Lebuh Raya Juru – Sungai Dua : Laluan & Tarikh Dijangka Siap

lebuh raya juru - sungai dua
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pembinaan Lebuh Raya Juru – Sungai Dua di Pulau Pinang bakal dimulakan pada suku keempat tahun 2025 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

Pembinaan lebuh raya ini sebelum ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 yang lalu.

Mengenai Lebuh Raya Juru – Sungai Dua

Lebuh raya ini dibina bagi mengurangkan kesesakan teruk di jajaran antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua termasuk di beberapa persimpangan seperti Jambatan Pulau Pinang, Perai, Permatang Pauh dan Sungai Dua.

Konsep pembinaan lebuh raya ini akan memisahkan trafik tempatan dengan trafik aliran terus seperti yang dilaksanakan di Ipoh, Perak.

Selain itu, pembinaan lebuh raya ini merupakan beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 selain Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP3).

Panjang Lebuh Raya

Panjang lebuh raya ini adalah sepanjang 17.4 kilometer (km) dan mempunyai jajaran bertingkat sejauh sembilan km melibatkan lapan fasa pembangunan.

Lebuh raya ini akan merangkumi persimpangan tanpa lampu isyarat dan dua pusingan U bertingkat bagi melancarkan aliran trafik.

Laluan Yang Terlibat

Lebuh raya ini akan melibatkan laluan berikut iaitu:

Tarikh Jangkaan Siap

Projek pembinaan lebih raya ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

Gambaran Pembinaan

Gambaran pembinaan lebuh raya ini boleh dilihat melalui video di bawah:

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1194073/kerja-fizikal-lebuhraya-bertingkat-juru-sungai-dua-mula-suku-keempat

Baca juga: Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Online JPJ

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut