Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2025.
Bagi yang pertama kali ingin mengisi e-Filing, di sini kami kongsikan langkah-langkahnya.
Tarikh Mula e-Filing 2025 Bagi Tahun Taksiran 2024
Dalam sebuah kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraaan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2025.
Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil.
Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.
Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan eFiling, mereka boleh menghubungi Hasil Care di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.
Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.
Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.
Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengidi e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan.
KENYATAAN MEDIA RASMI LHDN : PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2025
28 FEBRUARI 2025
Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama
Berikut adalah langkah-langkah mengisi e-Filing online melalui Portal myTax.
- SISTEM TAKSIR SENDIRI
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.
Taksiran sendiri bermaksud pembayar cukai dikehendaki oleh undang-undang untuk menentukan pendapatan yang dikenakan cukai, mengira cukai pendapatan yang dikenakan dan menghantar borang cukai pendapatan serta membuat bayaran cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.
Tiada notis taksiran akan dikeluarkan di bawah sistem ini. Borang cukai pendapatan yang dihantar oleh pembayar cukai merupakan notis taksiran
Borang berikut digunakan bagi melaporkan pendapatan:
- Borang BE : borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan penggajian dan pendapatan lain (tidak termasuk perniagaan)
- Borang B : borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain
- Borang M : borang pelaporan cukai bagi individu bukan pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain
Taraf mastautin merujuk kepada status individu seperti tertakluk kepada Seksyen 7, ACP 1967
2. SISTEM CUKAI MUKTAMAD
Pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDNM. Jika pilihan telah dibuat, iaitu tidak mengemukakan BNCP, maka PCB yang telah dipotong oleh majikan adalah dianggap sebagai Cukai Muktamad. Layanan Cukai Muktamad ini berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2014.
Kelayakan Pembayar Cukai:
- Bekerja hanya dengan satu majikan.
- Suami atau isteri tidak membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 ACP.
- PCB dipotong mengikut Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 (KKCP) atau tiada PCB dipotong kerana pendapatan di bawah tahap dikenakan potongan (PCB kosong). Majikan diwajibkan membuat PCB atas MBB dan NTK.
- Berkhidmat dengan majikan yang sama untuk tempoh kurang daripada 12 bulan.
- Pekerja yang baru memulakan penggajian dan kurang 12 bulan dalam tahun taksiran berkenaan
- Semua pendapatan penggajian yang diterima bagi tempoh tertentu dalam tahun semasa termasuk apa-apa pendapatan penggajian tahun kebelakangan yang dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1) ACP. seperti :
- gaji,
- upah,
- tip,
- elaun,
- komisen,
- kerja lebih masa,
- bonus/insentif,
- perkuisit,
- skim opsyen saham pekerja,
- cukai yang ditanggung oleh majikan,
- yuran pengarah,
- ganjaran termasuk bayaran tertunda di atas pemberhentian penggajian (tidak mendapat pengecualian di bawah mana-mana peruntukan akta),
- gaji cuti yang diterima sebagai pendahuluan dalam kes pemberhentian,
- saraan lain berkaitan penggajian.
- Seseorang individu berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia yang mana beliau bukan pemastautin pada tahun berikutnya, pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu tersebut meninggalkan Malaysia selama-lamanya sebagaimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP.
- Kriteria Individu :
- Berhenti kerja
- Meninggalkan Malaysia
- Bukan pemastautin pada tahun yang berikutnya, boleh membuat pilihan:
- Peruntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu meninggalkan Malaysia
- Peruntukan di bawah subseksyen 25(1) ACP
- Pendapatan penggajian akan dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima.
LANGKAH 1
Mulai 1 Januari 2024, permohonan TIN individu hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bagi kategori berikut:
BIL. | KATEGORI INDIVIDU | JENIS FAIL | DOKUMEN SOKONGAN |
1. | Bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap | IG | Salinan pasport / dokumen berkaitan seperti salinan pas lawatan, salinan kad UNHCR dan lain-lain yang mengesahkan identiti individu |
2. | Pemastautin Sementara | IG | Salinan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) |
Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:
- Layari Portal https://mytax.hasil.gov.my/
- Sila Pilih Nombor Pengenalan.
- Masukkan Nombor Pengenalan.
- Klik butang Hantar.
- Bagi individu yang pertama kali menggunakan e-Filing, sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud.
- Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu
- e-CP55D – permohonan di laman web MyTax
- e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan Aplikasi MyTax di telefon bimbit
- *rujuk panduan terperinci melalui infografik di bawah
- Sila klik URL pengaktifan yang dihantar melalui emel. Setelah selesai menjana Sijil Digital, anda boleh log masuk MyTax menggunakan No Pengenalan dan Kata Laluan yang telah ditetapkan tadi.
- Selesai mendaftar, anda bolehlah mula mengisytiharkan pendapatan melalui sistem e-filing.
[ INFOGRAFIK ] Log Masuk Kali Pertama Ke Aplikasi MyTax
- Layari Portal https://mytax.hasil.gov.my/
- Sila Pilih Nombor Pengenalan.
- Masukkan Nombor Pengenalan.
- Klik butang Hantar.
- Bagi individu yang pertama kali menggunakan e-Filing, sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud.
- Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu
- e-CP55D – permohonan di laman web MyTax
- e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan Aplikasi MyTax di telefon bimbit
- *rujuk panduan terperinci melalui infografik di bawah
- Sila klik URL pengaktifan yang dihantar melalui emel. Setelah selesai menjana Sijil Digital, anda boleh log masuk MyTax menggunakan No Pengenalan dan Kata Laluan yang telah ditetapkan tadi.
- Selesai mendaftar, anda bolehlah mula mengisytiharkan pendapatan melalui sistem e-filing.
Anda boleh rujuk panduan video di bawah:
LANGKAH 2
Di bawah ini ialah Contoh Borang CP55D (mesti dilampirkan sekali) & CP600B (Borang ini perlu dilampirkan jika alamat surat menyurat berbeza dengan IC. Jika tidak, tak perlu lampirkan).
LANGKAH 3
Login ke Portal e-filing MyTax di https://www.hasil.gov.my/ > e-Filing
Cari e-BE Tahun Taksiran 2024. Rujuk paparan di papan pemuka dalam gambar di bawah.
Isi maklumat diri dan juga pasangan.
Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.
LANGKAH 4
Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).
Sila rujuk infografik berikut untuk memudahkan anda :
LANGKAH 5
Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.
Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.
Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.
LANGKAH 6
Masukkan pelepasan cukai anda.
NOTA : Sila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2024 Untuk e-Filing 2025
LANGKAH 7
Semak rumusan.
Di sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai.
Jadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.
Dah semak, tekan Teruskan dan Hantar.
Selesai.
LANGKAH 8
Akhir sekali, anda boleh buat bayaran jika ada terkurang bayaran cukai (baki cukai kena dibayar). Bayaran ini telah ditolak daripada gaji oleh majikan melalui sistem e-PCB (Potongan Cukai Bulanan).
Manakala bagi pembayar cukai yang mempunyai lebihan bayaran, anda akan menerima lebihan tersebut dalam tempoh 30 hari selepas menghantar e-BE.
Bayaran Balik Cukai
Piagam Pelanggan LHDNM menetapkan tempoh bayaran balik lebihan cukai ialah :
- 30 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara e-Filing
- 90 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara pos atau serahan tangan
Prosedur pembayaran balik ini tertakluk kepada maklumat yang betul dan lengkap yang dilaporkan dalam Borang Nyata serta pengemukaan dokumen sokongan jika diperlukan bagi semakan.
Tidak Menerima Bayaran Balik
Pembayar cukai dinasihatkan untuk menghubungi Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai mereka sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas berhubung lebihan bayaran cukai SELEPAS tempoh yang dinyatakan di atas.
NOTA:
- Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2024 adalah 30 April 2025.
- Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
- BN selain Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU
- Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967.
- Borang E dan Borang P
- Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967
- BN selain Borang E dan Borang P
Sila rujuk panduan lengkap dan senarai checklist LHDN:
Ringkasan
- Borang BE digunakan untuk individu tanpa punca pendapatan perniagaan.
- Borang B digunakan untuk individu yang menjalankan perniagaan.
- Borang E digunakan oleh majikan untuk melaporkan pendapatan pekerja.
- Memilih borang yang tepat adalah penting untuk memastikan laporan cukai anda adalah sah dan sesuai dengan undang-undang percukaian Malaysia.
Bagi mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk nota penerangan yang disediakan oleh LHDN berikut:
Nota Penerangan BE 2024
Maklumat Lanjut e-filing 2025
Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk melalui pautan https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagi-tahun-2025.pdf
Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk di saluran berikut:
- Portal rasmi www.hasil.gov.my atau
- Pautan capaian pantas:
- Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.