Urusan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) Tahun 2025 kini telah dibuka untuk menerima permohonan daripada Kementerian mahupun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Penjawat awam yang telah memenuhi syarat sepertimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian PP.1.3.4 Pemberian Awal Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR), boleh membuat permohonan ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 hingga 30 September 2025.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) 2025 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam?
GCR adalah satu kemudahan disediakan kerajaan, berbentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.
Rujuk surat edaran di bawah mengenai info terkini Gantian Cuti Rehat (GCR) Penjawat Awam 2025.
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan secara hard copy boleh dibuat ke Bahagian Pencen JPA melalui Kementerian / SUK mulai 1 Mei 2025 hingga 30 September 2025.
Permohonan secara dalam talian buat masa ini ditangguhkan.
Kadar Maksimum Award Wang Tunai GCR 2025
Berdasarkan Belanjawan 2023, kadar maksimum pengumpulan GCR dinaikkan daripada 160 hari kepada 180 hari. Perubahan ini masih berkuat kuasa pada 2025 melainkan terdapat pinda baru yang diumumkan kerajaan.
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2023 telah bersetuju:
- Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari.
- Kenaikan kadar maksimum GCR daripada 160 hari kepada 180 hari
Pemberian Awal Award Wang Tunai
Penjawat awam layak menebus sehingga 90 hari GCR secara awal sebelum bersara jika memenuhi syarat berikut:
- Kelulusan Ketua Jabatan
- Tempoh perkhidmatan minimum 15 tahun
- Umur sekurang-kurangnya 45 tahun
- Jumlah GCR terkumpul ≥90 hari
- Bebas tindakan tatatertib/jenayah
Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- (a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun
- (b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat
- (c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari
- (d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib
- (e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.
Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai.
Cara Kira GCR Penjawat Awam
Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1)Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Jabatan/Pegawai boleh merujuk kepada Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk pemahaman lanjut.
Pengiraan Award GCR adalah menggunakan formula berikut:
1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR
Untuk memudahkan anda membuat pengiraan, anda boleh gunakan kalkulator online berikut: https://award-gcr.jpa.gov.my/calculator
Dikongsikan Montaj Perhimpunan Bulanan JPA November 2021 hari ini bertemakan Gantian Cuti Rehat (GCR): Kira Betul-Betul!
Cara Permohonan dan Kelulusan GCR
Untuk memohon Gantian Cuti Rehat,
- Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
- Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.
Dokumen yang diperlukan:
- 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
- 1 salinan kenyataan cuti
- 2 salinan penyata kiraan cuti
- 1 salinan kad pengenalan
- 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
Baca juga:
- Pinjaman LPPSA : Cara Permohonan Online, Semakan Status & Baki
- AKPK: Cara Semakan Baki Penyata & Bayaran Online
FAQ – Soalan Lazim GCR
Muat turun PDF di bawah untuk mengetahui soalan-soalan lazim mengenai Gantian Cuti Rehat 2025:
Anda juga boleh muat turun:
1. Surat Edaran GCR 2025: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-permohonan-pemberian-awal-award-wang-tunai-gcr-tahun-2025
2. MyPPSM Ceraian PP.1 – Persaraan Faedah Persaraan
- Ceraian PP.1.3.1 : Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
- Ceraian PP.1.3.3 : Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
- Ceraian PP.1.3.4 : Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
3. Soalan Lazim
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut tentang Gantian Cuti Rehat (GCR) ini, sila rujuk ke Portal JPA di pautan berikut: https://www.jpa.gov.my/
Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke [email protected].