Hisyam Hamid : Biodata Lengkap “Haikal” Dalam Andai Tiada Dia

Hisyam Hamid
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Hisyam Hamid adalah figura penting dalam industri hiburan Malaysia, dengan dedikasi dan bakatnya yang konsisten memikat hati penonton.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Hisyam Hamid.

Baca juga:

Latar Belakang

Hisyam Hamid
Kredit: IG @hisyamhamid7
NamaHazmi Hisyam bin Abdul Hamid
Nama PanggilanHisyam Hamid
Tarikh LahirHospital Kandang Kerbau, Singapura
Tempat Lahir20 Oktober 1985
PekerjaanPelakon dan pengacara
Akaun Media SosialInstagram @hisyamhamid7
@hisyamhamid7

Kehidupan Peribadi

Hisyam Hamid pernah berkahwin dengan pilihan hati, Rosmawati Hanafi pada tahun 2006. Namun bahtera rumah tangga tersebut terlerai juga selepas 18 tahun bersama.

Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan tentang punca dan tarikh penceraian tersebut, masing-masing masih mempunyai hubungan yang baik.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

Hisyam Hamid
Kredit: IG @hisyamhamid7

Hisyam Hamid
Kredit: IG @hisyamhamid7

Kerjaya & Profesional

Sebelum berkecimpung dalam dunia seni, Hisyam Hamid adalah seorang ahli bomba di negara kelahirannya.

Selama lapan tahun, beliau berkhidmat sebagai “HazMat Specialist” di Balai Bomba SCDF Alexandra. Setelah itu, Hisyam mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia bagi merealisasikan impiannya dalam bidang lakonan. Beliau memulakan langkah dengan watak kecil dalam drama Cut Amirah.

Nama Hisyam mula menjadi sebutan selepas membintangi drama Slot Akasia TV3, Ariana Rose, bersama Fathia Latiff dan Keith Foo. Drama ini diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Dalam drama ini, Hisyam membawa watak Harith, seorang rakan niaga dan cinta hati kepada Ariana Rose.

Pada 12 September 2016, Hisyam melakonkan watak Rayqal, seorang anggota bomba, dalam drama komedi romantik Abang Bomba I Love You, di mana beliau digandingkan dengan Amira Othman.

Seterusnya, Hisyam tampil dalam drama Dia Bidadariku arahan Aziz M. Osman, terbitan Skop Productions, memegang watak Ammar bersama Erra Fazira. Selepas itu, beliau menyertai siri drama kepolisan Gerak Khas, membawakan watak Inspektor Aiman, seorang pegawai polis baru dalam unit khas tersebut.

Dalam drama ini, beliau berlakon bersama barisan pelakon terkenal seperti Norman Hakim, Erra Fazira, Syamsul Yusof, Sheera Iskandar, dan Raja Ilya. Namun, Hisyam hanya bertahan dalam siri ini selama satu musim sebelum meninggalkannya.

Hisyam Hamid membuat debut di layar lebar melalui filem Kau Yang Satu arahan Osman Ali, di mana beliau memegang watak sebagai Zulkifli. Selain itu, beliau turut menjadi pelakon utama bersama Hannah Delisha dalam drama Alamatnya Cinta.

Filem:

TahunTajukWatak
2015Transformers: Age of ExtinctionOptimus
2015Jurassic WorldOwen Grady
2017The Secret Life of PetsMax
2017Kau Yang SatuZulkifli
2019Dendam PontianakReza
2019Hero: Jangan Bikin PanasZafri
2023La LunaPa’at

Drama:

TahunTajukSaluran TV
2003Anak Metropolitan (Musim 2)Mediacorp Suria
2004Tetangga (Musim 1)Mediacorp Suria
2011SahabatMediacorp Suria
2011Cut AmirahAstro Prima & Mediacorp Suria
2013Di Luar GarisanMediaCorp Suria
2014Ariana RoseTV3
2014Di Luar Garisan (Musim 2)MediaCorp Suria
2014Cinta IbadahAstro Prima
2014Tuan Rumah Pembantu RumahTV3
2015Memori Cinta SurayaAstro Prima
2015Sayap JibrilAstro Oasis
2016Isteri vs TunangAstro Ria
2016Bunga TanjongMediaCorp Suria
2016Imam Mudaku RomantikAstro Oasis
2016Strawberi & Karipap (Musim 3)Astro Citra
2016Abang Bomba I Love YouAstro Ria
2016Tanah Kubur (Musim 15)Astro Oasis
2017Mukhlis (Musim 2)TV2
2017Sayang Papa Saya TakAstro Ria
2017Dia BidadarikuAstro Ria
2018Gerak Khas (Musim 18)TV2
2018Dosa: Sacred SinAstro First Eksklusif
2018Rahsia Hati PerempuanAstro Ria
2018Alamatnya CintaAstro Ria
2018Gunting The SeriesMediaCorp Suria
2018Terasa Jiwa TerimaMediaCorp Suria
2019IktibarTV3
2019TQ CaptainAstro Ria
2020Dendam Cinta ArissaAstro Ria
2021IsolasiAwesome TV
2021Cukup Derita ItuTV3
2021Hatimu Sedingin SaljuTV3
2022Kerana Aku Isteri BidaanTV3
2022Wanita Milik Tuan PutraTV3
2023Bukan Puteri Lindungan BulanTV3
2023That Cover GirlPrime Video
2024My Lovely DriverTV3
2024Bunga SaljuAstro Ria
2024Andai Tiada DiaAstro Ria
2024MarinaTonton

Telefilem:

TahunTajukSaluran TV
2014Hatiku Di KrabiTV9
2014Sejernih Hati KhadijahTV AlHijrah
2015Demi AdrianaMediacorp Suria
2015Kelap KelipTV2
2015Nawaitu CintaAstro Oasis
2017CupidAstro Citra
2017M4TIAstro Citra
2017KuntomAstro Citra
2017Mak Punya PasalTVi
2017Abang Bomba I Love You RayaAstro Ria
2017GuntingMediacorp Suria
2018Jodoh Hak Milik AllahAstro First Eksklusif
2019#GostanAstro First Eksklusif
2019GengAstro First Eksklusif
2019Malam Tahlil Suhaila BalikAstro Citra
2020GhairahAstro Citra
2020Iman HakikiAstro Oasis
2021Puaka Hari RayaAstro Citra
2022Korban AdhaAstro Prima
2024Jodoh Geng GAstro Warna
2024Menanti Yang PastiTonton

Video Klip:

  • Alyah – Sesal Separuh Nyawa (2014)

Televisyen

  • Gen F, Astro Ria (2018)
Kredit: IG @hisyamhamid7

Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia

Dalam drama “Andai Tiada Dia,” watak Haikal, yang dilakonkan oleh Hisyam Hamid, merupakan suami kepada Suri (Ummi Nazeera). Mereka telah berkahwin selama tujuh tahun namun masih belum dikurniakan zuriat. Suri berhasrat untuk menjalani rawatan IVF, tetapi Haikal berasa bahagia dengan kehidupan mereka tanpa anak.

Keadaan berubah apabila adik Haikal, Hisyam, meninggal dunia dan meninggalkan seorang bayi. Suri ingin mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat.

Namun, kehadiran Intan (Mimi Lana), adik Suri, menambah komplikasi apabila dia dan Haikal mula menjalinkan hubungan sulit, menimbulkan konflik dalam rumah tangga mereka

Pencapaian Hisyam Hamid

Pengalaman sebagai anggota bomba telah membentuk disiplin dan dedikasi Hisyam dalam kerjaya lakonannya.

Beliau dikenali sebagai individu yang sentiasa menepati masa dan komited dalam setiap projek yang dijayakannya.

Anugerah:

TahunAnugerahKategori
2017Malam Throwbaek Drama 2017Fan Club Throwbaek (Hisyamelters FC)
2019Pesta Perdana 2019 Pesta Perdana Singapura ke-16Personaliti Lelaki Paling Popular
2022The 100 Most Influental Entrepreneurs
Kredit: IG @hisyamhamid7

Fakta Menarik Mengenai Hisyam Hamid

  • Hisyam Hamid memiliki ketinggian 1.8 meter.
  • Beliau berkelulusan Ijazah Pengurusan Perniagaan daripada Royal Melbourne Institute of Technology University.
  • Pada awal 2014, Hisyam berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan kerjaya lakonannya. Keputusan ini membuahkan hasil apabila beliau mendapat peranan utama dalam beberapa drama tempatan.

Tahniah Hisyam Hamid! Semoga usaha dan kejayaan saudara terus menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana khususnya yang ingin menjadi seorang pelakon atau penggiat seni tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @hisyamhamid7
  2. ‘Setiap yang berlaku ada sebabnya’ – Bekas isteri Hisyam Hamid. Sinar Harian
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut