MPPK 2.0: Program Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil

Bank Rakyat menawarkan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Apakah Itu MPPK 2.0?

Skim ini mula diperkenalkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2022 di mana inisiatif pembiayaan ini bertujuan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID

Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing semasa Pandemik COVID-19.

MPPK 2.0 telah diteruskan dan kini dibuka untuk permohonan.

Rujuk ciri dan kelebihan skim pembiayaan ini dalam jadual di bawah.

Ciri / Kelebihan

Antara kelebihan skim ini adalah seperti dalam jadual berikut:

PekaraPenerangan
Saiz PembiayaanRM1,000 – RM10,000
Tempoh PembiayaanSehingga 5 tahun
MoratoriumSehingga 1 tahun (12 bulan)
Kadar Keuntungan0%

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
  • Terbuka kepada individu
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan perniagaan dalam talian
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah

Cara Permohonan MPPK 2.0

Sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau [email protected] atau kunjungi Laman Khas Bank Rakyat

Maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: