i-Mula 50 : Subsidi RM50 Pelan Perlindungan Hayat

program i-mula 50
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Walaupun sedar akan kepentingan takaful / insurans, tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu untuk mencarum takaful / insurans dan menyedari akan hakikat ini, inisiatif i-MUla 50 diperkenalkan.

i-MULA 50 ialah program Dana Insurans Pek Permulaan (SPIF), yang dimulakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), dengan kerjasama syarikat ahli LIAM yang mengambil bahagian. Dana sebanyak RM5 juta ditubuhkan untuk menyokong pembeli kali pertama membeli perlindungan insurans hayat.

Inisiatif ini adalah yang pertama kali seumpamanya dilaksanakan peserta industri insurans hayat bagi membantu rakyat Malaysia yang layak untuk mempunyai pelan perlindungan insurans hayat pada premium mampu milik dengan subsidi RM50 setiap polisi.

Apa itu i-Mula 50

subsidi i-mula 50

i-MULA 50 ialah program Starter Pack Insurance Fund (SPIF), yang dimulakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), dengan kerjasama syarikat ahli LIAM yang mengambil bahagian.

Dana sebanyak RM5 juta ditubuhkan untuk menyokong pembeli kali pertama membeli perlindungan insurans hayat.

Insiatif subsidi ini menawarkan subsidi RM50 untuk setiap polisi insurans hayat yang layak untuk menjadikan pembelian insurans lebih berpatutan.

Produk yang layak termasuk pelan insurans yang ringkas, mampu milik dan mudah difahami seperti produk Perlindungan Tenang, produk insurans premium mikro/rendah dan produk sedia ada yang disesuaikan.

Perlindungan insurans di bawah subsidi ini termasuk manfaat kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), penyakit kritikal, perbelanjaan perubatan dan pendapatan hospital.

Tarikh mula dan tutup permohonan

Program i-MULA 50 bermula pada 28 Ogos 2024 dan akan berakhir sebaik sahaja dana RM5 juta ditebus sepenuhnya.

Artikel berkaitan: Cara Pembatalan Insurans atau Takaful & Contoh Surat

Syarat kelayakan

Siapakah yang layak bagi subsidi i-Mula 50 ini?

  • Rakyat Malaysia
  • Pembeli insurans kali pertama
  • Keluarga Muda
  • Belia

Cara dapatka subsidi

beli i-mula 50

Berminat untuk mendapatkan subsidi RM50 ini?Ikuti langkah-langkah dibawah:

  • Lawati laman web LIAM atau syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian dan pilih bahagian i-MULA 50
  • Pilih produk i-MULA 50 pilihan anda, hubungi syarikat insurans dan berikan butiran yang diperlukan untuk meneruskan.
  • Premium tahunan untuk produk bersubsidi ini mestilah dalam lingkungan RM75 hingga RM600. Premium minimum RM25 diperlukan untuk menerima RM50. Hubungi syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web LIAM di alamat https://www.liam.org.my/ atau syarikat penyedia insurans yang mengambil bahagian.

syarikat-insurans-malaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut