Harga Lesen Memandu Terkini Di Malaysia (2022)
Seiring dengan inflasi dan kadar kenaikan kos, harga lesen memandu 2022 mungkin juga menyaksikan sedikit perubahan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Secara umumnya, undang-undang di Malaysia menetapkan bahawa seseorang individu yang ingin mengambil lesen motorsikal (B2 atau B full) perlulah mencapai umur 16 tahun.
Sementara itu, bagi lesen memandu motorsikal had umur yang ditetapkan adalah 17 tahun, iaitu ketika anda berada di tingkatan 5 persekolahan.
Kadar harga lesen pusat latihan memandu
Bagi yang tidak tahu, harga mendapatkan lesen motorsikal atau kereta adalah berbeza mengikut institusi pusat memandu yang anda daftar.
Maka, harga lesen memandu 2022 juga akan berbeza – sesetengah pusat atau institusi memandu mungkin menawarkan harga yang lebih murah atau rendah berbanding pusat atau institusi memandu yang lain.
Semuanya bergantung pada pakej yang ditawarkan di pusat latihan memandu tersebut, ada yang sedikit mahal tapi menawarkan pakej belajar sampai lulus.
Kadar julat harga
Bagi mengelakkan manipulasi dan kekeliruan, kerajaan Malaysia telah membantu menetapkan julat harga bagi mendapatkan lesen memandu.
Kadar harga yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:
- Lesen Motosikal B2 (tidak lebih 250 cc) – RM350 hingga RM450
- Lesen Motorsikal B FULL (lebih 500 cc) – RM900 hingga RM1100
- Lesen Kereta Manual D – RM1150 hingga RM1300
- Lesen Kereta Automatik DA – RM1250 hingga Rm1500
Sesetengah pusat latihan mungkin sedikit mahal kerana turut mengenakan caj-caj tambahan seperti sewa kenderaan, kos pengangkutan (sekiranya diperlukan oleh pelajar) dan sebagainya namun harga yang dikenakan perlulah munasabah.
Sebagai pelanggan anda perlulah bijak membuat perbandingan dengan pusat memandu lain bagi mengetahui harga lesen memandu bagi tahun 2022.
Sekiranya anda ingin mengetahui pecahan harga yang ditetapkan oleh pihak JPJ, boleh lawati laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/web/main-site/pemandu/-/knowledge_base/pemandu/kadar-bayaran-kelas-b2-jadual-fi-latihan-ujian-lesen-kelas-b2-sahaja
Baca juga: MySikap JPJ Login : Cara Daftar, Renew Lesen / Roadtax, Saman Online
Perubahan Sistem Ujian Praktikal
Kelak kita akan menyaksikan terdapat perubahan dalam ujian praktikal dengan pegawai JPJ.
Selepas itu, kehadiran pegawai JPJ mungkin tidak lagi diperlukan dalam kenderaan sebaliknya sebuah kamera akan dipasang dalam kenderaan dan calon boleh dipantau melalui video secara langsung.
Selain itu, kaedah ini boleh menjamin ketelusan dan mengelakkan pegawai JPJ yang mungkin mengambil kesempatan terhadap calon atau pun mengelakkan calon cuba untuk merasuah pegawai JPJ.
Penggunaan kamera ini juga membolehkan lebih ramai calon mengambil ujian pada satu-satu masa kerana pihak JPJ tidak perlu memperuntukkan sejumlah anggota yang ramai untuk menguji calon ketika ujian praktikal.