FPSP ASNB: Pelaburan ‘Financial Planning Solution Package’

asb fpsp
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Tahukah anda, ASNB kini menawarkan pelaburan menerusi ‘Financial Planning Solution Package’ (FPSP).

FPSP adalah gabungan pelaburan antara unit amanah harga tetap dan harga berubah bagi membuka peluang lebih besar untuk potensi pertumbuhan pelaburan anda di ASNB.

Pakej terbaharu ini kini tersedia secara online di portal myASNB.

Jom ketahui lebih lanjut tentangnya melalui artikel ini.

Apakah FPSP ASNB?

‘Financial Planning Solution Package’ ini menawarkan gabungan dana unit amanah harga tetap dan harga berubah ASNB yang sedia ada iaitu ASB dan ASN Sara 2 pada nisbah 90% ASB dan 10% ASN Sara 2.

Dengan pakej ini, pelabur juga mendapat promosi caj jualan ASN Sara 2 pada kadar 1.0%.

Jadi, mengapa anda perlu mengambil peluang ini?

Berikut adalah antara kelebihan pakej tersebut:

fpsp asnb

Baca juga: Zakat Fitrah: Syarat Wajib, Kadar Bayaran Setiap Negeri Di Malaysia 2021

Tempoh Kempen

Dapatkan promosi caj jualan untuk unit amanah harga berubah bagi pakej yang ditawarkan.

Tempoh kempen sah sehingga 20 Disember 2021 ini.

Pakej Yang Ditawarkan

fpsp asnb

PAKEJ 1 : ASB + ASN SARA 2

Nilai Pelaburan:Dari RM10,000
Nisbah Pelaburan:90%10%
Contoh:
(Jumlah Pelaburan: RM10,000)
RM9,000RM1,000
Caj Jualan:1.0%

*Caj Jualan Biasa : myASNB @1.5%, kaunter @ 3.5%

Tawaran sah bermula 2 Februari hingga 20 Disember 2021

Hanya kepada pelabur Bumiputera sahaja

PAKEJ 2 : ASM + ASN EQUITY 5

Nilai Pelaburan:Dari RM10,000
Nisbah Pelaburan:50%50%
Contoh:
(Jumlah Pelaburan: RM10,000)
RM5,000RM5,000
Caj Jualan:2.00%

*Tawaran Sah: 1 April – 30 Jun 2021

Tertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap

PAKEJ 3 : ASM + ASN IMBANG 3 GLOBAL

Nilai Pelaburan:Dari RM10,000
Nisbah Pelaburan:50%50%
Contoh:
(Jumlah Pelaburan: RM10,000)
RM5,000RM5,000
Caj Jualan:1.75%

Tawaran Sah: 1 April – 30 Jun 2021

Tertakluk kepada ketersediaan unit amanah harga tetap

Siapa Yang Layak?

  • Semua pemegang unit ASNB yang memenuhi kriteria kelayakan dana unit amanah yang ditawarkan mengikut kempen Pakej FPSP.
  • Pemegang unit yang tidak mempunyai pelaburan dalam dana harga berubah terpilih hendaklah membuat pelaburan permulaan terlebih dahulu.

Baca juga: Cara Aktifkan Semula myASNB Online (Akaun Dorman ASB)

Cara Mendaftar / Membuat Pelaburan FPSP ASNB

i) Secara dalam talian dengan myASNB

  1.  Log masuk ke portal myASNB di www.myasnb.com.my
  2. Klik ‘Portfolio’
  3. Skrol ke ruangan ‘Ingin melabur dalam Financial Planning Solution Package?’
  4. Klik “Beli di sini”
  5. Klik “Beli sekarang” pada pakej yang dipilih.
  6. Ikuti langkah seterusnya untuk melengkapkan transaksi anda.

ii) Secara manual di Kaunter ASNB

FPSP juga boleh dilanggan di kaunter Cawangan dan Ejen-ejen ASNB di seluruh negara.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut serta terma dan syarat, sila layari https://www.asnb.com.my/FPSP.php

Rujuk Soalan Lazim di sini: https://www.asnb.com.my/img/FPSP/FAQ%20-%20PAKEJ%201%20FPSP%20-%20BM.pdf

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut