Luka Jahitan Bersalin Terbuka, Ini 7 Tips Cepat Sembuh

luka jahitan bersalin
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

C-section adalah pembedahan besar yang boleh menyebabkan luka jahitan bersalin.

Bagi sesetengah wanita, parut in mungkin akan pudar dari semasa ke semasa. Manakala sesetengahnya yang lain, mereka mempunyai parut yang menonjol, kekal, dan berbeza warnanya dengan warna kulit.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan luka jahitan bersalin dari segi cara untuk merawatnya sehingga sembuh dan tips elak parut yang ketara.

Baca juga:

Apa itu luka jahitan bersalin

Luka jahitan bersalin adalah luka berjahit apabila prosedur episiotomi dilakukan. Episiotomi adalah teknik memotong bahagian perineum di antara vagina dan anus ibu untuk memudahkan melahirkan bayi ketika bersalin.

Apabila seorang ibu itu melalui proses bersalin secara pembedaan seperti ini, mereka perlu lebih berjaga-jaga dan mengamalkan penjagaan rapi untuk memastikan luka tersebut segera sembuh.

Jenis luka jahitan bersalin

Biasanya dalam proses melahirkan menggunakan kaedah C-section, doktor akan membuat dua hirisan.

Yang pertama adalah melalui kulit di bahagian bawah abdomen anda iaitu kira-kira satu atau dua inci di atas garis bulu kemaluan anda.

  • Mendatar: Hirisan melintang hampir 95% digunakan dalam C-section hari ini. Ia dilakukan di bahagian bawah rahim, yang lebih nipis dan kurang pendarahan.

  • Menegak: Juga dikenali sebagai hirisan “klasik” iaitu berada di bahagian tengah rahim. Hirisan ini dikhususkan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya jika kelahiran pramatang, apabila bayi terletak rendah di dalam rahim atau ketika bayi berada dalam kedudukan luar biasa. Potongan jenis ini mungkin lebih menyakitkan sedikit dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.

Jenis parut C-section

luka jahitan bersalin

Selalunya, parut C-section boleh sembuh dengan sempurna walaupun ia sering kelihatan lebih gelap daripada kulit sekeliling.

Walau bagaimanapun, kadangkala proses penyembuhan yang terlalu cepat ini boleh juga menyebabkan masalah parut.

Antara jenis parut yang selalu terjadi dari C-section adalah seperti:

  • Keloid: Parut keloid berlaku apabila tisu parut melepasi sempadan asal luka. Ia mungkin mengakibatkan ketulan tisu parut di sekeliling hirisan. Parut keloid biasanya sedikit tebal, timbul dan gatal.
  • Parut hipertonik: Parut hipertonik lebih tebal berbanding keloid, lebih tegang dan biasanya lebih timbul daripada parut biasa. Berbeza dengan keloid, parut jenis ini ia kekal dalam sempadan garis hirisan asalnya.

Berapa lama luka jahitan bersalin sembuh?

Secara umumnya, luka jahitan bersalin boleh sembuh dalam masa dua hingga empat minggu.

Benang yang digunakan itu akan larut sendiri tanpa perlu dibuang selepas luka sembuh.

Luka akan menjadi lambat dan sukar untuk sembuh sekiranya anda mengabaikan penjagaan diri terutamanya dalam minggu-minggu awal selepas melahirkan anak.

Cara untuk luka bersalin cepat sembuh

Pegawai Perubatan Klinik Ibu dan Anak MBBS, Dr Farhanah Ibrahim ada berkongsi beberapa cara untuk luka jahitan bersalin anda cepat sembuh:

1. Jaga kebersihan luka

Bersihkan luka selepas setiap kali ke tandas. Alirkan air di tempat luka bagi mengelak jangkitan. Lalukan air bersih dan lap luka.

2. Dedahkan luka sekali sekala

Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka dapat melalui pengudaraan yang baik.

3. Rapatkan punggung

Rapatkan punggung ketika mengubah posisi untuk elak luka meregang.

4. Rendam dengan air garam

Ambil segenggam air garam dan larutkan dalam satu bekas air panas. Campurkan dengan air biasa supaya menjadi suhu suam dan tuangkan ke dalam besen. Duduk di dalam besen itu dalam tempoh 10 hingga 15 minit.

5. Elak dari sembelit

Minum air secukupnya dua hingga tiga liter sehari dan makan makanan yang kaya dengan fiber.

6. Lakukan senaman kemutan

Tekan kawasan perineum dengan tuala wanita bersih ketika membuang air besar. Kerap meneran ketika membuang najis boleh menyebabkan luka meregang dan terbuka semula.

7. Lakukan sedikit tekanan ketika buang air besar

Lakukan senaman kemutan untuk menguatkan semua otot pelvik yang mengembang sepanjang kehamilan.

Tips elak luka jahitan berparut

Umumnya, hampir semua pembedahan akan meninggalkan beberapa bentuk parut

Namun anda boleh mengurangakn saiz parut dan kesan parut di peringkat awal proses pemulihan dengan:

  • Sapukan tempat luka anda dengan jeli petroleum atau lapisan gel silikon selepas pembedahan. Ambil antiobiotik untuk merawat luka dari dalam.
  • Selepas luka tertutup, sapukan krim parut topikal untuk mengekalkan kelembapan kulit yang baru sembuh 

Bila perlu jumpa doktor?

Pastikan anda sentiasa periksa keadaan luka jahitan bersalin itu sebaik sahaja dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, segera beritahu doktor anda. Antara tanda-tanda jangkitan yang dimaksudkan adalah:

  • Tempat luka berwarna merah, bengkak, panas apabila disentuh atau terbuka
  • Anda mengalami demam lebih daripada 38°C
  • Anda mengalami pendarahan faraj, berbau busuk, mempunyai gumpalan yang luar biasa besar
  • Rasa sakit yang semakin teruk dari hari ke hari
  • Anda mengalami bengkak, benjolan, sakit atau panas di betis 
  • Anda mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak hilang
  • Bengkak di tangan, lengan, atau kaki
  • Mengalami kesukaran untuk melihat
  • Mengalami batuk, sesak atau nafas atau sakit di dada anda, yang boleh menjadi tanda bekuan darah

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan luka jahitan bersalin dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What to Know About Cesarean Scars. WebMD
  2. C-Section Scars: Types, Care and Healing. What To Expect
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut