Kadar Mas Kahwin Ikut Negeri Di Malaysia (2024)

Apakah kadar mas kahwin ikut Negeri di Malaysia yang terkini perlu para pengantin tahu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda senarai kadar mas kahwin ikut Negeri di Malaysia yang terbaru untuk rujukan bakal-bakal pengantin semua.

Baca juga:

Apa itu Mas Kahwin?

Kredit: Wedpedia

Adakah anda merancang untuk berkahwin dan ingin mengetahui kadar mas kahwin anda?

Ramai orang terkeliru perbezaan antara duit hantaran dan duit maskahwin.

Secara ringkasnya, mas kahwin atau mahar adalah pemberian daripada seorang lelaki kepada isterinya dimana duit ini adalah hak milik isteri selama-lamanya dan tidak boleh dituntut kembali oleh suami atau keluarganya hatta selepas berkahwin sekali.

Sementera itu, duit hantaran pula adalah sekadar adat dimana nilainya bergantung kepada budi bicara kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan wanita.

Sesetengah negeri di Malaysia menetapkan nilai maskahwin ini tetapi ada juga yang tidak menetapkannnya maka jumlahnya adalah bergantung kepada persetujuan antara kedua-dua bela pihak lelaki perempuan.

Nilai mas kahwin ini ditentukan oleh negeri tempat bakal isteri anda dan hukumnya adalah wajib dibayar oleh pihak lelaki.

Hikmah Diwajibkan Bayaran Mas Kahwin

Mufti Wilayah Persekutuan ada menulis artikel Hikmah Ditetapkan Mas Kahwin dalam Perkahwinan. Secara ringkasnya, pemberian maskahwin mempunyai hikmah-hikmah berikut:

  1. Bagi menzahirkan keinginan bakal suami yang benar-benar menggauli isterinya dengan pergaulan yang baik dan membina rumahtangga yang mulia
  2. Bukti ikatan cinta antara kedua-duanya.
  3. Lambang kemuliaan dan penghargaan terhadap wanita melalui sesebuah perkahwinan.
  4. Menzahirkan keutamaan dan kepentingan sebuah perkahwinan di samping memuliakan kedudukan wanita.

Kadar Maskahwin Terkini (2024)

kadar mas kahwin
Kredit: Pesona Pengantin

Untuk makluman, kadar mas kahwin bagi wanita yang masih dara dan janda/ibu tunggal adalah berbeza.

Kadar bagi bujang / wanita dara

  1. Perlis – Tidak ditentukan
  2. Kedah – Tidak ditentukan
  3. Perak – RM101
  4. Pulau Pinang – RM24
  5. Wilayah Persekutuan KL – RM80
  6. Selangor – RM300
  7. Negeri Sembilan – RM200
  8. Melaka – RM100
  9. Johor – RM22.50
  10. Pahang – RM100
  11. Terengganu – Tidak ditentukan
  12. Kelantan – Tidak ditentukan
  13. Sabah – RM100
  14. Sarawak – RM120
  15. Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

Kadar bagi janda / ibu tunggal

  1. Perlis – Tidak ditentukan
  2. Kedah – Tidak ditentukan
  3. Perak – RM101
  4. Pulau Pinang – RM24
  5. Wilayah Persekutuan KL – RM80
  6. Selangor – RM300
  7. Negeri Sembilan – RM100
  8. Melaka – RM100
  9. Johor – RM22.50
  10. Pahang – RM100
  11. Terengganu – Tidak ditentukan
  12. Kelantan – Tidak ditentukan
  13. Sabah – RM80
  14. Sarawak – RM120
  15. Wilayah Persekutuan Labuan – RM80

Berapa Kadar Mas Kahwin di Singapura?

Berdasarkan kepada laman portal Singapura ROMM (Registry of Muslim Marriage), MasKahwin atau Mahar boleh berbentuk tunai atau faedah, seperti emas, perak atau wang.

Kadar minimum semasa untuk Mahar di Singapura ialah S$100.

Semoga perkongsian kami mengenai kadar maskahwin ikut Negeri di Malaysia yang terkini ini dapat memberikan anda semua khususnya bakal pengantin informasi bermanfaat serta memudahkan urusan persiapan pernikahan masing-masing.

Sumber:

  1. Kadar MasKahwin di Pahang Naik Kepada RM100. Sinar Harian
Bantu kami share artikel ini: