Kepentingan Rukun Negara: Isi Penting & Contoh Karangan

Murid yang ingin menulis karangan bertajuk “Kepentingan Rukun Negara,” berikut merupakan isi penting dan contoh karangan.

Isi penting dan contoh karangan ini boleh menjadi rujukan para murid di dalam penulisan.

Isi Penting

1. Pembentukan Masyarakat yang Mempunyai Sahsiah yang Pekerti

  • Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan.
  • Sahsiah diri setiap insan dapat dibentuk hanya jika individu tersebut mempercayai kewujudan Tuhan.
  • Ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan.
  • Jika diteliti setiap agama menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna terutamanya dari segi rohani dan sahsiah diri.

2. Keamanan, Keselamatan, dan Kedamaian Negara Terpelihara

  • Prinsip kedua Rukun Negara iatu kesetiaan kepada raja dan negara adalah tunjang bagi memastikan negara aman, selamat dan damai.
  • Kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara dapat menjauhkan rakyat daripada sebarang anasir perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat.
  • Kesetiaan kepada raja amat penting bagi memastikan taat setia kita terhadap negara terus utuh demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia.

3. Mempertahankan Perlembagaan Negara

  • Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara.
  • Rakyat Malaysia perlu memastikan agar perlembagaan Malaysia dipertahan dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.
  • Perlembagaan Persekutuan mengandungi prinsip-prinsip bernegara yang telah ditetapkan antaranya menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa, meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh penduduk di Malaysia.

4. Memastikan Negara Aman, Stabil, dan Makmur

  • Prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undag-undang adalah lambang kepada kedaulatan negara.
  • Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan.
  • Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.
  • Kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar.
  • Undang-undang yang digubal dapat menjamin kehidupan anggota masyarakat yang baik dan teratur seterusnya dapat melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Contoh Karangan Kepentingan Rukun Negara

i) PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dengan pelbagai kaum, agama, dan budaya. Identiti negara kita terserlah melalui pelbagai kemajuan dalam segenap aspek. Hakikatnya, penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara mampu meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang disegani di persada dunia. Lima prinsip Rukun Negara iaitu, Kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa. Terdapat pelbagai kepentingan Rukun Negara terdahap rakyat dan negara.

ii) ISI 1: PEMBENTUKAN MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI SAHSIAH YANG PEKERTI

Kepentingan Rukun Negara yang pertama ialah ianya menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang mempunyai sahsiah pekerti. Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan. Malah, sahsiah diri setiap insan dapat dibentuk hanya jika individu tersebut mempercayai kewujudan Tuhan. Tidak dapat dinafikan bahawa ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan. Namun begitu, jika diteliti setiap agama menjurus kepada pembentukan manusia yang sempurna terutamanya dari segi rohani dan sahsiah diri. Maka, sekiranya hendak melahirkan masyarakat Malaysia yang bersahsiah unggul, kita harus mengamalkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan.

iii) ISI 2: KEAMANAN, KESELAMATAN DAN KEDAMAIAN NEGARA TERPELIHARA

Selain itu, Rukun Negara juga penting bagi memastikan keamanan, keselamatan, dan kedamaian negara terpelihara. Prinsip kedua Rukun Negara iatu kesetiaan kepada raja dan negara adalah tunjang bagi memastikan negara aman, selamat dan damai. Ini kerana kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara dapat menjauhkan rakyat daripada sebarang anasir perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat. Kesetiaan kepada raja amat penting bagi memastikan taat setia kita terhadap negara terus utuh demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia. Situasi ini membuktikan betapa pentingnya penghayatan terhadap Rukun Negara.

iv) ISI 3: MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA

Rukun negara juga penting bagi memastikan perlembagaan persekutuan sentiasa dipertahankan. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara. Menerusi konsep Rukun Negara, rakyat Malaysia perlu memastikan agar perlembagaan Malaysia dipertahan dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan mengandungi prinsip-prinsip bernegara yang telah ditetapkan antaranya menjamin kedudukan setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum mahupun bangsa, meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi agama-agama lain masih boleh dianuti oleh penduduk di Malaysia. Ini termasuklah pelbagai aspek lain seperti bahasa rasmi negara serta ketuanan masyarakat Melayu. Kesemua perkara tersebut merupakan asas kepada pembinaan negara sejak negara mencapai kemerdekaan.

v) ISI 4: MEMASTIKAN NEGARA AMAN, STABIL, DAN MAKMUR

Di samping itu, Rukun Negara penting bagi memastikan negara aman, stabil dan makmur. Prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undag-undang adalah lambang kepada kedaulatan negara. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Undang-undang yang digubal dapat menjamin kehidupan anggota masyarakat yang baik dan teratur seterusnya dapat melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

vi) PENUTUP

Kesimpulannya, penghayatan Rukun Negara adalah amat penting bagi membentuk sebuah negara yang maju dengan rakyatnya hidup dalam harmoni. Oleh sebab itu, semua pihak terutamanya ibu bapa, media massa, pihak sekolah dan pihak kerajaan harus berganding bahu dan melaksanaka tanggungjawab masing-masing demi memastikan kelima-lima prinsip Rukun Negara ini sentiasa diamalkan. Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Rujuk : Pengajian Malaysia Sejarah Negara Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!