Famili Duo 3 (2023) LIVE Minggu 3, Lagu & Markah Peserta

Program hiburan Famili Duo kembali lagi buat musim ketiga dan dikenali sebagai Famili Duo 3 (FD3).

Program realiti ini dianggap unik kerana para pesertanya terdiri dari dua individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan seperti suami isteri, adik beradik, sepupu dan sebagainya.

Pada musim lalu, program hiburan ini berjaya mencetus fenomena apabila berjaya meraih lapan juta penonton.

Senarai Peserta Famili Duo Musim 3 / 2023

Pada sidang media Famili Duo 3, hanya lima pasangan diperkenalkan kepada umum, manakala identiti pasangan keenam hanya didedahkan pada episod pertama program yang bakal memulakan siarannya 15 Oktober ini.

Berikut merupakan senarai peserta FD3:

  1. Shila Amzah dan Syahir Amzah (adik-beradik)
  2. Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik)
  3. Fuad Rahman dan Tom (suami isteri)
  4. Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik)
  5. Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu)
  6. Sharif & Syaiful Zero (adik-beradik)

Penyertaan pempengaruh popular, Ryan Bakery bersama adiknya dianggap mengejutkan memandangkan kedua-duanya bukanlah penyanyi.

Pasangan duo keenam yang belum diumumkan juga merupakan satu kejutan memandangkan mereka juga bukanlah dari kalangan penyanyi.

famili duo 2023

Tonton Famili Duo 3 dengan pengalaman lebih mengasyikkan dengan TV Xiaomi 4K UHD yang dikuasakan dengan sistem audio Dolby Vision

Juri pertandingan

Ajai dan Mas Idayu kekal sebagai juri Famili Duo 3

Pengacara

Izzue Islam dan Janna Nick terus diberi kepercayaan menjadi pengacara bagi Famili Duo 3 ini.

Format Pertandingan & Hadiah

Pemenang mingguan Famili Duo 3 ditentukan oleh juri tetap sebanyak 70 peratus dan undian dalam talian melalui Tonton (30 peratus).

Setiap penonton boleh membuat undian sebanyak 10 kali setiap minggu, manakala penonton melanggan TontonUP pula mendapat kelebihan istimewa apabila boleh mengundi duo kegemaran sebanyak 50 undian.

Enam pasangan selebriti akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti menerusi tema berbeza setiap minggu.

Untuk edisi kali ini, pasangan yang menjadi juaran mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama.

Seterusnya, finalis di pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

tonton Famili Duo 3

Masa Tayangan dan Siaran Langsung Famili Duo 3 / 2023 (Live Streaming TV3)

Famili Duo 3 ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di TV3.

Selain itu, anda juga boleh menonton FD3 secara siaran langsung dengan menstrim langsung di https://www.xtra.com.my/live-tv/ atau secara HD melalui Tonton di https://www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun di Google Play atau App Store.

LIVE streaming TV3 secara percuma di https://www.xtra.com.my/live-tv/

Highlight Persembahan Mingguan & Keputusan Markah Peserta

#FamiliDuo2023 Minggu 1

  1. Sharif & Syaiful – 55.4%
  2. Shila Amzah & Syahir – 49.1%
  3. Ryan & Adam Bakery – 42.2%
  4. Tom & Fuad – 41.3%
  5. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 37.8%
  6. Adira & Emma Suhaimi – 36.2%

Lihat highlights persembahan setiap duo dalam video di Youtube F8Buzz

#FamiliDuo2023 Minggu 2

  1. Haqiem Rusli & Ariff Bahran 60.9%
  2. Adira & Emma Suhaimi 45.3%
  3. Shila Amzah & Syahir 45.4%
  4. Sharif & Syaiful 33.1%
  5. Tom & Fuad 32.8%
  6. Ryan & Adam Bakery 22.5%

Highlight persembahan peserta & komen juri pada Minggu 2:

#FamiliDuo2023 Minggu 3

Korang dah ready ke nak tengok dorang perform untuk minggu ke tiga malam ni?! Malam ni tema rock tau! Kita kasi pecah malam ni okay!

PLAYLIST MINGGU 3

  1. Tiada Tangis Lagi (Ella) & Hukum Karma (Wings) – Adira & Emma
  2. Kamelia (Sweet Charity) & Cinda (Siti Nurhaliza) – Haqiem Rusli & Ariff Bahran
  3. In The End, Bring Me to Life & She’s Gone – Shila Amzah & Syahir
  4. Cinta (Marsha) & Enter Sandman (Metallica) – Tom & Fuad Rahman
  5. Sekelip Mata Kau Berubah (Lestari) & Bujang Senang (Wings) – Syaiful & Sharif Zero
  6. Dari Sinar Mata, Cinta Bandar Tasik Selatan Cinta Dewa Dewi & Pencuri Hati – Ryan Bakery & Adam

Kedudukan #FamiliDuo Minggu 3

  • 1. Adira & Emma Suhaimi – 62.9
  • 2. Sharif & Syaiful Zero – 60.9
  • 3. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 55.5
  • 4. Tom & Fuad Rahman – 45.0
  • 5. Ryan & Adam Bakery – 43.3
  • 6. Shila Amzah & Syahir – 42.5

Untuk update terkini, sila ikuti saluran berikut:

Artikel berkaitan: Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!