SIARAN LANGSUNG: 5 NOVEMBER 2022 HARI PENAMAAN CALON
Malaysia kini berada dalam fasa Pilihan Raya Umum kali ke-15. Dengan rasa berintegriti, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bakal mengadakan sesi “LIVE” untuk tontonan kepada rakyat Malaysia.
Apa yang pasti, penamaan calon PRU15 pastinya ditunggu-tunggu berikutan kemunculan gabungan-gabungan politik baharu yang berkemungkinan besar menyebabkan berlaku pertembungan sekurang-kurangnya tiga hingga empat penjuru di kebanyakan kerusi Parlimen.
Kuasa mengundi dan memilih kini berada di tangan anda.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri proses Pilihan Raya Umum yang dibawakan secara langsung kepada anda rakyat Malaysia di seluruh negara.
[LIVE] Hari Penamaan Calon
Waktu : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
Sesi LIVE penamaan calon ini akan berlaku pada 5 November 2022, di Facebook Page dan YouTube Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
SPR membawakan khas kepada anda rakyat Malaysia untuk sama-sama mengembara melihat proses mengundi yang akan berlaku di seluruh negara.
Facebook Rasmi SPR: https://www.facebook.com/sprgovmy
Kenyataan Media SPR
KENYATAAN MEDIA : PEMAKLUMAN HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DAN PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (PRK DUN) N.66 BUGAYA, SABAH
Apa Yang Berlaku Pada Hari Penamaan Calon?
Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15).
Turut diadakan serentak adalah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.
Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiganya sekali.
Selain dari penyerahan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses penamaan calon.
Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.
Pusat Penamaan Calon PRU 15
Berikut merupakan lokasi pusat penamaan calon dan waktu penamaan calon yang menjadi kebiasaan dilakukan.
- Pejabat-pejabat Daerah
- Majlis Perbandaran
- Majlis Daerah
- Dewan Orang Ramai
- Bangunan-bangunan sekolah
- atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR.
Penyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Tempoh Berkempen
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, SPR memaklumkan, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November (Jumaat).
Untuk makluman, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya adalah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Ogos yang dikemaskini sehingga 9 Oktober.
DPPR tersebut mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih.
PAUTAN LIVE STREAMING
Facebook SPR: https://www.facebook.com/sprgovmy/
Youtube Rasmi SPR : https://www.youtube.com/channel/UCHZJqqRyqwidTAsnI3JDVJA
TV1 : https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1
Astro Awani LIVE : https://www.youtube.com/watch?v=zLu0wfp6bgw
Baca juga:
- Parti MUDA : Senarai Calon PRU15, Latar Belakang, Pimpinan Tertinggi
- DAP (Democratic Action Party): Sejarah, Misi & Calon PRU15
- Gerakan Tanah Air (GTA) : Latar Belakang, Senarai Jawatankuasa
- [Rasmi] Senarai Calon Barisan Nasional (BN) Bagi PRU15
- [RASMI] Senarai Calon Perikatan Nasional PRU15
- Manifesto PH 2022 : Tawaran Pakatan Harapan Untuk PRU15