KPTM : Cara Permohonan, Senarai Kursus & Lokasi Kolej

KPTM 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Buat adik-adik lepasan SPM dan STPM yang sedang menunggu atau telah memperoleh keputusan, tau kah anda tentang Kolej Poly-Tech Mara atau lebih dikenali sebagai KPTM?

Jika tidak pastikan anda terus bersama dengan artikel ini sehingga ke penghujung. Mungkin melalui artikel ini, anda akan menemui peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan membuka lembaran baru dalam perjalanan akademik anda.

Apa itu Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)?

Kolej Poly-Tech MARA atau lebih dikenali sebagai KPTM pada awalnya dikenali sebagai Kolej Yayasan Pelajaran MARA,  telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) pada September 2003.

Institusi pengajian tinggi ini telah terus berkembang dan pada tahun 2010 namanya telah ditukar menjadi Kolej Poly-Tech MARA. Kini, institusi yang merupakan sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd ini telah menawarkan 45 program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah, pasca siswazah dan pengajian professional. 

KPTM beroperasi di 7 cawangan termasuk satu bertaraf Kolej Universiti iaitu Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur. Institusi ini juga menawarkan pelbagai peluang pendidikan di bawah 8 kategori berikut:

  • Pendidikan
  • Profesional
  • Kejuruteraan
  • Multimedia Kreatif
  • Bio-Industri & Sains Kesihatan
  • Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Sains Komputer & Teknologi Maklumat
  • Perakaunan & Pengurusan Perniagaan

Syarat Permohonan

Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian mereka bersama KPTM ini, berikut merupakan beberapa syarat yang perlu anda penuhi, bagi melayakkan anda untuk menyambung pengajian anda di kolej pilihan anda:

Syarat Am

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera.
  • Umur tidak melebihi 35 tahun bagi program Diploma dan 40 tahun bagi program Ijazah Sarjana Muda.
  • Pendapatan kasar bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM4,000 bagi permohonan bantuan pinjaman pendidikan MARA.

Syarat Akademik Umum (Program Diploma)

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
  • Sesetengah program memerlukan kepujian dalam subjek tertentu seperti Matematik atau Sains.
  • Untuk program Diploma Kejururawatan, perlu sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Malaysia, Matematik/Matematik Tambahan, salah satu subjek Sains (Biologi, Kimia, Fizik, Sains Terapan), dan dua subjek lain, serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Bagi program tertentu, seperti Diploma Teknologi Maklumat, mesti ada kepujian Matematik di peringkat SPM.

Syarat Akademik Lanjutan

  • Lepasan STPM: Minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran.
  • Lepasan STAM: Lulus dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  • Lepasan Diploma: Lulus Diploma atau kelayakan setaraf dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00.
  • Lepasan Matrikulasi/Asasi: Minimum PNGK 2.00.

**Nota :

  • Syarat kemasukan boleh berbeza mengikut program pengajian. Sila semak syarat khusus program yang diminati di laman rasmi KPTM atau kampus pilihan anda.
  • Keutamaan boleh diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam bidang berkaitan seperti komputeran untuk program teknologi maklumat.

Tarikh Permohonan

Permohonan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) untuk sesi April, Mei, Julai, dan November 2025 kini dibuka. Ambilan sesi Julai dan November akan mula dibuka pada bulan Mei.

Ambilan sesi April, Julai, dan November adalah khusus untuk program lepasan SPM di KPTM, manakala sesi Mei pula dikhaskan untuk program Ijazah di Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM).

Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan bagi setiap sesi pengambilan untuk meningkatkan peluang diterima.

Cara Melakukan Permohonan

Bagi anda yang telah memenuhi kesemua syarat kelayakan yang dikehendaki pihak KPTM, anda boleh melakukan permohonan dengan mudah iaitu secara atas talian. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

    • Layari portal rasmi permohonan KPTM di e-Admission KPTM
    • Klik NEW APPLICATION untuk permohonan baharu.
    • Daftar akaun dengan menggunakan emel yang sah dan cipta kata laluan.
    • Log masuk menggunakan emel dan kata laluan.
    • Lengkapkan maklumat peribadi, akademik, dan pilih program pengajian yang diminati.
    • Muat naik dokumen yang telah disediakan dalam format yang diterima (PDF, JPEG).
    • Setelah lengkap mengisi semua borang permohonan, semak dan hantar permohonan anda.
    • Buat pembayaran yuran pemprosesan melalui kaedah yang disediakan seperti perbankan dalam talian atau kad kredit.
    kptm

    Sebarang masalah melibatkan permohonan anda ke KPTM boleh anda ajukan melalui talian di bawah:

    Senarai Kursus & Lokasi KPTM

    Berikut merupakan senarai kursus dan lokasi KPTM dan ibu pejabatnya:

    • Ibu Pejabat KPTM
      Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
      Tel: 03-9179 5600
    • KPTM Batu Pahat
      Jalan Gading Emas 4, Sri Gading, 83300 Sri Gading, Johor Darul Ta’zim
      Tel: 07-455 9902 / 6729
    • KPTM Ipoh
      KPTM Ipoh, Lot 339325, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
      Tel: 05-242 1003
    KPTM
    • KPTM Kota Bharu
      Seksyen 17, Bandar Kota Bharu, Jalan Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan 
      Tel: 09-746 2020
    • KPTM Alor Setar
      Jalan Seberang Putra, Kawasan Perusahaan Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
      Tel: 04-730 9255
    • KPTM Bangi
      Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor
      Tel: 03-8925 8309 / 8618
    • KPTM Kuantan
      Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
      Tel: 09-536 6701
    • Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM)
      Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur
      Tel: 03-9206 9700
    KPTM

    Baca juga: Semakan Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2024/2025

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut