Kini semuanya di hujung jari! Portal i-Wira dan aplikasi MyWira menawarkan pelbagai perkhidmatan online untuk pencarum LTAT, pada bila-bila masa di mana sahaja anda berada.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Apakah Itu LTAT?
LTAT ialah sebuah Badan Berkanun Kerajaan yang telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada pencarum-pencarum wajib LTAT, yang terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dan Anggota Lain-Lain Pangkat berserta pencarum sukarela yang terdiri dari Pegawai ATM dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela (AKAS).
Siapakah Pencarum Wajib?
Pencarum Wajib LTAT terdiri daripada Pegawai Tetap ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan dan 15% sumbangan kerajaan secara notional dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) ATM dengan kadar caruman bulanan yang diwajibkan sebanyak 10% dari gaji bulanan + 15% sumbangan Kerajaan.
Jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25%.
Pegawai Tetap ATM yang ditauliahkan selepas 1 Januari 2016 diwajibkan mencarum dan Anggota ATM Lain-lain Pangkat akan menjadi pencarum secara automatik setelah potongan pertama caruman bulanan diterima oleh LTAT dari UGAT.
Potongan caruman bulanan akan dibuat ke atas penggajian bulanan anggota dan akan dimajukan setiap bulan oleh UGAT kepada LTAT.
Apakah i-Wira?
Antara perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna i-Wira termasuklah:
- Menyemak penyata Caruman LTAT tahun semasa dan tahun sebelumnya
- Menyemak maklumat penamaan waris
- Menyemak Dana Unit Amanah Affin Hwang
- Menyemak sejarah pengeluaran caruman
- Membuat aduan, pertanyaan dan cadangan
Cara Pendaftaran i-Wira
- Taip atau klik URL iwira.ltat.org.my pada browser internet anda (Dicadangkan menggunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox)
- Paparan seperti dibawah akan muncul
- Klik butang ‘LOG MASUK’
- Klik pautan ‘Pendaftaran i-Wira’
- Isikan semua butiran yang dikehendaki dan tekan butang ‘Daftar’.
- No Tentera – No Tentera semasa anda (tanpa T dll)
- Emel – alamat emel anda yang aktif dan tetap.
- Secure Word – apa-apa perkataan tidak kurang dari 5 huruf dan tidak melebihi 20 huruf tanpa ‘special character’.
- SecureWord adalah pengesahan tambahan yang digunakan oleh Sistem i-Wira LTAT untuk mengesahkan bahawa halaman masuk adalah laman Sistem i-Wira yang asli. Anda dikehendaki memasukkan SecureWord anda (apa-apa perkataan) semasa pendaftaran Sistem i-Wira yang telah dikemaskini. Log masuk berikutnya akan memaparkan SecureWord anda. SecureWord anda BUKAN Kata Laluan Sistem i-Wira anda. JANGAN menetapkan SecureWord anda sama seperti Kata Laluan / No. Tentera anda!
- Kata Laluan – masukkan kata laluan pilihan anda.
- Panjang Kata Laluan sekurang-kurangnya 8 aksara atau lebih dan perlu memenuhi 4 jenis aksara berikut: Huruf besar [ABC], huruf kecil [abc], nombor [123] dan simbol [@ #$]
- Sah Kata Laluan – masukkan semula kata laluan yang sama untuk pengesahan.
Klik sini>> pendaftaran i-Wira
Selepas pendaftaran dibuat, anda akan menerima emel pengaktifan akaun i-Wira pada emel yang didaftarkan (Sila semak juga pada ‘folder SPAM’ atau ‘JUNK’).
Anda perlu klik pautan tersebut untuk mengaktifkan akaun i-Wira anda.
*jika pautan (link) tidak boleh di klik, sila pilih (select) pautan tersebut, salin (copy) dan tampal (paste) pada bar alamat (address bar) di ‘browser’ internet anda dan tekan ‘Enter’.
*pautan yang dihantar ke emel ini hanya aktif selama 24 jam sahaja selepas butang ‘Daftar’ di klik.
Rujuk manual penuh: http://www.ltat.org.my/borg/panduaniWira.pdf
Cara Semakan Penyata Caruman
Anda perlu mempunyai Nombor Tentera dan kata laluan i-Wira. Jika tiada, anda perlu mendaftar dahulu.
Jika anda sudah mendaftar i-Wira, log masuk ke i-Wira dan klik pada pautan tab ‘Penyata’.
Apakah Aplikasi MyWira?
Aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.
Cara Daftar Aplikasi MyWira LTAT
- Muat turun aplikasi MyWIRA ke peranti mudah alih anda.
- Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna.
- Isikan butiran diri yang tepat. Pastikan nombor telefon dan emel yang digunakan adalah aktif.
- Isikan KOD PENGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar / emel yang telah anda daftarkan ke di dalam kotak berkenaan.
- Pendaftaran berjaya. Tekan SELESAI dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu.
NOTA: Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan nombor tentera dan kata laluan yang sama untuk log masuk ke aplikasi ini.
Muat Turun
Jom muat turun aplikasi MyWira melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Sila ke pautan berikut untuk memuat turun: https://www.ltat.org.my/members/mywira/
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk:
- Laman web i-Wira : https://www.ltat.org.my/ms/ahli/i-wira/i-wira-soalan-lazim/
- Aplikasi MyWira : https://www.ltat.org.my/ms/ahli/mywiramy/
- Pusat Khidmat Pelanggan LTAT : 1300 88 5828
Jabatan Pengurusan Pencarum
Tingkat Bawah, Bangunan LTAT, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Waktu Operasi Kaunter LTAT:
KAUNTER | |
ISNIN – KHAMIS : | 8.30 AM – 5.30 PM |
JUMAAT : | 8.30 AM – 12.00 PM |
2.15 PM – 5.30 PM |
TALIAN BEBAS TOL | |
ISNIN – KHAMIS : | 8.30 AM – 1.00 PM |
2.00 PM – 5.30 PM | |
JUMAAT : | 8.30 AM – 12.00 PM |
2.15 PM – 5.30 PM |
Baca juga: SPGATM: Login Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia