eMaklum ANM: Pendaftaran, Semakan Notifikasi & Carian Dokumen Pembayaran (Tracking)

Adakah anda baru pertama kali dengar atau didedahkan mengenai sistem eMaklum?

Kali ini, mari lihat bagaimana untuk melakukan pendaftaran, semakan notifikasi dan carian dokumen menggunakan sistem eMaklum ini.

Apa itu eMaklum?

emaklum

eMaklum adalah satu sistem yang dibangunkan dan berfungsi untuk menghantar menghantar notifikasi status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).

Secara umumnya, sistem ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Menariknya, anda boleh terus menggunakan fungsi yang terdapat pada sisstem ini tanpa melakukan sebarang pendaftaran sama ada dari pembekal atau individu.

Pendaftaran eMaklum

Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mendaftar dengan sistem eMaklum untuk menikmati kelebihan-kelebihan berikut:

  • Menyimpan semua maklumat pembayaran
  • Nombor akaun anda dilindungi daripada diakses pihak ketiga

Semakan notifikasi

Sebagai pengguna eMaklum, anda boleh memilih untuk mendapatkan notifikasi perubahan status dokumen anda melalui slah satu cara berikut:

  • Emel: Notifikasi emel secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.
  • SMS: Notifikasi SMS secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.
  • Cetakan: Notifikasi surat bercetak menerusi kiriman pos bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.

Mulai 30 Julai 2021, Sistem eMaklum hanya menyimpan maklumat notifikasi pembayaran bagi tempoh 18 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. 

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna sendiri untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan pada masa hadapan.

Artikel berkaitan: ePerolehan SSO Login: Daftar Akaun, Mohon Tender Kerajaan & Sijil MOF

Carian dokumen

Laman eMaklum juga menyediakan fungsi untuk melakukan carian dokumen seperti invois atau bayaran dengan mudah. Untuk melakukan carian dokumen, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi eMaklum di alamat https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Pada halaman utama, perhatian borang carian yang bertajuk “Carian Dokumen Pembayaran”
  3. Terdapat 2 tab – “Sebelum 10/7/2021” atau “Selepas 10/7/2021 dan Selepas”. Pastikan anda memilih tab yang betul
  4. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan:
    • No. Kad Pengenalan / No. Daftar Syarikat / Organisasi
    • No. Akaun Bank / No. Invois / No. Rujukan Bayaran
    • Carian Berdasarkan
    • Tarikh dokumen
    • Klik pada butang “Saya bukan robot” pada bahagian reCAPTHCA
    • Klik pada butang “Cari”

Soalan dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan mengenai sistem ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak pentadbiran melalui salah satu kaedah berikut:

Alamat: Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana
Presint 2,
62594 Putrajaya

No telefon / faks: Rujuk pdf untuk senarai pentadbir eMaklum di Kementerian berkaitan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!