Terima kasih kepada aplikasi seperti Google Translate, kini lebih mudah berbanding sebelum ini untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak bercakap bahasa anda.
Dengan sokongan untuk lebih daripada 100 bahasa, aplikasi berkuasa ini amat diperlukan untuk perjalanan dan pada bila-bila masa sekiranya anda perlu berkomunikasi dengan seseorang yang tidak bercakap bahasa anda.
Walaupun sudah lama wujud, tidak ramai tahu untuk memanfaatkan fungsi yang terdapat pada Google Translate untuk menterjemah sesuatu perkataan ayat atau perkataan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain.
Cara akses
Aplikasi ini tersedia sebagai aplikasi mudah alih untuk iPhone, iPad dan telefon Android serta sebagai etension bagi pelayar Chrome.
Ia diprapasang pada kebanyakan telefon Android, jadi anda tidak perlu memuat turunnya semula daripada Google Play.
Aplikasi ini mempunyai paling banyak ciri, tetapi anda memerlukan sambungan internet untuk mengakses semua ciri.
Selain itu, anda juga boleh melayari terus laman rasmi Google Translate di https://translate.google.com.my/ untuk menterjemah apa-apa ayat dan perkataan.
Artikel berkaitan: Google Forms : Panduan Mudah Buat Borang Online
Fungsi tersedia
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aplkasi ini tidak terhad untuk terjemahan teks sahaja, tetapi juga suara.
Berikut merupakan senarai penuh fungsi yang tersedia bagi aplikasi ini:
- Terjemahan teks (108 bahasa).
- Terjemahan luar talian (59 bahasa).
- Terjemahan kamera: Kamera menterjemah dalam masa nyata (94 bahasa).
- Foto: Ambil foto dan muat naik untuk terjemahan yang lebih tepat (90 bahasa).
- Perbualan: Perbualan masa nyata, dua hala (70 bahasa).
- Tulisan tangan: Lukis teks dan aksara pada skrin (96 bahasa).
- Buku Frasa: Simpan perkataan dan frasa yang diterjemahkan.
- Ketik untuk Terjemah: Ketik untuk menyalin teks dalam mana-mana aplikasi dan terjemahan
Cara terjemah teks
Kali ini, mari lihat betapa mudahnya untuk menterjemahkan sesuatu frasa dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain menggunakan Google Translate.
Katakan anda mahukan terjemahan bahasa Itali bagi frasa bahasa Inggeris.
- Ketik nama bahasa semasa di sebelah kiri dan pilih bahasa Inggeris sebagai bahasa sumber.
- Ketik nama bahasa di sebelah kanan dan pilih bahasa Itali sebagai bahasa sasaran.
- Seterusnya, ketik medan yang menyatakan masukkan teks dan mula menaip perkataan atau frasa Bahasa Inggeris yang ingin anda terjemahkan.
Aplikasi ini akan memaparkan perkataan atau frasa dalam bahasa sasaran.
Ketik butang anak panah kanan di sebelah terjemahan dan kemudian ketik ikon pembesar suara di sebelah frasa dalam mana-mana bahasa untuk mendeng sebutan sesuatu perkataan itu.
Baca lagi: Cara Daftar Google Adsense Untuk Youtube & Website
Cara terjemah imej
Satu lagi ciri hebat Google Translate ini ialah keupayaan untuk menterjemah teks dalam imej melalui kamera telefon anda.
Google Translate menawarkan terjemahan langsung, walaupun sesetengah bahasa memerlukan pek bahasa yang boleh dimuat turun.
- Pilih bahasa sumber dan bahasa sasaran dan kemudian ketik ikon kamera.
- Halakan kamera peranti anda pada tanda, menu atau dokumen yang ditulis dalam bahasa sumber.
- Sebaik sahaja aplikasi mampu mengecam teks, terjemahan perkataan dalam imej tersebut akan dipaparkan terus pada imej yang boleh dilihat terus pada skrin.