Maksud GST, Kelebihan dan Perbandingan Dengan SST

Goods and Services Tax (GST) atau dalam bahasa Melayunya Cukai Barang dan Perkhidmatan merupakan antara cukai yang pernah diperkenalkan satu ketika dahulu di Malaysia sebelum dimansuhkan atas sebab tertentu.

Mekanisma dan aplikasinya adalah berbeza dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang digunapakai pada saat ini.

Namun, sejak kebelakangan ini timbul ura-ura yang kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan kembali cukai ini yang mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding cukai SST yang digunapakai pada masa kini.

Sejarah

Cukai GST ini mula dilaksanakan di negara Perancis seawal tahun 1950an.

Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan cukai GST dan di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

Cukai ini pernah dikuatkuasakan di Malaysia bermula 1 April 2015 yang bertujuan untuk mentransformasikan sistem percukaian negara dan merangsang ekonomi negara yang semakin membangun untuk mencapai status negara maju.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2024 : Tarikh, Fokus Utama Bajet 2024

Kelebihan GST

Cukai GST dikatakan mempunyai beberapa kelebihan seperti yang berikut:

  • Mengurangkan kos perniagaan: Peniaga dapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.
  • Meningkatkan pematuhan: Mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.
  • Mengurangkan karenah birokrasi: Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.
  • Memberi kesaksamaan: Kada cukai dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
  • Menjadikan harga lebih berpatutan kepada pengguna: Cukai ini menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding SST.
  • Menjamin ketelusan: Lebih telus daripada SST kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

Jenis barangan/perkhidmatan yang dikecualikan cukai

Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya seperti:

a) Makanan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak
b) Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
c) Jual beli tanah pertanian
d) Pendidikan
e) Pengangkutan awam
f) Perkhidmatan kesihatan

Promosi: Dapatkan buku Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 (Akta 762), Peraturan-Peraturan & Perintah Terpilih GST

Perbandingan dengan SST

SSTGST
Cukai pelbagai peringkatCukai satu peringkat
Ia bermula pada tahun 1970-an dan telah melalui beberapa penambahbaikanGST telah disebut dalam belanjawan negara 2014 dan telah dilaksanakan secara rasmi pada 1 April 2015
Cukai jualan akan dikenakan dalam pembuatan atau pengguna. Cukai perkhidmatan juga dikenakan hanya kepada pengguna yang menggunakan perkhidmatan bercukai.Cukai terlibat pada setiap peringkat, daripada pengeluar kepada pengguna. Tetapi peniaga boleh mendapatkan rebat pada cukai input mereka kemudian.
Ketelusan yang rendahKetelusan yang tinggi
Kadar SST adalah antara 5 dan 10 peratus, dan mungkin juga terdapat kadar cukai tertentu (bergantung kepada kerajaan) serta 6 peratus cukai perkhidmatan.GST ialah 6 peratus cukai tetap, dan tidak dianggap sebagai pengekosan, mahupun perkhidmatan dan cukai tambahan ke atas barangan.
Pendaftaran wajib apabila mencapai ambang RM500,000 (pendaftaran sukarela juga boleh).Cukai Jualan: Lesen perlu diperoleh jika perolehan jualan tahunan melebihi RM100,000*
Cukai Perkhidmatan: Pelbagai ambang pendaftaran dari 0 hingga RM3 juta*
Cukai input boleh diimbangi dengan cukai outputTiada mekanisme kredit cukai
Penyata yang difailkan sama ada bulanan, dwi-bulanan atau suku tahunan (dengan pilihan untuk meminta tempoh pemfailan alternatif)Penyata difailkan secara dwi-bulanan
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!