Kad Kredit AFFIN UiTM merupakan hasil kerjasama antara AFFIN Bank dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), direka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti UiTM yang terdiri daripada alumni, graduan, dan staf.
Kad ini menawarkan pelbagai manfaat eksklusif yang menarik bagi pengguna.
Selain itu, kad ini juga didatangakan dengan rekaan unik logo UiTM.
Faedah & Manfaat Kad Kredit AFFIN UiTM
- Tiada Yuran Tahunan: Pemegang kad tidak dikenakan yuran tahunan sepanjang tempoh penggunaan kad ini.
- Mata Ganjaran AFFIN:
- 5X Mata Ganjaran pada Hujung Minggu: Setiap perbelanjaan runcit yang dilakukan pada hujung minggu akan memperoleh 5 kali ganda mata ganjaran.
- 1X Mata Ganjaran pada Hari Biasa: Perbelanjaan pada hari biasa akan memperoleh 1 mata ganjaran bagi setiap transaksi.
- Akses Percuma ke Plaza Premium Lounge: Pemegang kad layak menikmati 4 kali akses percuma ke lokasi Plaza Premium Lounge di Malaysia dan negara terpilih di seluruh dunia. Selain itu, diskaun 25% untuk akses ke semua Plaza Premium Lounge di Malaysia dan 20% diskaun di lounge luar negara turut disediakan untuk pemegang kad dan setiap tetamu yang menemani.
- Pelan Pembayaran Tetap Eksklusif (FPP): Kad ini menawarkan fleksibiliti kepada pemegang kad untuk menukar pembelian runcit mereka kepada ansuran bulanan yang berpatutan. Dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam satu resit, pemegang kad boleh memilih tempoh ansuran 6 bulan tanpa faedah. Bagi perbelanjaan minimum RM2,000, tempoh ansuran sehingga 24 bulan ditawarkan.
- Sumbangan Amal: Untuk setiap transaksi runcit yang dilakukan dengan Kad Kredit AFFIN ISLAMIC, pihak bank akan menyumbang sebahagian daripada jumlah tersebut kepada organisasi amal terpilih.
Syarat kelayakan
- Umur Minimum:
- Pemegang kad utama: 21 tahun ke atas
- Pemegang kad tambahan: 18 tahun ke atas
- Pendapatan Tahunan Minimum: RM24,000
Kad Kredit AFFIN UiTM menawarkan pelbagai manfaat yang direka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti UiTM.
Dengan ciri-ciri seperti mata ganjaran yang menarik, akses lounge premium, pelan pembayaran fleksibel, dan peluang untuk menyumbang kepada amal, kad ini menjadi pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin menikmati keistimewaan dalam perbelanjaan harian mereka.
Cara mohon
Permohonan kad kredit AFFIN UiTM ini boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://www.affinalways.com/en/credit-card-application-form
Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang diminta di halaman tersebut seperti nama, kad pengenalan, alamat, jumlah komitmn bulanan dan pelbaga info lain dalam borang permohonan.
Setelah anda mengkli kotak setuju pada terma dan syarat, klik butng “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
Artikel berkaitan: Cara Bayar Kad Kredit & Kenapa Mesti Elak Buat Bayaran Minimum
Kempen Kad Kredit AFFIN UiTM
Bermula 7 November 2024 hingga 30 April 2025, pemegang kad berpeluang memenangi hadiah menarik dengan melakukan perbelanjaan minimum RM100 dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kelulusan kad.
Hadiah yang ditawarkan termasuk:
- Hadiah Utama: 1x Vespa Primavera 150
- Hadiah Kedua: 3x Samsung Galaxy Tab S9 (128GB)
- Hadiah Ketiga: 5x Garmin Forerunner 255
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan Kad Kredit Affin UiTM, anda boleh datang ke cawangan Affin Bank yang berhampiran untuk bertanya dengan pegawai khidmat pelanggan.
Sebagai alternatif, anda boleh menghubung kaunter khidmat pelanggan di nombor 03-8230 2222 mulai 8 pagi sehingga lewat tengah malam.
Selain itu, anda juga boleh chat dengan Affina, bot khidmat pelangg Affin Bank di https://www.affinalways.com/en/reach-us