Food Hunting Di Penang: 20+ Pilihan Tempat Makan Terbaik!

Food Hunting Di Penang
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kalau anda suka food hunting, Penang adalah antara destinasi terbaik di Malaysia yang anda wajib pergi. 

Ada banyak sangat pilihan tempat makan di Penang yang sedap-sedap dan berbaloi untuk dicuba. Termasuklah makanan-makanan yang trendy dan viral. Fuh, memang jenuh nak pilih singgah yang mana satu!

Tapi, jangan risau. Kami dah buat satu senarai yang terdiri lebih daripada 20 pilihan tempat makan dan makanan untuk anda cuba semasa food hunting di Penang. 

Tunggu apa lagi, mari kita mulakan!

BACA JUGA: Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk

20+ Pilihan Food Hunting Di Penang

1. Roti Bakar Hutton Lane

Alamat: Lebuh Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 5 AM – 1.30 PM

Mulakan pagi anda dengan sarapan di Roti Bakar Hutton Lane ini. Tempat ni memang popular, jadi memang ramai orang beratur. 

Anda kena datang beratur awal. Bila? Sebaiknya sebelum pukul 8 pagi, lagi-lagi kalau hari cuti. Tapi tak lama pun nak tunggu makanan.

Di sini ada pelbagai pilihan roti dan roti bakar yang rangup, wangi dan sedap yang anda boleh pilih. 

Antara menu yang popular ialah roti bakar telur goyang cheese, roti bakar kaya butter, roti bakar yakun, roti canai banjir dan beberapa lagi. Selain roti, ada juga nasi dalca dijual untuk mereka yang nak makan menu nasi.

Jangan lupa pesan sekali secawan kopi ‘kaw’ atau teh tarik panas untuk melengkapi sarapan anda. 

2. Fruitmade, Georgetown

Alamat: 6, Cannon St, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia

Waktu Operasi: 11 AM – 6.30 PM

Cuaca panas-panas ni, kalau dapat makan aiskrim, smoothie bowl atau minum ice blended di Fruitmade Georgetown memang nikmat betul!

Selain ais krim, smoothie bowl dan ice blended, ada lagi beberapa menu lain turut dijual di sini. Yang pasti, hampir semua menu dekat sini gunakan buah sebagai bahan asasnya. Jadi, rasanya memang menyegarkan. 

3. Food Court Bukit Bendera

Alamat: Penang Hill, Bukit Bendera, Penang

Waktu Operasi: 9 AM – 10 PM

Bukit Bendera, adalah salah satu tempat menarik di Penang yang wajib anda kunjungi. Di Bukit Bendera ni ada food court. 

Jadi, kalau dah penat berjalan, dan nak isi perut dengan makanan tempatan Penang, anda boleh singgah di Food Court Bukit Bendera ini. 

Food court ini menyediakan pelbagai pilihan makanan tempatan yang lazat pada harga yang berpatutan. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan yang cukup popular di Penang. 

Contohnya seperti Char Kuey Teow yang dimasak dengan api yang kuat. Rasa ‘wok hei’ nya yang khas memang padu!

Selain itu, menu lain seperti nasi goreng, mee kari dan laksa penang pun ada dijual. Ada banyak pilihan makanan lagi yang anda boleh pilih. Memang tak perlu risaulah bab makan dekat bukit Bendera ni. 

Selain makanan berat, di food court juga ada jual macam-macam jenis pencuci mulut dan makanan ringan. Ada cendol, ais kacang, jus buah, mango ice, sotong kangkung, cucur udang dan sebagainya.

4. Kopi Hutan

Alamat: Bukit Bendera, Penang

Waktu Operasi: 9 AM- 5.30 PM

Selain food court, anda juga boleh singgah di Kopi Hutan yang juga terletak di Bukit Bendera ini. Kafe kecil ini menawarkan kopi premium yang disediakan dengan penuh teliti. 

Selain kopi, ada juga menu minuman lain dijual seperti coklat panas, teh, dan minuman soda. Anda boleh menikmatinya bersama kek, pai ayam, atau sandwich. Kerepek ubi pun ada!

Suasana di kafe ini memang tenang, dekat dengan alam, dan paling penting, instagrammable! 

5. Dim Sum Valet

Alamat: 16, Lebuh Keng Kwee, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 9 AM–6 PM

Dim Sum Valet juga salah satu restoran di Pulau Pinang yang anda boleh kena masukkan dalam itinerari anda. Restoran ini memang popular, jadi anda memang tak boleh skip la bila datang Penang. 

Di sini ada lebih kurang 50 pilihan dim sum yang anda boleh pilih sendiri. Satu pinggan kecil dim sum tu harganya dalam RM4.80 macam tu. Anda boleh pilih sebanyak mungkin yang anda mahukan. 

Selain Dim Sum, anda juga boleh pesan kuey teow, mee goreng, char wantan dan macam-macam lagi. Semua makanan kat sini halal ya. 

Sekali pergi, mesti nak repeat!

6. Transfer Road Roti Canai

Alamat: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 7 AM–12 PM

Kalau anda penggemar roti canai, Roti Canai Transfer Road ini adalah tempat wajib untuk anda kunjungi di Penang. 

Kedai ini sangat terkenal dengan roti canai yang lembut di dalam dan rangup di luar. Ia disajikan bersama kuah kari yang pekat dan lazat.

Antara menu istimewa di sini ialah roti canai dan roti telur yang boleh dicampur ayam atau daging. Selain roti canai, ada juga pilihan menu sarapan lain seperti nasi lemak.

Disebabkan kedai ni memang agak popular di Penang, anda mungkin perlu menunggu sedikit masa terutama pada waktu pagi atau hujung minggu. Tapi percayalah, penantian itu berbaloi! 

7. Ais Tingkap Georgetown

Alamat:  Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11 AM – 7 PM

Seterusnya, lokasi food hunting di Penang yang anda tidak boleh lepaskan ialah Ais Tingkap Georgetown. Kedai ini terkenal dengan minuman yang dikenali sebagai Ais Tingkap atau Air Sarbat, yang menjadi kegemaran ramai sejak zaman dahulu lagi. 

Ais Tingkap atau Air Sarbat ini sebenarnya adalah air sirap yang dicampurkan bersama selasih, isi kelapa dan ais kepal. Anda boleh pilih nak yang nak yang biasa, atau tambah lemon dan laici. Harga satu cup, RM5 untuk yang besar. 

Selain Ais Tingkap, kedai ini turut menyediakan pelbagai pilihan minuman dan makanan lain seperti Ais Kacang, Cendol, Ais Honey Lemon Laici, serta Nasi Lemak untuk mereka yang ingin mengisi perut.

Selain itu, anda juga boleh cuba minuman lain seperti Ais Kacang, Cendol, Ais Honey Lemon Laici serta Nasi Lemak.

8. Nasi Kandar Deen Maju

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12 PM – 10 PM

Tak lengkaplah food hunting anda di Penang kalau tak singgah makan nasi kandar di restoran Nasi Kandar Deen Maju. 

Restoran ini adalah salah satu restoran nasi kandar yang terbaik dan popular di Penang. Jadi, jangan terkejut kalau tengok barisan panjang di luar kedai, terutama pada waktu makan tengah hari. Tapi jangan risau, staf restoran ni memang cekap, barisan panjang pun tak tunggu lama sangat. 

Apa yang menjadikan Deen Maju istimewa adalah kombinasi harga yang berpatutan dan kualiti makanan yang tiada tandingan.

Untuk merasai nasi kandar yang padu, anda boleh minta kuah campur atau kuah banjir. Apa pun, pastikan anda datang awal sebab menjelang petang biasanya banyak lauk dah habis. Terutamanya, menu popular seperti ayam goreng berempah.

9. Disco Pasembur Stall No 09, Anjung Gurney

Alamat: No.9,Persiaran Gurney.T.P.S Gurney Drive(Baru),Menara Sunrise, Township, 10350 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 2:30 PM–12:30 AM

Seterusnya, lokasi food hunting di Penang yang anda juga tidak boleh lepaskan ialah Disco Pasembur di Anjung Gurney. 

Gerai ini terkenal bukan sahaja kerana hidangan pasembur yang lazat, tetapi juga kerana suasana gerai yang meriah dan layanan pantas pemiliknya.

Sumber: https://georgetowncity.my/ 

Ada banyak pilihan untuk melengkapkan hidangan pasembur anda dekat sini, contohnya tauhu, sotong, udang goreng, telur rebus, sayur-sayuran segar, jemput-jemput dan macam-macam lagi. Memang puas hati!

10. Ais Kepal Payung – Armenian Street

Alamat:  Lorong Soo Hong, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 10 AM–7 PM

Ais Kepal Payung di Armenian Street memang menjadi destinasi wajib bagi pencinta makanan jalanan di Penang. 

Disajikan dengan kreatif, ia sangat sesuai untuk menghilangkan dahaga sambil meneroka kawasan bersejarah Armenian Street.

Salah satu menu popular di gerai ini adalah ais kepal pelanginya, yang diisi dengan ais krim vanilla sebagai ‘inti’ ais kepal. 

11. Nurul Ikan Bakar Special Penang

Alamat: Tun Dr. Lim Chong Eu Hwy, 10100 Gelugor, Penang

Waktu Operasi: 5 PM – 1 AM

Nurul Ikan Bakar Special di Penang ni memang tempat yang best untuk makan makanan laut yang segar, terutamanya ikan bakar. 

Selain ikan bakar, terdapat pelbagai jenis menu lain yang contohnya udang mentega, sate, sotong kangkung, tomyam,  dan sebagainya. Malah untuk budak-budak yang tak suka seafood pun ada pilihan macam nugget dan kentang goreng.

Suasana kat sini pun best, santai je. Sesuai untuk family outing atau lepak dengan kawan-kawan. Servis pun laju, tempat pun bersih, dan yang paling penting – harga berpatutan! s

12. Kedai Makan Lidiana – Nasi Campur

Alamat: Medan selera, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 7:30 AM–3 PM

Kedai Makan Lidiana di Penang ni salah satu port makan terbaik di Penang kalau nak makan nasi campur Melayu yang sedap dan berbaloi. 

Tips, kalau korang nak datang, baik sampai sebelum pukul 11.30 pagi sebab lepas tu mesti dah sesak dengan orang ramai yang nak makan tengah hari. 

Menu di sini memang pelbagai, ada ayam goreng, lauk-pauk macam kari ikan, sotong goreng, dan sayur-sayuran. Harga pun berpatutan dengan kuantitinya. 

13. Vegan Falafel Penang

Alamat:  363, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: 12 PM – 2 AM

Di Vegan Falafel Penang, anda boleh menikmati falafel yang 100% berasaskan tumbuhan. Hidangan ini dibuat dari kacang kuda yang digoreng rangup, disajikan dengan roti pita dan sos tahini. 

Tempat ini sesuai bagi penggemar makanan sihat dan vegetarian yang mencari pilihan hidangan enak dan berkhasiat.

Dengan suasana yang mesra dan menu yang pelbagai, Vegan Falafel Penang menjadi pilihan popular untuk mereka yang ingin menikmati makanan sihat tanpa mengorbankan rasa.

14. Al Bismi Soup Padang Brown

Alamat: No 39, KOMPLEKS MAKANAN PADANG BROWN, PADANG BROWN, 10150 Gelugor, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 3 PM – 11 PM

Al Bismi Soup Padang Brown di George Town wajib ada dalam senarai food hunting di Penang anda. 

Terletak di dalam kompleks hawker Padang Brown, gerai ini terkenal dengan sup kambing yang pekat dan beraroma, disajikan dengan roti yang lembut. 

Sumber: @raffiyahya

Ada pelbagai jenis sup boleh dipilih seperti sup daging, tulang, da@n perut, semuanya dimasak dengan rempah yang kaya dan penuh rasa. Selain sup, menu lain pun ada. 

Jika anda mencari sesuatu yang menyegarkan dan memuaskan pada waktu malam, Al Bismi Soup adalah pilihan yang tepat! 

15. Kang’s Soya Bean Milk (Chowrasta Market)

Alamat: Jalan Chowrasta, George Town

Waktu Operasi: 7 AM – 11.30 AM

Susu kacang soya di sini disediakan dengan menggunakan biji soya berkualiti tinggi, jadi rasanya memang sedap kaw-kaw!

Anda boleh minta nak manis atau kurang manis. Selain susu soya, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan lain seperti tauhu fah dan beancurd yang dijual dengan harga yang berpatutan. 

16. Penang Road Famous Laksa, Lebuh Keng Kwee

Alamat: 5-7, Lebuh Keng Kwee, George Town

Waktu Operasi: 9 AM – 5:30 PM

Penang Road Famous Laksa di Lebuh Keng Kwee adalah lokasi ideal bagi pencinta makanan yang ingin merasai keaslian Laksa Penang. 

Setiap suapan mengandungi mi lai fun yang lembut dan bouncy, disajikan dengan potongan sayur segar seperti timun, nanas, dan daun pudina, menjadikannya hidangan yang cukup menarik. 

Selain Laksa Penang, di sini juga ada menu lain seperti Char Koay Teow, Oyster Omelette dan sebagainya. 

17. Nasi Kandar Sulaiman

Alamat: 739, Jalan Air Itam, 10460 George Town

Waktu Operasi: 6:30 AM–2:30 PM

Restoran nasi kandar seterusnya yang anda mesti pergi bila berkunjung ke Penang ialah Nasi Kandar Sulaiman. 

Nasi Kandar Sulaiman menyajikan hidangan nasi kandar yang terkenal dengan kuah kari yang pekat dan lauk-pauk yang melimpah ruah.

Dengan harga yang berpatutan dan rasa yang tiada tandingan, Nasi Kandar Sulaiman pasti akan memuaskan selera anda!

18. Urban Artisan Cafe 

Alamat: 122-C, Jalan Burma, George Town

Waktu Operasi: 1–9 PM

Urban Artisan Cafe Penang menawarkan pelbagai pilihan ais krim yang lazat dan kreatif. Dari soft serve yang lembut hingga bubble waffle yang rangup. 

Suasana kafe yang ceria dan moden menjadikannya tempat yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati pencuci mulut selepas menjelajahi keindahan George Town.

Jangan lupa untuk mengambil gambar dengan latar belakang kafe yang Instagrammable untuk menambah kenangan indah anda di Penang!

19. Kareem Pasembur

Alamat:  7, Lebuh Union, George Town

Waktu Operasi: 11 AM–6 PM

Kalau mai Penang tak singgah Kareem Pasembur, memang rugi. Kareem pasembur ni salah satu gerai pasembur legend dekat Penang. Ada banyak pilihan anda boleh pilih, dan rasanya memang surr!

Lokasinya betul-betul terletak depan Maybank di Union Street. Mudah je nak cari, yang ramai orang tu haa itulah dia. 

20. Atelier Coffee Stand

Alamat:  25, Lbh Armenian, George Town

Waktu Operasi: 10:30 AM–6:30 PM

Di Penang ada banyak kedai kopi yang menarik untuk dicuba, salah satunya ialah Atelier Coffee Stand. Kedai kopi ini menawarkan pelbagai pilihan kopi  termasuk espresso dan latte. Minum bukan kopi pun ada. 

Lokasinya agak strategik, anda boleh singgah di sini untuk menikmati kopi sambil menikmati seni jalanan yang mengagumkan di kawasan sekitar.

21. Roti Langit Bandung

Alamat: 278, Beach St, Georgetown

Waktu Operasi: 10 AM–7 PM

Bagi sesiapa yang gemar food hunting di Penang, anda wajib rasa Roti Bandung yang dijual di sini.  Gerai ini terkenal sebagai gerai yang pertama di pulau ini menyajikan roti Bandung dengan pelbagai kombinasi topping yang menggoda selera.

Sumber: Penang Foodie

Topping-toping ini memberikan rasa yang lebih istimewa dan menjadikan roti bakar di sini sangat berbeza daripada roti bakar tradisional. Roti yang digunakan juga sangat gebu dan rangup, menjadikan setiap suapan begitu memuaskan.

Selain roti bakar, Roti Langit Bandung juga menawarkan pilihan minuman yang menyegarkan seperti Bandung (minuman ros yang manis) dan Teh Tarik. 

Penutup

Penang sememangnya destinasi terbaik untuk food hunting. Ada banyak sangat pilihan yang anda boleh pilih mengikut selera, bajet dan citarasa anda. Semoga artikel ini membantu anda untuk food hunting di Penang. 

Selamat menjamu selera!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut