Mulai 2 Oktober 2024 (Rabu), orang ramai yang berada di Melaka boleh membuat pembayaran parking kereta di negeri tersebut menerusi Melaka Smart Parking.
Sistem baharu berkenaan sekali gus menggantikan penggunaan aplikasi lama iaitu SVP Smart Parking Melaka.
Berikut adalah maklumat dan cara menggunakan aplikasi ini.
Mengenai Melaka Smart Parking
Melaka Smart Parking yang merupakan aplikasi induk sistem pembayaran parkir negeri Melaka melibatkan empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu akan mula beroperasi pada 2 Oktober 2024.
Empat PBT yang terlibat dalam sistem pembayaran ini adalah:
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)
- Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)
- Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)
Tujuan utama aplikasi ini dicipta adalah bagi menyelaras sistem parkir di bawah empat PBT di negeri ini sekali gus memudahkan pengguna atau pelancong membuat pembayaran caj parkir kereta dengan mudah dan sistematik.
Pemindahan Kredit
Pengguna tidak perlu bimbang tentang baki kredit yang terdapat dalam aplikasi SVP Smart Parking Melaka kerana jumlah berkenaan akan dipindahkan ke akaun aplikasi ini.
Namun, pengguna perlulah terlebih dahulu log masuk ke aplikasi baharu menggunakan ID sedia ada yang telah berdaftar.
Cara Penggunaan
Penggunaan aplikasi ini boleh dirujuk menerusi gambar di bawah:
1) Install aplikasi ini dengan memuat turun menerusi ‘Google Play Store’ dan ‘Apple Apps Store.’
2) Daftar akaun. Klik ‘Create an account’ untuk mendaftar akaun baharu. Pengguna boleh mengisi maklumat secara manual atau daftar menggunakan AppleID atau akaun Google.
3) Log masuk akaun. Masukkan email dan kata laluan yang telah didaftarkan. Pengguna juga boleh log masuk menggunakan AppleID atau akaun Google.
4) Untuk paparan halaman hadapan, klik untuk penetapan akaun. Pengguna boleh mengetahui jumlah kredit membuat parkir harian atau mengikut jam.
5) Untuk tambah nilai, klik ‘+’ untuk tambah nilai kredit. Masukkan amaun dan klik butang ‘Pay.’ Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang ‘Continue.’ Pilih akaun bank untuk pembayaran dan klik butang ‘Proceed.’ Ikuti langkah seterusnya bagi perbankan internet.
6) Daftar kenderaan. Klik ‘Add New Parking.’ Pilih ‘Hourly atau Daily.’ Klik ‘Add New Vehicle’ untuk daftar kenderaan. Masukkan maklumat kenderaan dan klik butang ‘Save.’
Pertanyaan & Info Lanjut
Pertanyaan dan info lanjut mengenai aplikasi ini, sila hubungi PBT yang terlibat:
- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah: 06-2881802 atau 013-3029700 (whatsapp aduan).
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya: 06-232 3773 dan 06-232 2778.
- Majlis Perbandaran Alor Gajah: 06-333 3333
- Majlis Perbandaran Jasin: 06-333 3333
Baca juga: Smart Selangor Parking App: Daftar, Bayar Parkir & Kompaun Online