Rukun Negara Malaysia : 5 Prinsip, Teks & Sejarah Pembentukan

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berpegang teguh terhadap Rukun Negara.

Setahun selepas kejadian tragedi 13 Mei, kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi masalah pergaduhan kaum supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.

Kemudian, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan semula keamanan antara kaum di Malaysia.

Sejarah Penubuhan

Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundangan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.

Berasaskan keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhhum Sultan Zainal Abidin Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970 sempenna ulang-tahun ke-13 kemerdekaan negara.

rukun negara

Objektif & Prinsip Rukun Negara

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh.

Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

BAHAGIAN PERTAMA

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,

• Memelihara satu cara hidup demokratik,

• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,

• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan

• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

BAHAGIAN KEDUA

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

• Kepercayaan Kepada Tuhan

• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan

• Kedaulatan Undang-undang

• Kesopanan dan Kesusilaan

Teks Rukun Negara

Kita pastinya begitu sinonim dengan teks Rukun Negara memandangkan kita sudah biasanya mengungkapkannya hampir setiap minggu ketika sesi perhimpuna sewaktu menuntut di sekolah rendah.

Teks Rukun Negara ini adalah seperti yang berikut:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara cara hidup demokratik;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih mendalam setiap prinsip dalam Rukun Negara, anda boleh merujuk pada e-buku Jabatan Penerangan Malaysia yang menerangkan dengan lebih terperinci setiap satu daripadanya.

Semoda dengan memahami setiap prinsip dalam Rukun Negara, kita akan lebih bertolak ansur dengan pelbagai kaum yang wujud di Malaysia ini demi keharmonian dan kemakmuran negara kita Malaysia.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!