Bagaimanakah cara kemaskini S Pay Global anda?
Sistem pembayaran digital semakin menjadi pilihan utama dalam kehidupan moden, termasuk S Pay Global, yang menawarkan kemudahan untuk mengurus transaksi secara pantas dan selamat.
Namun, dalam situasi tertentu, anda mungkin perlu mengemas kini maklumat akaun seperti menukar peramt mudah alih, mendapatkan semula nama pengguna (username) atau menetapkan kata laluan (password) baharu. Proses ini penting untuk memastikan akaun anda terus selamat dan mudah diakses.
Dalam artikel ini, kami menyediakan panduan langkah demi langkah untuk membantu anda menukar peranti telefon, mendapatkan kembali username, dan menetapkan semula kata laluan pada akaun S Pay Global anda.
Baca juga:
- Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username? – Ini Cara Reset Semula!
- Reset Sarawak ID – Kemaskini No Tel, Password & Username Baru
- Kiosk Service Sarawak – Lokasi, Waktu Operasi, Semak SarawakID
Cara Kemaskini S Pay Global – Tukar Telefon
- Log masuk ke akaun S PAY GLOBAL anda melalui peranti mudah alih baharu anda.
- Di halaman “Login From Another Device”, klik pada butang “Proceed to change”.
- Kod TAC sekali sahaja akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda untuk tujuan pengesahan. Jangan kongsi kod TAC ini dengan sesiapa.
- Lengkapkan pengesahan kod TAC. Selepas permintaan pertukaran peranti dihantar, akaun anda akan dikunci sehingga 30 minit.
- Setelah diaktifkan, anda akan menerima pemberitahuan melalui emel dan SMS mengenai perubahan peranti.
- eruskan log masuk menggunakan peranti baharu. Jangan gunakan peranti lama untuk log masuk lagi.
NOTA PENTING : Anda hanya dibenarkan menggunakan SATU peranti sahaja untuk setiap akaun S PAY GLOBAL. Jika anda cuba menggunakan peranti lama dan baharu serentak, akaun anda akan digantung.
Cara Tukar No. Telefon S Pay Global
Untuk menukar nombor telefon anda yang didaftarkan pada S PAY GLOBAL, anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan S PAY GLOBAL yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu melalui saluran berikut:
Telefon: 082-224 599
Emel: [email protected]
Cara Kemaskini S Pay Global – Username Baru
- Pilih “Forgot Username”.
- Masukkan No. IC Malaysia (untuk warganegara Malaysia) atau No. Pasport (untuk warga asing).
- Masukkan nombor telefon bimbit anda seperti yang didaftarkan dalam sistem.
- Klik butang “Submit”.
- Tunggu SMS dan log masuk menggunakan Username yang diberikan.
Cara Kemaskini S Pay Global – Password Baru
- Pilih “Forgot Password”.
- Masukkan No. IC Malaysia (untuk warganegara Malaysia) atau No. Pasport (untuk warga asing).
- Masukkan Username yang telah didaftarkan dalam sistem.
- Klik butang “Submit”.
- SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit anda. Log masuk menggunakan kata laluan sementara yang diberikan.
- Tukar Password anda dengan segera selepas log masuk pertama.
Cara Untuk Mengesahkan Email
Pengesahan alamat emel anda sangat penting bagi memastikan anda tidak terlepas sebarang balasan pengesahan, kemas kini emel penting, dan pengumuman yang dihantar kepada anda. Dengan emel yang disahkan, semua maklumat akan sampai kepada anda dengan lancar.
Untuk mengesahkan emel anda, ikuti langkah mudah berikut:
- Buka aplikasi S PAY GLOBAL anda dan pergi ke bahagian “My Account” (tekan pada gambar profil anda di skrin utama).
- Pilih “Maklumat Peribadi” -> “Email” -> Tekan butang “Verify Email”.
- Buka peti masuk emel anda, cari emel pengesahan daripada kami, dan klik butang “Verify Email” yang terdapat dalam emel tersebut. Pautan pengesahan ini sah selama 48 jam sahaja.
- Selepas emel anda berjaya disahkan, status “Email Verified” akan ditunjukkan dengan ikon hijau pada bahagian emel profil anda.
Pastikan anda segera mengesahkan emel untuk kekal menerima semua maklumat penting daripada S PAY GLOBAL!
Cara Mengaktifkan Akaun Yang Dibekukan
Biasanya, akaun S PAY GLOBAL akan dibekukan selama 60 minit jika telah membuat 3 kali gagl percubaan untuk log masuk.
Selepas tempoh itu, anda boleh cuba log masuk semula. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengingati kata laluan anda, adalah disyorkan untuk membuat permohonan reset kata laluan bagi mengelakkan masalah berulang.
NOTA PENTING: Jika anda membuat 3 percubaan log masuk yang gagal berturut-turut selepas itu, akaun anda akan digantung sepenuhnya. Untuk mengelakkan akaun digantung, pastikan anda menggunakan kata laluan yang betul atau reset kata laluan secepat mungkin.
Sekiranya akaun anda telah digantung sepenuhnya, anda boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan S PAY GLOBAL, yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, melalui saluran berikut:
Telefon: 082-224 599
Emel: [email protected]
Selepas proses pengesahan berjaya, pasukan S PAY GLOBAL akan membuka semula akaun anda. Anda akan menerima notifikasi melalui emel dan SMS yang mengandungi kata laluan sementara untuk log masuk.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai proses rayuan SKAS, sila rujuk pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:
Panduan untuk S PAY GLOBAL
- Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID
- Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ]
Panduan untuk SKAS
- Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
- Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
- Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik ].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]