Jawatan Kosong Pembantu Tadbir W19 (285 Kekosongan)

Berita baik! JPA dan KKM kini membuka 285 peluang kerjaya kepada individu yang layak untuk menyertai perkhidmatan awam sebagai Pembantu Tadbir (kewangan) Gred W19 bagi lepasan SPM dan SKM.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang jawatan kosong yang ditawarkan serta cara untuk anda membuat permohonan.

Peluang Kerjaya Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 (Semenanjung) JPA & KKM (285 Kekosongan, 500 Simpanan)

Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian / Jabatan: Pelbagai Kementerian / Jabatan

JADUAL GAJI

  • Gaji Minimum : RM1,353.00
  • Gaji Maksimum : RM4,005.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Kelayakan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,353.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,409.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred W19: RM1,465.80)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Deskripsi Tugas Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 21 Ogos 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Cara Permohonan

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di pautan https://spa9.spa.gov.my

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemas kini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna SPA9, sila rujuk panduan lengkap di sini : Panduan Pendaftaran & Permohonan SPA9, Sistem Permohonan Kerja Kosong Kerajaan 2022

Muat turun panduan permohonan : Panduan Pengguna SPA9 (PDF)

Baca juga: MyResume SPA : Panduan Isi Borang & Cara Upload Dokumen di SPA9

MAKLUMAT TAMBAHAN

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Pemohon dengan kelayakan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan atau peringkat Tertinggi hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk :

Sebarang pertanyaan teknikal berhubung Sistem SPA9, sila layari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SPA (https://spa.spab.gov.my/)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!