Goh Sze Fei, Naib Juara Kejohanan Asia 2024 (Beregu)

Siapa yang tidak kenal dengan Goh Sze Fei, pemain badminton beregu negara yang bergandingan dengan pasangannya Nur Izzudin.

Baru-baru ini, beliau telah membanggakan Malaysia apabila dinobatkan sebagai Naib Juara Kejohanan Asia 2024.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Goh Sze Fei.

Baca juga:

Latar Belakang

NamaGoh Sze Fei
Nama PanggilanGoh Sze Fei
Tarikh Lahir18 Ogos 1997
Tempat LahirMelaka
PekerjaanAtlet badminton
Pasangan BereguNur Izzudin
JurulatihFlandy Limpele dan Rexy Mainaky
Tangan UtamaKanan
Ketinggian171 cm
Akaun Media SosialInstagram @gohszefei
Facebook @GohSzeFei
TikTok @gohszefei818

Kehidupan Peribadi

Goh Sze Fei dibesarkan dalam keluarga Cina Malaysia yang menetap di Tampin, Negeri Sembilan.

Beliau merupakan anak bongsu dari empat orang adik beradik. Menariknya, kesemua adik-beradiknya sangat meminati sukan badminton.

Bahkan bang sulung Goh (Goh Sze Boon) dan abang kedua (Goh Sze Ann) juga pernah menjadi Pemain Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya & Profesional

Sze Fei mula bermain badminton ketika usia 7 tahun atas galakan dan pengaruh abangnya.

Ketika di bersekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar di Tampin, beliau berjaya direkrut menyertai Badminton Association of Malaysia untuk dilatih sebagai pemain Pasukan Kebangsaan Malaysia.

Jurulatih pertama yang melatih Sze Fei sejak muda ialah Goh Sai Chong. Pasangan beregu yang pernah beliau bergandingan sebelum ini termasuklah seperti Teoh Yi Xuan, Tan Kai Ge, Ng Kee Riang, dan terkini Nur Izzudin.

Beliau mula mencapai satu demi satu kejayaan setelah bergandingan dengan pasangan regunya iaitu Nur Izzudin.

Pencapaian terbaik beliau dan Izzudin ialah apabila menjadi juara di Terbuka Jerman 2022.

Berdasarkan portal BWF World Tour Finals, Sze Fei setakat ini telah mencatatkan sebanyak 166 kemenangan sepanjang karier. Beliau di tangga ke-15 dunia dalam ranking dunia untuk kategori beregu lelaki.

Ianya selepas gandingan Sze Fei-Nur Izzudin tewas di tangan pasangan nombor tiga dunia, Wei Keng-Wang Chang pada aksi final di Ningbo.

Pencapaian Goh Sze Fei

Sebagai pemain badminton beregu, Sze Fei telah berjaya mendapat pelbagai pingat dalam arena sukan badminton tanah air. Berikut adalah antaranya:

PertandinganKeputusanTahunAcara
Singapore InternationalJuara2016Beregu
Siri Antarabangsa VietnamNaib Juara2016Beregu
Antarabangsa SwitzerlandJuara2016Beregu
Siri Antarabangsa IndiaNaib Juara2016Beregu
Antarabangsa MalaysiaJuara2017Beregu
Master MalaysiaNaib Juara2017Beregu
Antarabangsa Terbuka Tata IndiaNaib Juara2018Beregu
Terbuka JermanJuara2022Beregu
Antarabangsa MalaysiaJuara2022Beregu
Master Abu DhabiJuara2023Beregu
Master Victor KaohsiungJuara2023Beregu
Yonex US OpenJuara2023Beregu
Master Ruichang ChinaNaib Juara2023Beregu
Piala ThomasGangsa2024Beregu
Bank of Ningbo Badminton AsiaNaib Juara2024Beregu

Fakta Menarik Mengenai Goh Sze Fei

  • Kedua-dua abangnya merupakan bekas Pemain Badminton Kebangsaan iaitu Goh Sze Boon dan Goh Sze Ann.
  • Aktif di media sosial.
  • Mempunyai pengikut seramai 100 ribu orang di Instagram, dan 5.1 ribu di Facebook.

Tahniah Goh Sze Fei! Semoga kejayaan dan pencapaian cemerlang anda menjadi inspirasi buat anak-anak muda diluar sana yang minat untuk memajukan sukan badminton tanah air.

Sumber:

  1. Instagram @gohszefei
  2. Goh Sze Fei. BWF World Tour Finals
Bantu kami share artikel ini: