Advertisements

JHEV: Semakan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

Advertisements

Cara Membuat Semakan Penyata Pembayaran Pencen Bagi Pesara Tentera / Veteran ATM Melalui Portal JHEV

Pembangunan sistem penyata pencen JHEV adalah sebagai platform bagi veteran ATM membuat semakan penyata pencen atas talian pada bila-bila masa yang diperlukan.

Sistem yang dibangunkan ini akan menggantikan sistem penyata pencen yang lama.

Setakat September 2021, seramai 100,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Mereka yang berkenaan ini dimohon membuat pendaftaran bagi menikmati kemudahan disediakan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, setakat ini seramai 211,924 veteran ATM yang sudah berdaftar.

“Namun jumlah sebenar yang berada di luar adalah lebih 300,000. dan lebih kurang 100,000 veteran lagi belum mendaftar dengan JHEV.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

“Ada juga kemungkinan anak atau ahli keluarga mereka ini juga tidak tahu bapa atau datuknya adalah veteran ATM.

“Jika mendaftar mereka akan dapat pelbagai kemudahan dari segi kesihatan dan sebagainya yang disediakan kementerian dan kerajaan,” katanya.

Sistem ini boleh diakses dari luar dimana veteran ATM sendiri boleh memuat turun penyata mereka tanpa melalui pihak JHEV ATM.

Bagi mengakses ke dalam sistem ini, veteran mahupun penerima pencen perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu.

jhev

Kebaikan Sistem Online JHEV

Antara kebaikan sistem online ini adalah:

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.

Cara Pendaftaran

  1. Pergi ke URL berikut;
    http://penyata.jhev.gov.my/penyata/
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.
    Tekan pada menu Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan. Kemudian, tekan hantar.
  4. Selepas tekan hantar kemudian tekan OK.
  5. Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi.
  6. Simpan kata laluan yang tertera bagi memudahkan untuk anda login ke dalam sistem.
  7. Tekan butang [Kembali].

Baca juga: Permohonan Tuntutan Perjalanan Rawatan Ke Hospital Bagi Pesara 2021

PORTAL SEMAKAN DATA VETERAN TIDAK BERPENCEN JHEV ATM

Bagi Veteran Tidak Berpencen JHEV ATM, sila ikuti langkah berikut:

LANGKAH 1: Buka pelayar dan layari URL https://daftar.jhev.gov.my/daftar/default.asp

LANGKAH 2: Isi maklumat Log In, No MyKad dan Kod Pengesahan yang diberi

LANGKAH 3: Tekan butang “Hantar”

Butang “Cetak Borang” boleh digunakan bagi tujuan veteran kemaskini maklumat, scan dan hantar ke JHEV ATM.

Veteran yang mempunyai maklumat tidak lengkap boleh membuat kemasini dengan cara :

  • Menghubungi terus di talian Call Canter JHEV ATM talian 03 26976600 atau;
  • Hantarkan dokumen berikut ke talian WHATSAPP JHEV ATM di 016 4020182
    • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) atau Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua mukasurat atau Surat Pengesahan Perkhidmatan atau Arahan Dokumentasi Persaraan / Tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP),
    • Salinan MyKad Veteran ATM, dan
    • Salinan buku akaun bank yang masih aktif

Langkah Mendapatkan Penyata Pencen Pesara Tentera / Veteran ATM

  1. Layari Portal JHEV SISTEM PENYATA PENCEN VETERAN ATM
  2. Masukkan no tentera dan kata laluan yang didaftarkan.
  3. Anda akan dibawa ke halaman utama.
  4. Pilih menu SEMAKAN PENYATA.
  5. Pilih TAHUN PENYATA.
  6. Masukkan kod pengesahan.
  7. Tekan butang Cetak Penyata Pencen.
  8. Penyata pencen akan dipaparkan seperti bawah.

Rujuk manual pengguna: ManualPenggunav1.pdf

Jadual Pembayaran Pencen JHEV 2021

Jadual pembayaran pencen tahun 2021 bagi pesara tentera / Veteran ATM adalah seperti berikut:

  • Januari : 21 / 01/ 2021
  • Februari : 08 / 02/ 2021
  • Mac : 15 / 03 / 2021
  • April : 20 / 04 / 2021
  • Mei : 05 / 05 / 2021
  • Jun : 10 / 06 / 2021
  • Julai : 12 / 07 / 2021
  • Ogos : 18 / 08 / 2021
  • September : 21 / 09 / 2021
  • Oktober : 21 / 10 / 2021
  • November : 18 / 11 / 2021
  • Disember : 16 / 12/ 2021
jhev pencen atm

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan/ masalah berkaitan sistem ini, sila emel kepada [email protected]

NOTA: Urusan persaraan tentera tidak dilaksanakan oleh pihak Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA mahupun KWAP.

Leave a Comment