Kenyalang Gold Card (KGC): Permohonan & Manfaat Untuk Warga Emas

Warga emas di Sarawak boleh memohon kemudahan Kenyalang Gold Card (KGC) di mana ia merupakan satu kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan stratergik KGC.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, jumlah permohonan ‘Kenyalang Gold Card’ setakat 22 Januari melibatkan keseluruhan permohonan seramai 199,797 orang warga emas.

Baca juga: BKSS 5.0 : Senarai 11 Bantuan Untuk Rakyat Sarawak Bagi Tahun 2021

Ikuti info lanjut tentang KGC beserta manfaat dan cara permohonannya.

Apakah Kenyalang Gold Card (KGC)?

KGC adalah kemudahan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas untuk :

  • Mendapatkan diskaun, rebat atau yuran percuma untuk barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan, swasta serta pusat komersial dan menjadi rakan strategik KGC.
  • Diskaun untuk bidang kesihatan iaitu perubatan dan pemulihan, pengangkutan awam, barang keperluan harian seperti diskaun ketika membeli barangan runcit, pakaian, optikal, penjagaan diri, refleksologi, urutan dan spa serta dandanan rambut.
  • Bantuan Ehsan Kematikan (BIK) berjumlah RM3,000 dan ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 warga emas setahun. (*NOTA: BIK hanya akan diberikan kepada pemegang BIK yang tidak mendapat perlindungan insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan sebagainya.)

*Senarai Penuh Rakan Strategik KGC boleh dirujuk di SINI

kenyalang gold card

Syarat Kelayakan

Antara syarat-syarat memohon KGC ialah:

  • Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
  • Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
  • Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak

Cara Permohonan Kenyalang Gold Card

Borang Permohonan KGC boleh dimuat turun melalui Laman Web Rasmi Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Permohonan secara online juga boleh dibuat melalui pautan https://kenyalanggold.com/

KLIK DI SINI untuk muat turun Borang Permohonan Kenyalang Gold Card (KGC)

kenyalang gold card

Baca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)

Maklumat Lanjut

Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Kenyalang Gold Card (KGC) di talian 082-449577/444139 atau emel ke alamat [email protected] 

Bantu kami share artikel ini: