Kepentingan Hutan: Isi Penting & Contoh Karangan

Para murid yang ingin mengetahui karangan bertajuk “Kepentingan Hutan,” berikut adalah isi penting dan contoh karangan.

Isi penting dan contoh karangan ini boleh menjadi rujukan bagi persediaan menjawab soalan penulisan di dalam peperiksaan.

Isi Penting Karangan Kepentingan Hutan

1. Habitat Flora dan Fauna

  • Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. 
  • Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14,500 spesis yang mana 6000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan.
  • Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.
  • Hutan mestilah dipelihara untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna yang boleh menjejaskan ekosistem di dunia.

2. Mengurangkan Pencemaran Udara

  • Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya.
  • Tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu.
  • Dengan adanya tumbuhan hijau yang kebanyakannya di kawasan hutan, maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan. 

3. Membekal Bahan Mentah

  • Hutan juga penting bagi membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa.
  • Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul.
  • Kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan.
  • Hasil hutan bakau seperti daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul.
  • Membuktikan hutan membekal banyak bahan mentah untuk kegunaan dalam kehidupan harian manusia. Sekiranya hutan tidak dipelihara, sumber bahan mentah ini akan berkurangan.

4. Mengawal Banjir, Hakisan Tanah, dan Tanah Runtuh

  • Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah.
  • Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah.
  • Dapat menghalang daripada berlakunya tanah runtuh daripada berlaku dan mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.

Contoh Karangan Kepentingan Hutan

i) PENDAHULUAN

Hutan merupakan sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Seiring dengan pembangunan semasa, hutan kita kini diancam atas nama pembangunan. Terdapat banyak kepentingan hutan yang kita perlu pelihara bersama.

ii) ISI 1: HABITAT FLORA DAN FAUNA

Kepentingan pertama ialah, hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14,500 spesis yang mana 6000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar. Oleh sebab itulah, hutan mestilah dipelihara untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna yang boleh menjejaskan ekosistem di dunia.

iii) ISI 2: MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA

Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan pula, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini, tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau yang kebanyakannya di kawasan hutan, maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan. 

iv) ISI 3: MEMBEKAL BAHAN MENTAH

Selain itu, hutan juga penting bagi membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul. Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Ini membuktikan hutan membekal banyak bahan mentah untuk kegunaan dalam kehidupan harian manusia. Sekiranya hutan tidak dipelihara, sumber bahan mentah ini akan berkurangan.

v) ISI 4: MENGAWAL BANJIR, HAKISAN TANAH, DAN TANAH RUNTUH

Tambahan pula, hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah. Ini dapat menghalang daripada berlakunya tanah runtuh daripada berlaku dan mengelakkan berlakunya kemalangan jiwa.

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, hutan terbukti sangat penting kepada kehidupan manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik perlu dilakukan agar penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibanteras. Tindakan undang-undang yang lebih berat harus dikenakan kepada mereka yang cuba memusnahkan hutan. Kita tidak mahu dalam usaha kita mengejar pembangunan, kita terpaksa memusnahkan alam semulajadi secara rakus.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!