eKhutbah JAKIM : Muat Turun Khutbah Jumaat Online

eKhutbah JAKIM : Muat Turun Khutbah Jumaat Online

Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.

Khutbah ini adalah salah satu daripada syarat sah solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah.

Jadi, khutbah Jumaat itu adalah WAJIB.

“Dari Ibnu Umar RA meriyatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri” 

Hadis riwayat Muslim

Bagi yang tidak tahu, setiap teks Khutbah Jumaat disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing sementara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM menyediakan teks khutbah bagi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan melalui portal eKhutbah.

Syarat-syarat Sah Solat Jumaat

1. Ditunaikan pada tempat khas.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3.  Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.

Baca lagi: Solat Jumaat: Niat, Syarat Wajib, Syarat Sah & Panduan Ringkas

Rukun Khutbah Jumaat

Berikut merupakan rukun Khutbah Jumaat:

  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: “Alhamdulillah”.
  2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: “Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad.”
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: “bertaqwalah kamu kepada Allah.”
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: “Rahima-kumullah.”
rukun khutbah Jumaat

Syarat Sah Khutbah

Berikut adalah syarat-syarat sah Khutbah:

  1. Telah masuk waktu Zohor
  2. Didahulukan bacaan Khutbah sebelum Solat Jumaat
  3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
  4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dgn solat Jumaat
  5. Khatib hendaklah seorang lelaki
  6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
  7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
  8. Khatib hendaklah menutup aurat
  9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah
  10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  11. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)

eKhutbah : Koleksi Khutbah Jumaat oleh JAKIM

Di zaman moden, khutbah Jumaat sering disiarkan melalui media-media moden seperti radio, telefon dan siaran langsung di kaca televisyen.

Kesemua teks ucapan Khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM turut dipaparkan di halaman rasmi JAKIM untuk dimuat turun dan di manfaatkan oleh orang ramai.

ekhutbah jumaat jakim

Untuk muat turun koleksi Khutbah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari halaman e-Khutbah di laman web JAKIM di alamat https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah
  2. Klik pada mana-mana tajuk Khutbah yang disusun mengikut tarikh yang terkini
  3. Kemudian anda boleh klik fail PDF untuk memuat turun Khutbah dalam 2 edisi – Edisi Rumi dan Edisi Jawi

Terdapat kotak carian di halaman e-Khutbah untuk anda membuat carian berdasarkan topik tertentu.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!