Makanan Baik Untuk Buah Pinggang, Ini 15 Contohnya

Sekiranya anda merupakan pesakit buah pinggang, mengambil makanan baik untuk buah pinggang adalah penting bagi memastikan fungsi organ tersebut dalam keadaan baik.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan baik untuk buah pinggang yang perlu dimasukkan dalam diet pemakanan harian.

Baca juga:

Apa itu sakit buang pinggang?

makanan baik untuk buah pinggang

Buah pinggang merupakan salah satu organ penting di dalam tubuh setiap manusia. Ia berfungsi untuk menyingkir sisa buangan, mengawal jumlah cecair, mengawal tekanan darah dan menyediakan penghasilan sel darah merah.

Penyakit buah pinggang adalah kegagalan buah pinggang untuk menjalankan fungsi ia sepenuhnya.

Di Malaysia, Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) kini sangat membimbangkan dengan lebih 9,000 pesakit dikenal pasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun.

Jumlah individu yang berdepan masalah kegagalan buah pinggang dilaporkan meningkat sekitar 10,000 orang atau 30 peratus setiap tahun, sekali gus menyebabkan lebih ramai pesakit perlu mendapatkan rawatan dialisis. 

Antara punca utama sakit buah pinggang adalah kerana pemakanan dan gaya hidup. Justeru itu, penting untuk memastikan apa yang dimakan tidak memudaratkan kesihatan buah pinggang kita.

Contoh makanan baik untuk buah pinggang

Terdapat beberapa contoh makanan baik untuk buah pinggang. Antara yang terbaik adalah seperti berikut:

1. Kubis bulat

makanan baik untuk buah pinggang

Kubis tergolong dalam sayuran berdaun dari keluarga “brassicas” dan membekalkan vitamin, mineral, dan sebatian antioksidan.

Kajian di tahun 2021 mendapati bahawa kubis putih, hijau dan merah boleh membantu:

  • menguruskan gula dalam darah
  • mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang dan hati
  • mencegah tekanan oksidatif dan obesiti

Secawan (70 g) kubis bulat yang dicincang mengandungi:

  • natrium: 20 mg
  • kalium: 161 mg
  • fosforus: 29 mg
  • protein: 1.4 g

2. Blueberi

Blueberi kaya dengan nutrien dan antioksidan yang dikenali sebagai anthocyanin. Ia berfungsi boleh melindungi melawan penyakit jantung, diabetes, dan penyakit lain.

Ia juga rendah natrium, fosforus dan kalium. Satu cawan (148 g) blueberi segar mengandungi:

  • natrium: 1.5 mg
  • kalium: 114 mg
  • fosforus: 18 mg
  • protein: 1 g

3. Anggur merah

makanan baik untuk buah pinggang

Anggur merah ialah sumber yang baik daripada antioksidan yang dipanggil flavonoid.

Ia membantu mengurangkan keradangan dan melindungi daripada penyakit jantung, diabetes dan keadaan kesihatan lain.

Satu setengah cawan (75 g) anggur merah mengandungi:

  • natrium: 1.5 mg
  • kalium: 144 mg
  • fosforus: 15 mg
  • protein: 0.5 g

4. Putih telur

Putih telur menyediakan sumber protein berkualiti tinggi dan mesra buah pinggang yang rendah fosforus.

Putih telur adalah pilihan yang lebih baik daripada kuning telur untuk orang yang menjalani diet buah pinggang. Hal ini kerana kuning telur tinggi dengan fosforus.

Dua putih telur mentah yang besar (66 g) mengandungi:

  • natrium: 110 mg
  • kalium: 108 mg
  • fosforus: 10 mg
  • protein: 7 g

5. Bawang putih

makanan baik untuk buah pinggang

Bawang putih menyediakan alternatif yang lazat kepada garam, menambah rasa pada hidangan sambil memberikan manfaat pemakanan.

Ia merupakan sumber mangan dan vitamin B6 yang baik. Ia juga mengandungi sebatian sulfur dengan sifat anti-radang.

Tiga ulas (9 g) bawang putih mengandungi:

  • natrium: 1.5 mg
  • kalium: 36 mg
  • fosforus: 14 mg
  • protein: 0.5 g

6. Bawang besar

Mengurangkan garam dalam masakan adalah satu tindakan yang agak mencabar. Tetapi bawang adalah salah satu cara untuk menyediakan rasa bebas natrium kepada hidangan diet buah pinggang.

Menumis bawang dengan bawang putih, minyak zaitun dan herba boleh menambah rasa pada hidangan tanpa menjejaskan kesihatan buah pinggang anda.

Bawang mengandungi vitamin C, mangan, dan vitamin B, termasuk folat. Ia juga mengandungi gentian prebiotik yang membantu memastikan sistem pencernaan lancar.

Satu bawang kecil (70 g) mengandungi:

  • natrium: 3 mg
  • kalium: 102 mg
  • fosforus: 20 mg
  • protein: 0.8 g

7. Kubis bunga

makanan baik untuk buah pinggang

Kubis bunga terkandung banyak nutrien, termasuk vitamin K, folat, dan serat. Ia juga mengandungi antioksidan dan sebatian anti-radang.

Satu setengah cawan atau kira-kira 62 gram (g) kubis bunga rebus tanpa garam mengandungi:

  • natrium: 9.3 miligram (mg)
  • kalium: 88 mg
  • fosforus: 20 mg
  • protein: 1 g

8. Lada benggala merah

Lada benggala kaya dengan vitamin A dan C dan antioksidan lain tetapi rendah kalium.

Nutrien ini penting untuk fungsi imun, iaitu berkait rapat dengan penyakit buah pinggang.

Satu lada merah sederhana (100 g) mengandungi:

  • natrium: kurang daripada 2.5 mg
  • kalium: 213 mg
  • fosforus: 27 mg
  • protein: 1 g

9. Kranberi

Jus kranberi telah terbukti berkesan dalam menurunkan kolesterol dan tekanan darah serta mempunyai tahap Vitamin C yang tinggi untuk menyokong kesihatan imun.

Tahap kolesterol dan tekanan darah yang sihat secara langsung memberi kesan pada kesihatan buah pinggang, kerana buah pinggang bertindak sebagai penapis untuk darah yang melalui badan.

Jus daripada kranberi juga disyorkan untuk mengekalkan bakteria patogen daripada terkumpul di dinding buah pinggang dan boleh mencegah jangkitan atau penyakit daripada berlaku.

10. Biji labu

Biji labu kaya dengan serat, vitamin E, zink, protein, tembaga dan zat besi yang mengurangkan risiko batu karang pundi kencing, dan melindungi buah pinggang daripada sebarang kerosakan luaran.

11. Ceri

Ceri adalah sumber yang kaya dengan fitokimia yang membantu melindungi jantung dan buah pinggang. 

Menurut pakar, pengambilan ceri secara berkala membantu mengurangkan keradangan, terutamanya buah pinggang. 

12. Ikan berlemak

makanan baik untuk buah pinggang

Ikan adalah sumber yang kaya dengan protein dan asid lemak tak tepu, yang berfungsi sebagai perisai pelindung untuk buah pinggang dan melindunginya daripada sebarang kerosakan

13. Avokado

Avokado adalah sumber lemak yang menyihatkan jantung, vitamin dan mineral penting. Satu biji avokado mengandungi lebih kurang 690 mg kalium.

14. Air kosong

makanan baik untuk buah pinggang

Anda mungkin pernah mendengar bahawa mengehadkan pengambilan cecair jika anda menghidap penyakit buah pinggang adalah perlu.

Namun, hakikatnya air itu sendiri membantu buah pinggang anda mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan membantu memastikan saluran darah terbuka supaya darah sampai ke buah pinggang anda.

Jika ia kering, sistem penghantaran ini lebih sukar untuk berfungsi malah boleh menyebabkan lebih banyak kerosakan buah pinggang.

Ia juga mengurangkan peluang anda mendapat batu karang atau jangkitan saluran kencing, kedua-duanya boleh membahayakan buah pinggang

15. Nenas

makanan baik untuk buah pinggang

Nenas boleh dibuat hidangan manis untuk orang yang mempunyai masalah buah pinggang. Ia lebih rendah dalam fosforus, kalium, dan natrium daripada oren, pisang atau kiwi.

Nanas juga merupakan sumber serat dan vitamin A yang baik, dan ia mengandungi bromelain , enzim yang boleh membantu mengurangkan keradangan.

Satu cawan (165 g) ketulan nanas mengandungi :

  • natrium: 2 mg
  • kalium: 180 mg
  • fosforus: 13 mg
  • protein: 1 g

Diet pemakanan pesakit buah pinggang

Terdapat pelbagai pilihan yang tersedia untuk mengekalkan diet yang sihat bagi seseorang yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.

Dengan mengehadkan pengambilan garam anda, anda boleh memasukkan bawang putih, bawang merah dan rempah ratus untuk menambah perisa makanan anda.

Anda boleh makan bijirin halus, buah-buahan tertentu, telur, dan sayur-sayuran berdaun.

Dalam masa yang sama, pastikan tubuh kekal terhidrat kecuali jika anda menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir.

Mengekalkan diet buah pinggang yang sihat boleh menjadi sukar. Sebelum membuat sebarang perubahan ketara pada diet anda, rujuk pakar diet untuk memastikan perubahan tersebut boleh menambah kualiti kesihatan anda keseluruhannya dan bukan sebaliknya.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan makanan baik untuk buah pinggang dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. The 20 Best Foods for People with Kidney Disease. Healthline
  2. Diabetes & Kidney Disease: What to Eat? Centers for Disease Control and Prevention
  3. Kidney Disease Diet: 8 Foods That May Be Beneficial. Health
Bantu kami share artikel ini: