Cara Daftar Kad Mesra Petronas Online dan Tebus Mata Ganjaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

“Dik, ada lagi ke Kad Mesra Petronas?”

“Kak, macam mana nak register dan redeem point Kad Mesra ni?”

Dengar kata begitulah soalan yang selalu ditanya di stesen minyak Petronas.

Mungkin ramai yang masih tak tahu bahawa kemudahan ini telah di’upgrade’ untuk kegunaan semua.

Sekarang ni PETRONAS dah ada satu kemudahan yang betul-betul memudahkan pengguna Kad Mesra ni. Cuma perlu ada smart phone jer. Caranya, download saja apps SETEL dekat phone.

Bagi yang dah ada Kad Mesra fizikal sebelum ni, cuma pautkan saja nombor kad ke dalam apps tersebut. Haa lepas tu anda akan dapat tengok balance Mesra point kat dalam tu. Nak redeem point pun senang jer. Cuma ‘ketek jak’ dalam apps SETEL tu kat butang ‘Redeem Points’.

Bagi pengguna minyak Petronas, anda sangat rugi sekiranya tidak mempunyai kad Mesra Petronas kerana dengannya anda boleh menebus pelbagai hadiah menarik.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang kad ini dan cara untuk anda menikmati pelbagai manfaat yang disediakan.

Apakah Kad Mesra Petronas?

Kad Mesra merupakan satu program kesetiaan pengguna yang dilancarkan untuk menghargai pengguna setia Petronas.

Pelanggan akan diberikan mata ganjaran setiap kali mengisi minyak di semua stesyen Petronas dan membeli barangan di kedai Mesra Petronas.

Faedah Kad Mesra

  1. Dapatkan dan tebus mata ganjaran di mana-mana stesen PETRONAS dengan setiap pembelian bahan api atau item lain dari Kedai Mesra.
  2. Nikmati diskaun atau ganjaran dari rakan kongsi strategik PETRONAS.
  3. Dapatkan 1x mata ganjaran dengan setiap liter pembelian bahan api dan nikmati ganjaran menarik bila anda pautkan dan bayar melalui Setel.

Harga / Caj

Pendaftaran dan pemberian kad Mesra adalah percuma dan setiap pelanggan digalakkan untuk mendaftarkan kad mereka untuk tujuan penebusan mata ganjaran dan pemindahan mata ganjaran sekiranya kad tersebut hilang.

Cara Pendaftaran Kad Mesra Petronas

1. Daftar secara online

Sebagai alternatif, anda boleh melakukan pendaftaran kad Mesra Petronas secara online.

Seiring dengan pengenalan aplikasi Setel, kad Mesra juga telah diintegrasikan bersama-sama akaun Setel anda.

Ini bermakna, apabila anda mendaftarkan kad Mesra anda bersama akaun Setel anda, secara automatik mata dari kad Mesra akan dimasukkan ke dalam aplikasi Setel.

Ini bermakna anda tidak lagi perlu membawa kad fizikal Mesra ke mana-mana kerana untuk setiap pembelian minyak secara automatik mata ganjaran akan diterima oleh anda.

Untuk daftarkan kad Mesra anda secara online, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman Setel di alamat https://www.setel.com/mesrarewards atau boleh muat turun aplikasi Setel
  2. Daftar masuk Setel
  3. Pada halaman utama klik butang “Lagi” untuk memautkan “Kad Mesra Fizikal” anda ke dalam aplikasi Setel
  4. Klik “Kad Mesra”
  5. Kad Mesra Maya di bawah “Dikeluarkan”. Klik “Pautan & Pindah Mata” untuk memautkan Kad Mesra Fizikal
  6. Kunci pengguna dalam nombor Kad Mesra Fizikal
  7. Halaman pengesahan akan muncul

Bagi yang ingin memuat turun aplikasi Setel, sila klik salah satu daripada pautan di bawah ini:

2. Daftar Melalui Telefon

Hubungi Mesralink di talian 1-300-22-8888 untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut.

Cara Tebus Mata Ganjaran (Petronas Mesra Points)

Untuk makluman, PETRONAS telahpun beralih ke platform Mesra Rewards yang baharu pada 1 Disember 2020.

kad mesra petronas

Dengan mata ganjaran terkumpul, anda boleh menukarnya kepada beberapa hadiah menarik.

Terdapat 2 cara untuk menebus mata ganjaran ini:

  1. Tukar di kaunter stesyen Petronas
  2. Tukar secara online melalui aplikasi Setel

Rujuk cara-cara menebus di bawah: 

kad mesra petronas
kad mesra petronas

Maklumat Lanjut

Anda boleh mendapatkan bantuan melalui emel kepada [email protected] atau “chat” di https://setelappsupport.zendesk.com/hc/en-us

Laman web: http://www.mymesra.com.my/

Facebook : PETRONAS Brands

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut