Karangan Kesan Pencemaran Udara

Bagi murid yang ingin mengetahui karangan bertajuk “Kesan Pencemaran Udara,” berikut adalah isi penting dan contoh karangan.

Isi penting dan contoh karangan ini boleh menjadi rujukan bagi persediaan menjawab soalan penulisan di dalam peperiksaan bagi tajuk ini.

Isi Penting Karangan Kesan Pencemaran Udara

1. Masalah Sistem Penafasan Manusia

  • Gas-gas akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindak balas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
  • Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. 
  • Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.

2. Terjejasnya Flora dan Fauna

  • Tumbuhan akan mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun dan klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.
  • Menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan turut menjejaskan sumber ekonomi manusia.
  • Haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.
  • Udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut datang dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

3. Berlakunya Hujan Asid

  • Penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
  • Asid tersebut akan terkumpul di dalam akan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.
  • Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.
  • Akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.
  • Boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.
  • Meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan mengalami kerosakan struktur tanah.

4. Berlakunya Pemanasan Global

  • Pemanasan global berlaku akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
  • Cahaya matahari yang memancar terus boleh menyebabkan manusia mengalami penyakit kanser kulit.
  • Pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara

i) PENDAHULUAN

Pencemaran Udara boleh memberi kesan yang teruk kepada kesihatan manusia. Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang meresap dan menjadi sebahagian udara. Bahan-bahan ini kebanyakannya merupakanbahan buangan industri, asap ekzos kenderaan, tindakan pembalakan dan sebagainya yangmengeluarkan zarah-zarah pepejal dan gas yang terlepas ke dalam udara. Terdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk menangani pencemaran yang berlaku.

ii) ISI 1: MASALAH SISTEM PENAFASAN MANUSIA

Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindak balas manusia sehingga menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Contoh bahan tersebut ialah gas ozon yang mana ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru manakala habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia. Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ini menunjukkan, ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.

iii) ISI 2: TERJEJASNYA FLORA DAN FAUNA

Selain itu, flora dan fauna juga terjejas akibat pencemaran udara. Tumbuhan akan mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun dan klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut. Ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan turut menjejaskan sumber ekonomi manusia. Manakala kesan pada haiwan ialah, haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Hal ini terjadi disebabkan udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut datang dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

iv) ISI 3: BERLAKUNYA HUJAN ASID

Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya hujan asid. Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid tersebut akan terkumpul di dalam akan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia. Akibat daripada itu, ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air. Selain itu, ia boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan mengalami kerosakan struktur tanah.

v) ISI 4: BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL

Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Cahaya matahari yang memancar terus tersebut boleh menyebabkan manusia mengalami penyakit kanser kulit. Selain itu, pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehingga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Ini mengakibatkan berlakunya peningkatan suhu dunia akibat berlakunya perkara tersebut.

vi) PENUTUP

Oleh kerana itu, setiap pihak perlulah bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan pencemaran udara tidak berlaku di dalam negara. Setiap peringkat umur daripada kecil sehingga dewasa perlulah ditekankan mengenai kepentingan memelihara bumi agar tidak berlakunya pencemaran udara yang boleh memberikan kesan buruk kepada manusia dan juga alam sekelilingnya.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: