Ramai yang tidak tahu bahawa bagi waris pemohon/pasangan yang lulus STR yang telah meninggal dunia, anda boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 : SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK)
Pengenalan Skim Khairat Kematian 2025 (SKK)
Bantuan SKK ini disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
Jumlah SKK yang akan diterima oleh Pemohon / Pasangan / waris sebanyak RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Jumlah dan Jenis Bantuan
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan kewangan berjumlah RM1,000 tunai.
Tempoh permohonan
Berikut merupakan tempoh permohonan bagi bantuan Bantuan Skim Khairat Kematian (SKK):
Artikel berkaitan: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian ASB
Tarikh Kematian Pemohon/Pasangan yang LULUS STR | Tarikh Tempoh Tuntutan SKK | Jumlah Tuntutan SKK |
---|---|---|
01 Januari 2025 – 31 Disember 2025 | Akan dimaklumkan dari semasa ke semas | RM1,000.00 |
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan perincian syarat kelayakan Skim Khairat Kematian STR 2025 :
- Jika kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang SKK, waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan
- Semua penerima STR (berstatus LULUS) digalakkan untuk mengemukan dan mendaftar maklumat waris kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia bagi tujuan berikut:
- Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atau
- Urusan tuntutan SKK
- Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
- Adik-beradik
- Cucu
> Tempahan Yassin sempena Majlis Tahlil (Custom Nama Arwah)
Cara Memohon Skim Khairat Kematian 2025 (SKK)
Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia.
Dokumen yang perlu dibawa semasa tuntutan SKK di BSN ialah:
Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:
i. Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
a. Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
b. Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di hospital; atau
c. Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
d. Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
e. Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon /
Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara; atau
f. Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon
/ Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau
Tempoh masa Surat Pengesahan
- ➢ Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
- ➢ Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan
- ➢ Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2025).
Soalan Lazim Skim Khairat Kematian 2025
layak didaftarkan sebagai waris?
Ya, jika anda bukan warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak
menjadi waris sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada
Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-Beradik / Cucu yang menetap di Malaysia.
2025?
Bayaran tunai STR 2025 adalah kepada Pemohon. Sekiranya Pemohon tidak
dapat hadir menuntut bayaran tunai STR, keutamaan tuntutan bayaran tunai adalah
kepada Pasangan dan seterusnya waris yang dinamakan dalam Borang
Permohonan STR 2025. Dokumen pembuktian tambahan perlu
dikemukan oleh Pasangan / waris berdaftar kepada pihak BSN semasa membuat
penunaian. Keutamaan tuntutan tunai STR 2025 adalah seperti di bawah:
i. Pemohon;
ii. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan)
pada Borang Permohonan STR 2025; atau
iii. Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada
Borang BK-01 (Borang Permohonan STR 2025) dan mestilah terdiri daripada
hubungan
SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR
2025 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan
terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh
1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025.
telah meninggal dunia di luar negara dan telah mendaftar kematian di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Adakah Pemohon / Pasangan layak SKK?
Ya. Sekiranya Permohonan STR berstatus Lulus dan telah mendaftar kematian di
JPN, Pemohon / Pasangan layak SKK.
Tuntutan SKK boleh dibuat oleh waris dengan hadir ke mana-mana cawangan BSN berserta dengan dokumen yang diperlukan.
/ pasangan yang telah meninggal dunia. Adakah saya layak menerima baki
amaun kelulusan STR 2025 yang belum dituntut?
Ya, anda sebagai waris yang didaftarkan layak untuk menerima baki amaun
kelulusan STR 2025 yang belum dituntut bagi pemohon / pasangan yang telah
meninggal dunia.
pembayaran bagi baki amaun kelulusan STR 2025?
Baki amaun kelulusan STR 2025 hanya terhad kepada penerima STR kategori Isi
Rumah.
Kaedah pembayaran adalah tertakluk kepada penerima bayaran STR 2025
di mana sekiranya kematian berlaku ke atas pemohon / pasangan dan pembayaran
STR 2025 adalah secara kredit ke akaun, maka tuntutan fasa seterusnya oleh waris
adalah secara tunai. Tarikh fasa pembayaran boleh disemak dari semasa ke semasa
melalui Portal Rasmi STR 2025.
pemohon yang berstatus Lulus STR yang bekerja / belajar / menetap /
dipenjarakan di luar negara semasa tempoh pembayaran?
Tidak. Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan di luar negara
tidak layak untuk menerima STR 2025.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Anda juga boleh muat turun dan semak informasi terkini mengenai bantuan ini yang dikongsikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah.