Download MyGOV & Tonton Piala Dunia 2026 Secara Percuma!

mygov piala dunia 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Aplikasi MyGOV kini menawarkan tontonan penstriman langsung LIVE Piala Dunia 2026 secara percuma! Berdasarkan kenyataan Kementerian Digital Malaysia, menjelang kejohanan Piala Dunia FIFA 2026, aplikasi MyGOV akan memperkenalkan penstriman perlawanan yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pengguna yang telah berdaftar dengan Mydigital ID akan dapat menonton secara siaran langsung menggunakan peranti mudah alih masing-masing, selain platform siaran sedia ada.

    Boleh Tonton Piala Dunia Kat Phone, Tapi Kena Download Apps Ni Dulu

    Perlawanan Piala Dunia 2026 kini boleh ditonton secara PERCUMA terus dari telefon pintar masing-masing melalui aplikasi MyGOV.

    Anda hanya perlu muat turun aplikasi MyGOV dan log masuk mengunakan MyDigital ID.

    Download MyGOV & Nonton Piala Dunia 2026 Secara Percuma!
    Paparan aplikasi MyGov

    Apa Itu Aplikasi MyGOV?

    Aplikasi MyGOV telah diperkenalkan pada Ogos 2025 dan menyediakan akses kepada 51 perkhidmatan merentas 19 agensi kerajaan ke dalam satu platform tunggal.

    Selaras dengan penyampaian perkhidmatan digital, aplikasi ini menyepadukan fungsi daripada sistem-sistem utama secara progresif, termasuk MySejahtera, MyJPJ, Semakan Harga Barangan Terpilih (PriceCatcher), Portal Manfaat dan juga Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

    Menjelang kejohanan Piala Dunia FIFA 2026, aplikasi MyGOV akan memperkenalkan penstriman perlawanan yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

    Nonton Piala Dunia 2026 MELALUI MyGOV
    Boleh tonton Piala Dunia FIFA 2026 melalui MyGOV (Sumber: Kementerian Digital)

    Muat Turun Aplikasi MyGOV untuk Tonton Piala Dunia 2026

    Untuk muat turun aplikasi MyGOV anda boleh klik pautan dibawah:

    Jangan tunggu saat-saat akhir baru nak muat turun, tak pasal-pasal server sesak nanti!

    Cara Tonton Piala Dunia 2026 Melalui Apps MyGOV

    Kalau nak tonton Piala Dunia 2026 melalui apps MyGOV, anda boleh rujuk cara-caranya dibawah:

    1. Muat turun aplikasi MyGOV di Google Play (Android) atau App Store (IOS)
    2. Kemudian, log masuk aplikasi MyGOV menggunakan MyDigital ID. Kalau anda belum ada MyDigital ID, sila muat turun terlebih dahulu aplikasi MyDigital ID dan buat pendaftaran okay.
    3. Setelah berjaya log aplikasi MyGOV, anda boleh tonton Piala Dunia 2026 secara percuma menggunakan telefon bimbit anda.

    Mudahkan?

    Aplikasi MyGOV

    Bolehlah muat turun aplikasi MyDigital ID dan aplikasi MyGOV awal-awal sebelum 11 Jun. Standby awal-awal tak kalut nanti!

    Siaran Piala Dunia FIFA 2026

    Selain aplikasi MyGOV, anda juga boleh layan Piala Dunia Fifa 2026 di:

    1. Unifi TV (Semua perlawanan secara langsung)
    2. MyTV
    3. RTM Klik ((Tak semua perlawanan – ada siaran langsung & tertunda)
    siaran piala dunia FIFA 2026
    Sumber: Berita RTM

    Untun menonton Piala Dunia 2026 di SmartTV, anda boleh muat turun RTMKlik.

    Tonton Piala Dunia 2026 di Smart TV melalui RTMKlik

    Bila Piala Dunia FIFA 2026?

    Piala Dunia FIFA 2026 akan bermula secara rasmi dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.

    Kejohanan terbesar dalam sejarah ini bakal berlangsung di tiga buah negara tuan rumah iaitu Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.

    Bagi peminat di Malaysia, perlawanan pembukaan yang menemukan Mexico menentang Afrika Selatan akan berlangsung pada waktu subuh hari Jumaat, 12 Jun 2026 jam 3:00 AM MYT (waktu tempatan di Mexico City ialah petang 11 Jun).

    Rujuk: Peminat Bola Sepak, Ini Jadual Piala Dunia 2026 Waktu Malaysia

    Soalan Lazim MyGOV – Piala Dunia 2026

    Kenapa kena ada MyDigital ID baru boleh tengok Piala Dunia di MyGOV?

    Aplikasi MyGOV menggunakan sistem satu log masuk tunggal (SSO) yang selamat. Memandangkan MyGOV ialah hub rasmi kerajaan yang mengandungi maklumat sensitif seperti lesen memandu dan pasport, MyDigital ID diperlukan sebagai kunci keselamatan untuk mengesahkan identiti anda sebelum anda boleh mengakses fungsi Live TV.

    Semua 104 perlawanan ada ditunjukkan kat MyGOV ke?

    Tidak semua perlawanan disiarkan secara langsung. MyGOV membawakan suapan langsung (feed) daripada saluran RTM (TV1, TV2, dan Okey TV).

    Kat mana nak cari butang bola tu dalam aplikasi MyGOV?

    Selepas anda log masuk menggunakan MyDigital ID, cari menu bernama “Live TV” pada skrin utama aplikasi. Klik dan pilih saluran RTM yang sedang menayangkan perlawanan masa itu.

    Macam mana kalau penstriman MyGOV tersekat (lag/hang)?

    Anda boleh terus tukar ke aplikasi RTMKlik atau menonton siaran percuma di TV rumah menggunakan rangkaian MyTV.

    Boleh ke saya tonton siaran MyGOV ni kalau tengah bercuti kat luar negara?

    Tidak boleh. Hak penyiaran digital yang dimiliki oleh RTM dan disalurkan ke MyGOV adalah terhad untuk kawasan geografi Malaysia sahaja (geo-blocked).

    Betul ke free? Ada caj tersembunyi tak?

    Ya percuma. Anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk menonton siaran langsung ini menerusi aplikasi MyGOV. Anda hanya perlu muat turun dan log masuk aplikasi MyGOV sahaja.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut