Kad Pelajar Kebanggaan Pahang & Bantuan Pahang Pride Student
Sebuah lagi inisiatif yang diperkenalkan sejak 2022 bagi rakyat negeri Pahang adalah Kad Pelajar Kebanggaan Pahang.
Prihatin dengan rintihan ibu bapa yang bimbang dengan perbelanjaan dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries menawarkan kad pelajar yang bernilai RM100 dan diskaun 20% bagi barang keperluan sekolah.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara permohonan.
Apa Itu Bantuan Pahang Pride Student?
Pahang Pride Student adalah satu lagi bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang khas untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah.
Terdapat 2 kategori bantuan yang akan diterima iaitu:
- Pemberian kad diskaun sebanyak 20% kepada 150,000 ketua isi rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah
- Wang Tunai RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar untuk pembelian barangan sekolah.
Syarat Kelayakan Kad Diskaun Pelajar
Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.
Kelebihan
- Pemegang kad ini akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus ke atas setiap perbelanjaan keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih.
Baca juga:
Lokasi Kedai Buku MBS Books & Stationery Pahang
Moh serbu MBS Books and Stationery sekitar Pahang :
- MBSWorld
- MBSECM
- MBSTemerloh
- MBSBera
- MBSMaran
- MBSJengka
- MBSMentakab
- MBSLimbong
- MBSPekan
- MBSJerantut
- MBSChukai
- MBSMuadzam
- MBSRaub
- MBSLipis
- MBS Art Store
- MBS Air Putih
- MBS Balok
- MBS Taman Tas
- MBS Indera Mahkota
- MBS Bentong
- MBS Rompin (opening soon)