘smart learning’ dan Program Pecutan Akhir SPM
Baca juga: ePTRS: Daftar & Login PTRS (Program Tuisyen Rakyat Selangor)
Melalui infografik di bawah ini dikongsikan rangkuman daripada pakej tersebut:
Selain itu, antara Belanjawan Selangor 2021 yang disegerakan termasuklah:
- Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi)
- Selangor Freelance
- eKitchen
- Pusat Operasi CSI Smart Selangor
- Program Digitalisasi e-Pembekalan Peruncit dan Mikro
- Inisiatif Rakan Digital Selangor
- Bantuan banjir #KitaSelangor
- Tabung Bantuan Menangani COVID19
Menurut laporan, Kerajaan Negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung bantuan bencana COVID19 yang diaktifkan semula tersebut.
Selain itu, Dato’ Menteri Besar turut berbesar hati menyumbang sebulan gaji sebagai permulaan dan mengalu-alukan dana daripada syarikat koporat dan anak syarikat negeri (GLC).
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Kita Selangor ini, sila rujuk Facebook terkini Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari atau laman web https://www.amirudinshari.com/.