Nak semak kelayakan beli rumah? Anda boleh guna formula pengiraan DSR rumah.
Ramai individu yang menyangka bahawa apabila mereka ingin membeli rumah impian, perkara utama yang dilihat oleh pihak bank adalah jumlah pendapatan pembeli semata-mata.
Namun, jangan terkejut kerana ada individu yang mempunyai pendapatan besar tetap ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan rumah.
Bagaimanakah ini mungkin terjadi?
Kerana mereka tidak mengetahui bahawa pihak bank akan melihat kepada kadar Debt Service Ratio (atau DSR) pembeli terlebih dahulu sebelum pinjaman perumahan mereka akan diluluskan.
Faktor Kelayakan Pinjaman Untuk Beli Rumah
Secara umumnya, terdapat 3 faktor atau komponen utama yang dilihat oleh pihak bank untuk meluluskan pinjaman perumahan seseorang pemohon:
- CTOS
- CCRIS
- DSR
Kali ini, mari lihat lebihh lanjut mengenai apa itu DSR dan bagaimana cara mudah anda mengira sendiri pengiraan DSR.
Apa itu DSR?
DSR @ Debt Service Ratio boleh diterjemahkan sebagai nisbah pembiayaan hutang iaitu nisbah jumlah hutang seseorang individu dibandingkan dengan pendapatan isi rumahnya.
Secara mudah difahaminya, ia adalah kayu ukur kemampuan seseorang melangsaikan hutang peminjam.
Disebabkan itulah kadar DSR ini dijadikan penandu ukur pihak bank sama ada sesesuatu permohonan itu layak diluluskan atau tidak.
Secara umumnya kadar DSR ini ditetapkan sendiri oleh pihak Bank Negara Malaysia dimana kadar DSR maksimum sekitar 70%.
Namun, kadar ini mungkin sedikit berbeza antara sesuatu bank dengan bank yang lain mengikut kriteria penilaian risiko mereka sendiri.
Sekiranya DSR anda adalah bawah 70%, maka kebarangkalian pemohonan anda akan diluluskan untuk tujuan pembiayaan perumahan adalah tinggi.
Pihak bank semestinya lebih mudah tertarik dengan pemohon yang mempunyai kadar DSR yang rendah kerena mereka tahu bahawa pemohon mempunyai lebihan pendapatan berbanding gaji yang diterima mereka untuk melangsaikan hutang bersama pihak bank kelak sekiranya pinjaman mereka dilluluskan.
Secara ringkasnya, pihak bank dapat mengurangkan risiko mereka sendiri apabila hanya meluluskan pinjaman terhadap pemohon yang mempunyai DSR yang rendah.
Formula Pengiraan Kelayakan Beli Rumah (DSR)
Untuk mengira sendiri DSR rumah, anda boleh menggunakan formula mudah di bawah:
DSR – (Jumlah komitmen hutang / Pendapatan bulanan) x 100%
Hutang yang diambil kira untuk pengiraan kadar DSR ini adalah hutang seperti hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi, kad kredit, PTPTN dan hutang-hutang dengan institusi/agensi kerajaan.
Sementara itu, pendapatan bulanan juga hanya diambil kira pendapatan bersih anda sahaja iaitu pendapatan anda setelah ditolak EPF, SOSCO, EIS dan sebagainya.
Tambahan: 6 Tips Beli Rumah
6 PUNCA MUDAHKAN BELI RUMAH?
Bila ada yang berjaya beli rumah mula kerja, kita akan tumpang kagum sebenarnya. Mengapa mereka mudah beli rumah?
- ADA ILMU HARTANAH
Semakin banyak ilmu kita semakin kecil peluang kita buat silap, loan dengan siapa?, rumah jenis apa?, boleh kena tipu ker? Gaji saya layak beli rumah apa? Apa formula hartanah mudah? - SEMAK KELAYAKKAN KITA
Singgah mana mana bank dan bawa slip gaji untuk semak kelayakkan rumah yang mampu kita beli. Beli ikut kelayakkan gaji, dah ada rumah pertama. Pasang impian nak beli rumah kedua. - SEDIAKAN DEPOSIT
Selagi kita tiada simpanan, kita akan masuk dalam golongan yang selalu merungut “rumah mahal giler”. Kita harus belajar menabung dari sekarang. Semakin tebal tabungan makin cemerlang dan cerah peluang. - JAGA REKOD CCRIS KITA
Jika kita tak bayar PTPTN kita sebab dapat penangguhan dan boleh keluar negara. Bersedia untuk permohonan rumah pertama ditolak oleh bank mana mana. Hubungi pegawai PTPTN untuk berbincang dan bayar secara seimbang. - CANTIKKAN DEBT SERVICE RATIO (DSR)
Bila kita dah apa pinjaman peribadi, ‘terbeli’ honda city peluang untuk beli rumah jadi sukar. Tahan diri dulu untuk bergaya dengan kereta. - TANGGUH BUAT ASB FINANCING
Jika tahun itu nak beli rumah, tangguh dulu nak buat ASBF agar rekod CCRIS kita baik dan DSR kita cantik.
Jika semua ini berjaya dijaga, peluang beli rumah mudah dan tetap ada.
Sumber: Azizul Azli