eKYC Touch n Go – Cara Pengesahan Akaun Sebelum 20 Dis 2024

eKYC Touch n Go
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bermula 20 Disember 2024, setiap pengguna TNG eWallet diwajibkan untuk melakukan proses pengesahahan eKYC Touch n Go.

Langkah ini diambil untuk meningkatkan keselamatan pengguna dan memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan

Justeru, artikel ini akan menerangkan kepada anda langkah demi langkah untuk membuat pengesahan eKYC Touch n Go, kelebihannya, dan menjawab soalan-soalan lazim yang sering ditanya oleh pengguna.

Baca juga:

Apa itu eKYC Touch n Go ?

eKYC Touch n Go

eKYC Touch n Go (“Know Your Customer” elektronik) adalah proses pengesahan identiti secara elektronik yang dilaksanakan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Proses eKYC memerlukan anda memberikan maklumat seperti nama penuh, nombor ID, alamat, tarikh lahir, kewarganegaraan, jenis pekerjaan, nama majikan atau jenis perniagaan, nombor untuk dihubungi, dan tujuan transaksi.

Bila Pengesahan eKYC Touch n Go Bermula?

Pengesahan akaun eKYC ini berkuat kuasa bermula 20 Disember 2024. Justeru itu, setiap pengguna TNG eWallet diwajibkan untuk melengkapkan proses eKYC ini dengan segera.

Pengesahan akaun anda juga merupakan keperluan pengawalseliaan selaras dengan garis panduan Bank Negara Malaysia mengenai Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT).

Kelebihan eKYC Touch n Go

Dengan melengkapkan eKYC, anda dapat:

1. Meningkatkan Keselamatan Pengguna

  • eKYC membantu mengesahkan identiti pengguna secara digital, mengurangkan risiko penipuan dan akses tanpa kebenaran.

2. Mematuhi Peraturan dan Pengurusan Risiko

Pelaksanaan eKYC menunjukkan komitmen Touch ‘n Go eWallet terhadap pematuhan peraturan dan pengurusan risiko yang kukuh.

3. Mengakses Ciri Eksklusif

Pengguna yang telah melengkapkan eKYC akan mendapat akses kepada ciri tambahan seperti had baki eWallet yang lebih tinggi dan fungsi pemindahan wang.

Kesan Jika Tidak Melengkapkan eKYC

eKYC Touch n Go

1. Sekatan Akses

  • Pengguna yang tidak melengkapkan eKYC akan menghadapi sekatan akses secara berperingkat dan akhirnya kehilangan akses sepenuhnya kepada eWallet mereka.

2. Had Baki Rendah

Pengguna tanpa eKYC hanya boleh menyimpan baki eWallet yang rendah dan terhad kepada ciri asas seperti pembayaran dan tol.

Maklumat Yang Diperlukan

Semasa proses Pengesahan Akaun (eKYC), anda perlu memberikan dan mengisi maklumat peribadi seperti yang berikut:

  • Nama penuh
  • Nombor ID
  • Alamat
  • Tarikh Lahir
  • Kewargenegaraan
  • Jenis pekerjaan
  • Nama majikan atau jenis perniagaan
  • Nombor untuk dihubungi
  • Tujuan transaksi

Selain itu, anda juga mungkin diperlukan untuk memberi maklumat tambahan seperti sumber dana dan sumber kekayaan seiring dengan profil risiko pengguna.

Cara Pengesahan eKYC Touch n Go

Pengguna boleh membuat pengesahan akaun eWallet dengan menekan pada ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.

  • Untuk warganegara Malaysia, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau MyTentera untuk eKYC.
  • Untuk penduduk tetap Malaysia dan warganera lain, sila kemukakan pasport anda.

Selain itu, kami juga akan mengesahkan anda melalui gambar swafoto. TNGD memerlukan bukti identiti sebagai sebahagian dari keperluan Pengesahan Akaun (eKYC) untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga menghindari dari risiko kecurian identiti.

  1. Pergi ke ikon “Profile” di muka hadapan aplikasi (Penjuru kanan)
  2. Klik pada “Belum Disahkan”
  3. Klik “Verify Account” 
  4. Pilih jenis ID anda
  5. Ambil gambar depan ID 
  6. Ambil swafoto anda 
  7. Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir 
  8. Pengesahan akaun anda akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja 
eKYC Touch n Go

Anda juga boleh menonton panduan video tentang Cara Pengesahan eKYC Touch n Go berikut:

Tempoh Pengesahan Akaun

Proses pengesahan akaun (eKYC) secara umumnya adalah segera, kecuali dalam beberapa situasi di mana kami memerlukan lebih masa untuk memproses permohonan.

Walau bagaimanapun, ia tidak akan mengambil masa lebih daripada 3 hari bekerja

Mengapa Permohonan eKYC Touch n Go Ditolak?

Sekiranya permohonan eKYC Touch n Go ditolak, anda masih boleh membuat permohonan semula.

Dalam masa yang sama, anda boleh semak syarat-syarat di bawah sebelum membuat permohonan semula:

  • Hanya gunakan MyKad atau MyTentera
  • Umur minimum 12 tahun
  • Hanya ambil gambar bahagian depan kad pengenalan anda
  • Pastikan tiada silau ketika mengambil gambar
  • Pastikan anda mengambil gambar di dalam bilik yang terang untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik
  • Jangan tutup kad pengenalan anda dengan jari ketika mengambil gambar, kerana ia boleh menjejaskan ketetapan Optical Character Recognition (OCR).

Soalan Lazim eKYC Touch n Go

1. Adakah Pengesahan Akaun (eKYC) ini wajib untuk saya?

Ya, berkuat kuasa pada 20 Disember 2024, Pengesahan Akaun adalah wajib untuk semua pengguna TNG eWallet. 

2. Mengapa saya mendapat ID tidak betul / ID tidak jelas semasa membuat eKYC?

Sila pastikan anda menggunakan dokumen ID yang betul semasa membuat Pengesahan Akaun (eKYC).

  • Jangan menutup ID anda dengan jari sewaktu mengambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada ketepatan OCR
  • Sila pastikan anda mengemukakan MyKad atau MyTentera untuk warga Malaysia 
  • Hanya tangkap kad ID bahagian depan sahaja
  • Pastikan tiada silau sewaktu mengambil gambar
  • Pastikan gambar diambil dalam suasana terang untuk mendapatkan kualiti gambar yang terbaik.

Untuk Penduduk Tetap Malaysia dan Warganegara lain:

  • Jangan menutup ID anda dengan jari sewaktu mengambil gambar kerana ia akan memberi kesan kepada ketepatan OCR
  • Sila kemukakan pasport sahaja
  • Sila tangkap keseluruhan pasport anda, di mana menunjukkan maklumat peribadi anda dan juga tandatangan
  • Pastikan tiada silau semasa mengambil gambar

3. Mengapakah nama atau nombor ID saya salah?

Sewaktu proses Pengesahan Akaun (eKYC), iaitu selepas anda menangkap gambar swafoto, anda akan diberi peluang untuk mengesahkan Nama, ID, Tarikh lahir dan Alamat.

Sila sahkan butiran yang dipaparkan dengan teliti sebelum menghantar permohonan eKYC anda.

Setelah permohonan anda diluluskan, anda tidak boleh lagi menghantar semula dan/atau membuat perubahan pada maklumat peribadi anda lagi.

4. Bagaimana jika saya tidak dapat mencari pilihan industri yang sepadan dengan pekerjaan semasa saya semasa melengkapkan proses eKYC?

Jika anda tidak menemui padanan tepat untuk pekerjaan semasa anda, kami mencadangkan anda memilih industri yang paling hampir dengannya. Sekiranya anda seorang suri rumah, pelajar, pesara, atau tidak bekerja, pilihlah industri penjaga atau pekerjaan sebelumnya.

Contohnya:

  • Seorang pelajar boleh memilih industri ibu bapa atau penjaga mereka.
  • Seorang suri rumah boleh memilih industri pasangan mereka.
  • Jika anda tidak bekerja atau sudah bersara, anda boleh memilih industri terdahulu anda atau penjaga anda.

5. Apakah Pengesahan Akaun Dipertingkatkan (Enhanced eKYC)?

Mengikut penilaian profil risiko untuk Pelanggan, Pengesahan Akaun Dipertingkatkan adalah tambahan maklumat/dokumen yang dikumpulkan bagi Pelanggan yang tidak memenuhi keperluan dalaman/perundangan. Ia bertujuan memberikan kefahaman lebih mendalam berkaitan aktiviti Pelanggan untuk mengurangkan risiko, jika ada.

Pengguna diperlukan untuk melengkapkan borang ‘Enhanced eKYC Account Verification Declaration’ untuk membantu proses kajian menyeluruh kami yang selari dengan keperluan perundangan BNM.

Kesemua maklumat dan dokumen yang diperlukan dalam ‘Enhanced eKYC’ adalah wajib.

TNGD mempunyai hak untuk menolak pembukaan akaun (untuk pengguna berpotensi) atau menyekat akaun (pengguna sedia ada), jika kajian menyeluruh tidak dapat diselesaikan atau sewaktu siasatan dalaman terhadap pengesahan akaun anda.

      Maklumat Lanjut

      Untuk mendapatkan informasi lanjut berkenaan eKYC Touch n Go, anda boleh semak pada pautan berikut:

      Atau, kemukan aduan di alamat berikut:

      Touch ‘n Go Sdn Bhd Level 5, Tower 6, Avenue 5, Bangsar South, No.8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

      • +603-2714 8888 (Isnin – Jumaat 8.00am – 8.00pm)
      • +603-5022 3888(Isnin – Ahad 7.00am – 10.00pm)
      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut