Gaji Jun 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

gaji jun 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Untuk bulan Jun 2024, penjawat awam yang bekerja dalam sektor awal bakal menerima gaji mereka pada tarikh yang ditetapkan.

Penentuan tarikh pembayaran gaji tersebut telah dikeluarkan menerusi jadual tarikh pembayaran gaji oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Oleh itu, penjawat awam adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual tarikh pembayaran gaji yang telah dikeluarkan.

Mengenai e-Penyata Gaji

Untuk penjawat awam yang ingin mendapatkan penyata gaji mereka boleh mendapatkannya secara online menerusi sistem e-Penyata Gaji.

Sistem ini digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu. 

Walau bagaimanapun, sistem ini hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja: 

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan 
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Tarikh Bayaran Gaji Jun 2024

Bagi jadual tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut.

Untuk bayaran gaji Jun 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 13 Jun 2024 iaitu pada hari Khamis.

Pembayaran gaji tersebut dibuat awal disebabkan umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji pada 17 dan 18 Jun 2024 iaitu pada hari Isnin dan Selasa.

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
gaji januari 2024 penjawat awam
Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Penjawat awam di Malaysia menerima berita gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

Peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

Sebelum ini, kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus sahaja.

Kenaikan gaji mulai Disember 2024 ini akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut