DAP (Democratic Action Party): Sejarah, Misi & Calon PRU15

DAP (Democratic Action Party Malaysia): Sejarah Penubuhan, Misi & Calon PRU15

DAP atau Democratic Action Party / Parti Tindakan Demokratik adalah anggota komponen gabungan parti politik yang membentuk Pakatan Harapan.

Ikuti perkongsian kami untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Parti DAP serta calon yang akan mewakili parti tersebut bagi PRU15 ini.

Pengenalan

Di bawah simbol roket, DAP telah bertanding dalam 12 pilihanraya umum (PRU) sejak tahun 1969 sehingga tahun 2018 (kecuali dalam PRU ke-14 di mana DAP bersama semua komponen Pakatan Harapan menggunakan logo Keadilan sebagai simbol bersama)

DAP juga pernah menjadi anggota Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat untuk mengambil alih kuasa dalam pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

Namun, kerajaan Pakatan Harapan tumbang selepas 22 bulan mentadbir.

Kini, DAP kembali mempertaruhkan calon-calon untuk menghadapi pilihanraya ke-15 yang bakal menjelma tak lama lagi.

DAP

Baca Juga : Parti AMANAH Negara : Senarai Penuh Calon PRU15

Prinsip & Matlamat

Parti DAP memegang prinsip perjuangan demokrasi, keadilan, kedaulatan undang-undang, peluang saksama, keadilan sosial, hak asasi, pentadbiran baik dan kebebasan.

DAP turut menanam matlamat-matlamat seperti berikut :

  1. Menubuhkan konsep demokrasi yang berlandaskan nilai demokrasi sosial di Malaysia menerusi perjuangan sistem parlimen berperlembagaan;
  2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;
  3. Memupuk integrasi kebangsaan dengan Sabah dan Sarawak, mengiktiraf hak-hak istimewa kedua-dua negeri tersebut serta memupuk semangat kabangsaan dan perpaduan di antara semua kaum bagi melahirkan identiti bersama rakyat Malaysia yang bersatupadu;
  4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;
  5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal;
  6. Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilainilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza;
  7. Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka;
  8. Menjadikan ASEAN sebagai komuniti yang berlandaskan pemerintahan baik, demokrasi dan menghormati hak asasi manusia dan juga sebagai rantau yang bebas daripada nuclear, serta aman, babas dan berkecuali;
  9. Memupuk, memperkembangkan serta memperluaskan demokrasi pada semua peringkat, terutamanya memulihkan pilihan raya tempatan, memperkasakan kuasa rakyat dari segi bentuk dan isi kandungannya dan mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan berlandaskan prinsip-prinsip kesaksamaan, kebebasan, keadilan dan proses pilihan raya yang bebas dan juga kebebasan akhbar;
  10. Memberi peluang yang saksama dan mengagihkan kekayaan ekonomi kepada semua rakyat berdasarkan penciptaan nilai-nilai dalam pasaran yang bersaing dan tata ekonomi yang menegaskan penciptaan kekayaan dan pengagihan kekayaan yang saksama;
  11. Berjanji untuk mempertingkatkan taraf pendidikan berdasarkan hanya kepada merit dan keperluan, serta memberikan akses penuh dan peluang yang sama kepada pendidikan peringkat awal, peringkat menengah dan peringkat tinggi, terutamanya sektor-sektor teknologi maklumat yang mengutamakan ilmu;
  12. Melindungi hak-hak pekerja dan kesatuan sekerja di bawah kerangka hak untuk bekerja, pembayaran gaji yang adil dan berpatutan kepada pekerja dan mempertahankan gaji sebenar mereka demi menjamin kesejahteraan hidup dan taraf kehidupan yang berpatutan kepada semua;
  13. Menghapuskan segala bentuk diskriminasi jantina terhadap wanita dalam bidang perkerjaan, pendidikan dan kesihatan;
  14. Memperkasakan remaja dengan memberikan meraka pilihan dan peluang untuk berkuasa sementara mempertingkatkan kesedaran mereka terhadap kewajipan
    dan tanggungjawab;
  15. Menegakkan keadilan dan menjaga keamanan semua rakyat dengan menghormati kedaulatan undang-undang, mewujudkan serta menjamin penjiranan dan komuniti yang selamat dan terjamin;
  16. Menginstitusikan akauntabiliti dan ketelusan yang bertujuan memerangi rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan kewangan, dan juga mewujudkan nilai-nilai integriti dan amanah dalam pentadbiran kerajaan;
  17. Mewujudkan perkhidmatan kesihatan awam yang mampu dibiayai oleh semua, mudah dinikmati dan bertanggungjawab yang menjamin keperluan golongan yang sakit, kurang berupaya dan berusia; dan
  18. Menghalang kemerosotan dan pemusnahan alam sekitar demi memelihara pusaka warisan semula jadi yang bersih, sihat dan selamat.
DAP

Senarai Penuh Calon DAP Untuk PRU 15

Berikut adalah senarai calon DAP yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen pada PRU15 :

KEDAH

P012 Jerai:  Zulhazmi bin Shariff

PULAU PINANG

  • P043 Bagan : Lim Guan Eng
  • P045 Bukit Mertajam: Sim Chee Keong
  • P046 Batu Kawan: Chow Kon Yeow
  • P048 Bukit Bendera : Syerleena binti Abdul Rashid
  • P049 Tanjong: Lim Hui Ying
  • P050 Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji
  • P051 Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh

PERAK

  • P054 Gerik: Ahmad Tarmizi Bin Mohd Jam
  • P060 Taiping: Wong Kah Woh
  • P064 Ipoh Timur: Howard Lee Chuan How
  • P065 Ipoh Barat: M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
  • P066 Batu Gajah: Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
  • P068 Beruas: Ngeh Koo Ham
  • P070 Kampar: Chong Zhemin
  • P076 Teluk Intan: Nga Kor Ming

PAHANG

  • P078 Cameron Highlands: Chiong Yoke Kong
  • P079 Lipis :Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji
  • P080 Raub : Chow Yu Hui
  • P089 Bentong : Young Syefura binti Othman

SELANGOR

  • P102 Bangi: Syahredzan bin Johan
  • P103 Puchong : Yeo Bee Yin
  • P106 Damansara : Gobind Singh Deo
  • P110 Klang : Ganabatirau a/l Veraman

WILAYAH PERSEKUTUAN

  • P114 Kepong : Lim Lip Eng
  • P117 Segambut : Hannah Yeoh Tseow Suan
  • P120 Bukit Bintang : Fong Kui Lun
  • P122 Seputeh : Teresa Kok Suh Sim
  • P123 Cheras : Tan Kok Wai

NEGERI SEMBILAN

  • P128 Seremban : Loke Siew Fook
  • P130 Rasah : Cha Kee Chin

MELAKA

P138 Kota Melaka : Khoo Poay Tiong

JOHOR

  • P142 Labis: Pang Hok Liong
  • P145 Bakri: Tan Hong Pin
  • P148 Ayer Hitam: Sheikh ‘Umar Bagharib bin Ali
  • P152 Kluang: Wong Shu Qi
  • P154 Mersing : Fatin Zulaikha bt Zaidi
  • P162 Iskandar Puteri: Liew Chin Tong
  • P163 Kulai: Teo Nie Ching
  • P164 Pontian: Shazwan bin Zdainal Abidin

SABAH

  • P172 Kota Kinabalu : Chan Foong Hin
  • P175 Papar : Henry Shim Chee On
  • P180 Keningau: Grelydia Gillod
  • P181 Tenom : Noorita binti Sual
  • P185 Batu Sapi : Liau Fui Fui
  • P186 Sandakan : Vivian Wong Shir Yee
  • P188 Lahad Datu: Sia Yu Hock

SARAWAK

  • P192 Mas Gading : Mordi Anak Bimol
  • P195 Bandar Kuching : Kelvin Yii Lee Wuen
  • P196 Stampin : Chong Chieng Jen
  • P199 Serian: Learry Anak Jabul
  • P208 Sarikei : Roderick Wong Siew Lead
  • P211 Lanang : Alice Lau King Yieng
  • P212 Sibu : Oscar Ling Chai Yew
  • P217 Bintulu : Chiew Chan Yew

Majlis Tertinggi DAP / Organisasi

National Chairman

Lim Guan Eng

Deputy Chairman

Gobind Singh Deo

Vice Chairman

  • Chong Chieng Jen
  • Chow Kon Yeow
  • M.Kulasegaran a/l V.Murugeson
  • Teresa Kok Suh Sim
  • Nga Kor Ming

Advisor

Tan Kok Wai

Secretary-General

Anthony Loke Siew Fook

Deputy Secretary-General

  • Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji
  • Liew Chin Tong
  • Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

National Treasurer

Fong Kui Lun

Assistant National Treasurer

Ng Sze Han

National Organising Secretary

Steven Sim Chee Keong

Assistant National Organising Secretary

  • Khoo Poay Tiong
  • Ng Suee Lim

National Publicity Secretary

Teo Nie Ching

Assistant National Publicity Secretary

  • Hannah Yeoh Tseow Suan
  • Ganabatirau a/l Veraman

International Scretary

Jannie Lasimbang

Assistant International Secretary

Kasthuriraani a/p Patto

Political Education Director

Wong Kah Woh

Assistant Political Education Director

Wong Shu Qi

Committee Member

  • Ronnie Liu Tian Khiew
  • Thomas Su Keong Siong
  • Lim Lip Eng
  • Lim Hui Ying
  • Alice Lau Kiong Yieng
  • Chan Foong Hin
  • Tan Hong Pin
  • Young Syefura binti Othman
  • Teo Kok Seong
  • Wu Him Ven
  • Syahredzan Johan

Soalan Lazim Tentang DAP & Calon PRU15

Adakah DAP mementingkan kaum-kaum tertentu?

Tidak. DAP tidak berjuang kerana kaum atau agama tertentu. Ia terbuka kepada semua kaum. Malah, DAP kini mempunyai wakil rakyat berketurunan India yang terbanyak di kalangan semua parti di Malaysia. DAP juga mempunyai ramai ahli dan pemimpin Melayu, serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sungguhpun begitu, memang kebanyakan ahli DAP berketurunan Cina.

DAP berjuang demi keadilan sosial, kebebasan dan peluang saksama tanpa mengira kaum atau agama. Ia terus gigih berusaha mendekati semua rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu, India, Cina Kadazandusun, Iban, Bidayuh, Bajau, Melanau, dan kaum-kaum Bumiputera lain.

Pernahkah DAP mempunyai pemimpin dan calon-calon Melayu?

Ya. Dalam sejarah DAP, iaitu sejak penubuhannya pada tahun 1966, parti ini memiliki banyak pemimpin dan calon daripada pelbagai kaum, termasuk Melayu. Dalam PRU 1969 yang kali pertama DAP sertai, ia telah meletakkan 10 calon Melayu iaitu 9 untuk DUN dan 1 untuk Parlimen.

Dua daripada mereka berjaya menjadi ADUN
Ramai calon Melayu DAP telah memenangi kerusi DUN serta parlimen, termasuk Ibrahim Singgeh dan Ahmad Nor. Dalam Pilihan Raya Umum 2013, DAP meletakkan empat calon Melayu di tiga kerusi Parlimen (Zairil Khir Johari di Bukit Bendera, Dato Ariff Sabri Abdul Aziz di Raub, Mahdzir Ibrahim di Tanjung Piai) dan satu kerusi DUN Pahang (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Mentakab). Selepas itu DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon untuk pilihanraya kecil Teluk Intan 2014.

Bagi PRU 2018, calon-calon Melayu DAP untuk kerusi DUN ditambah menjadi Sembilan. Mereka adalah Zairil Khir Johari (Tanjung Bungah), Syerleena Abdul Rashid (Seri Delima), Dr Abdul Aziz Bari (Tebing Tinggi), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Edry Faizal (Dusun Tua), Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan telah meninggalkan parti, Sheikh Omar Ali (Paloh), Young Syefura Othman atau Rara (Ketari), dan Abu Bakar Lebai Sudin (Pulau Manis). Untuk Parlimen, Tengku Zulpuri bertanding di Raub.

Kesemua kerusi kecuali Pulau Manis telah dimenangi. Malah, Zairil, Dr Abdul Aziz, Norhizam, dan Sheikh Omar telah dilantik oleh kerajaan negeri masing-masing sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri. Tengku Zulpuri pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Adakah DAP membuka pintu untuk orang Melayu menyertainya?

Sudah tentu. DAP mempunyai ramai ahli dan pemimpin Melayu di pelbagai peringkat, daripada ahli biasa hinggalah kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

DAP mengalu-alukan sesiapa sahaja warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang mahu sama-sama berjuang untuk mengubah negara supaya menjadi lebih baik, lebih aman, lebih stabil, lebih adil, lebih demokratik, lebih bebas, lebih berpeluang saksama, lebih makmur dan lebih maju, untuk menyertai parti.

Adakah DAP menerima kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia?

Ya. DAP menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi, dan pada masa yang sama melindungi hak agama-agama lain untuk diamalkan secara bebas. Malah, perlembagaan DAP menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang tertinggi di negara kita. 

Apakah pendirian DAP mengenai hudud dan ‘negara Islam’?

DAP adalah parti politik demokrasi yang memartabatkan kebebasan beragama serta menolak pemaksaan agama atau ideologi. Atas prinsip sosial demokrasi, DAP menerima Perlembagaan Persekutuan, termasuk menghormati Islam sebagai agama rasmi serta menyempurnakan hak umat Islam dalam pentadbiran negeri (seperti di Pulau Pinang sejak 2008), dan memelihara hak agama-agama lain untuk diamalkan.

Apa-apa yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilaksanakan kerana ia melanggar undang-undang tertinggi negara. DAP tidak menggunakan atau mempergunakan apa-apa jua agama dalam dasar politiknya.

Adakah DAP menerima Perdana Menteri yang beragama Islam?

 Sudah tentu. Walaupun Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Perdana Menteri dilantik daripada mana-mana kaum dan agama, DAP menyokong seorang pemimpin Melayu Islam yang layak, berwibawa, beramanah dan berprinsip, sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini berasaskan realiti masyarakat di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia.

Adakah DAP komunis?

DAP bukan komunis. DAP menolak komunisme. Fahaman komunis adalah satu ideologi yang ditolak sepenuhnya oleh DAP dan pimpinannya sejak ia ditubuhkan pada 1966. Ideologi DAP adalah sosial demokrasi yang mengambil jalan tengah dalam aspek-aspek ekonomi, politik dan sosial. DAP mahu semua rakyat makmur, maju dan aman dalam sebuah masyarakat yang bersatu hati walau berbeza budaya, agama, gender dan wilayah.

Adakah DAP menerima kedudukan istimewa Melayu?

DAP menerima Perlembagaan Persekutuan 1957 yang memperuntukkan kedudukan istimewa Melayu. Dalam konteks asal, ia bertujuan membantu orang Melayu yang ketinggalan dalam pelbagai bidang sewaktu Malaya mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu. Yang dikritik bukan kedudukan tersebut tetapi amalan rasuah, salahguna kuasa dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO atas nama Melayu.  

Sumber: https://dapmalaysia.org/ingin-tahu-tapi-malu-bertanya/

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkembangan terkini parti DAP Malaysia, sila ikuti laman Facebook rasmi DAP Malaysia dan pautan https://dapmalaysia.org/

DAP Malaysia

Ibu Pejabat Kebangsaan,
Jalan Yew (off Jalan Pudu),
55100 Kuala Lumpur.
Tel +60 (0)3 9200 5000
Fax +60 (0)3 9200 7000
[email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!