Kalendar Islam 2023 / 1444H & Tarikh-tarikh Penting (JAKIM)

KALENDAR ISLAM TAKWIM 2023 MILADIAH/ 1444-1445 HIJRIAH BAGI MALAYSIA (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Takwim 2023 Miladiah / 1444-1445H Bagi Malaysia.

Semoga takwim ini dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.

SEBAGAI panduan untuk semua umat Islam, disenaraikan tarikh penting dalam kalendar Islam untuk tahun 2023 Masihi bersamaan 1444-1445 Hijrah di Malaysia beserta fakta-fakta berkaitan tarikh-tarikh berkenaan.

Takwim Kalendar Islam 2023

Berikut disertakan Takwim Islam bagi tahun 22 / 1443 – 1444 Hijriah beserta tarikh penting dan kaedah penetapan / pengumuman tarikh mula puasa / Awal Ramadhan 2022 untuk memudahkan anda membuat perancangan.

Kalendar Islam yang telah dikemaskini oleh JAKIM (Sumber: https://www.e-solat.gov.my/)
TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 REJAB 144418 Februari 2023Israk dan Mikraj
*01 RAMADHAN 144423 Mac 2023* Awal Ramadan/Berpuasa
17 RAMADHAN 14448 April 2023Nuzul Al-Quran
*01 SYAWAL 144422 April 2023Hari Raya Puasa / Aidilfitri
01 ZULHIJJAH 144420 Jun 2023Awal Zulhijjah
*10 ZULHIJJAH 144429 Jun 2023* Hari Raya Korban / Aidiladha
01 MUHARRAM 144519 Julai 2023Awal Muharam / Maal Hijrah
12 RABI’ULAWAL 144528 September 2023Maulidur Rasul

Sumber: JAKIM https://www.e-solat.gov.my/.

tarikh penting islam 2023 kalendar

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2023

Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2022 (JAKIM).

18 Februari 2023 (27 Rejab 1444H) : Israk Mikraj

Peristiwa Israk merupakan perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan diiringi oleh malaikat Jibrail dan Israfil, manakala peristiwa Mikraj pula perjalanan Rasulullah naik ke langit dengan ditemani malaikat Jibrail dan bertemu Allah.

7 Mac 2023, Maghrib (15 Syaaban 1444H) : Malam Nisfu Syaaban

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Allah SWT melihat hambaNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
Sahih Ibnu Hibban (5665)

23 Mac 2023 (1 Ramadan 1444H) : Awal Ramadan*

Umat Islam tentu lebih teruja menjalani hari pertama ibadah puasa tahun 2022 kerana tahun 2021 tidak dapat menyambutnya bersama keluarga.

Antara SOP tahun lalu yang perlu dipatuhi adalah tiada solat fardu berjemaah, solat Jumaat dan solat Tarawih di masjid dan surau bagi mematuhi PKP.

8 April 2023 (17 Ramadan 1444H) : Nuzul al-Quran

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Mekah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda.

22 April 2023 (1 Syawal 1444H) : Hari Raya Aidilfitri*

Sambutan Aidilfitri pada 2022 tentu lebih meriah kerana rakyat Malaysia sudah dibenarkan merentas negeri.

Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; ‘Ayd al-Fiṭr; “perayaan fitrah”) disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.

20 Jun 2023 (1 Zulhijjah 1444H) : Awal Zulhijjah

Terdapat dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah yang memberi maksud 10 hari awal Zulhijjah merupakan hari-hari yang penuh dengan kelebihan dan kurniaan Allah.

29 Jun 2023 (10 Zulhijjah 1444H) : Hari Raya Aidiladha*

Hari Raya Haji atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

19 Julai 2023 (1 Muharam 1445H) : Maal Hijrah / Tahun Baru Islam

Hijrah melambangkan keikhlasan dan pengabdian seorang hamba demi keimanan dan keyakinan kepada Allah dan syariatNya.

28 September 2023 (12 Rabiulawal 1445H) : Maulidur Rasul

Mengikut kalendar Islam, 12 Rabiulawal merupakan Maulidur Rasul atau hari keputeraan baginda SAW iaitu penghulu sekalian nabi dan rasul.

Menjadi kelaziman kita menyambut Maulidur Rasul pada setiap tahun sebagai menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Baca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: